Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hal-hal Yang Wajib Diketahui Setiap Muslim

Hal-hal Yang Wajib Diketahui Setiap Muslim
Hal-hal Yang Wajib Diketahui Setiap Muslim
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM36.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hal-hal Yang Wajib Diketahui Setiap Muslim | Judul Asal ('Arab): At-Tanbiihaat Al-Mukhtasharah Syarh Al-Waajibaat Al-Mutahattimaat Al-Ma'rifah 'alaa kulli Muslim wa Muslimah | Penulis: Syaikh Ibrahim bin Asy-Syaikh Soleh bin Ahmad Al-Khurashi | Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafi'i | Berat: 0.5kg | Muka Surat: 332m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Sebagaimana diketahui oleh umat Islam, berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah, bahawasanya setiap amal dan ucapan seseorang akan dianggap benar dan dapat diterima sekiranya selari dengan 'aqidah yang benar. Apabila 'aqidahnya tidak benar, maka setiap amal dan ucapannya akan menjadi batal (sia-sia) atau tidak sah.
 
Mengingat akan pentingnya persoalan tersebut, Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta'ala kami dapat menerbitkan sebuah risalah yang berjudul "Hal-Hal yang Wajib Diketahui Setiap Muslim". Risalah ini kami (Pustaka Imam asy-Syafi'i) terjemahkan dari kitab at-Tanbiihaat al-Mukhtasharah Syarh al-Waajibaat al-Mutahattimaat al-Ma'rifah'alaa Kulli Muslim wa Muslimah, yang ditulis secara sistematik dengan penjelasan yang baik oleh Syaikh Ibrahim bin asy-Syaikh Sholeh B. Ahmad al-Khuraishi.
 
Melalui buku ini perbahasan dimulakan dengan penjelasan tiga landasan utama yang wajib dikuasai (difahami) oleh setiap umat Islam, iaitu mengenal Allah Subhanahu wa Ta'ala, mengenal agama-Nya (Islam), dan mengenal Nabi-Nya: Muhammad Shallallaahu 'alaihi wa sallam. Ketiga-tiga perkara tersebutlah yang akan dipersoalkan kepada setiap manusia di ketika ia berada di alam kubur. Dan semua ini tidak dapat tidak hanya mampu diketahui dan dijawab dengan ilmu yang benar.
 
Kata Syaikh Muhammad bin 'Abdul Wahhab rahimahullah:
 
Menuntut ilmu adalah kewajiban. Ia adalah penyembuh bagi hati yang sedang sakit. Perkara paling penting yang perlu dilakukan seorang hamba adalah mengetahui agamanya. Mengetahui dan mengamalkan agama adalah jalan menuju Syurga, manakala jahil dan mengabaikannya merupakan jalan menuju Neraka.
 
Maka, belajar dan berilmulah. Dan semulia-mulia ilmu adalah ilmu mengenal Allah. Iaitu ilmu tauhid, iaitu ilmu yang akan merealisasikan tujuan sebenarnya manusia diciptakan.
 
Risalah ini juga membahaskan persoalan yang paling agung dan yang menjadi dasar bagi agama Islam, iaitu Tauhid. Ini adalah kerana manusia itu sendiri diciptakan hanya untuk mentauhidkan Allah, maka Dia menciptakan jin dan manusia, menurunkan Kitab-Kitab-Nya, mengutus para Rasul-Nya, serta menciptakan Syurga dan Neraka. Perbahasan penting lain yang dibentangkan melalui buku ini adalah syarat-syarat diterima Tauhid dan kalimah syahadah, perkara-perkara yang dapat membatalkan keislaman, perbahagian tauhid, perincian tentang syirik, persoalan kufur dan perinciannya, jenis-jenis kemunafikan, serta definisi dan perincian berkaitan thaghut. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net