Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Serial Akidah & Rukun Iman karya Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar

Serial Akidah & Rukun Iman karya Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar
Serial Akidah & Rukun Iman karya Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.3 x 16 x 19.8

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM310.00 RM266.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Serial Akidah & Rukun Iman Berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Al-Aqidah fi Dhau-il Kitab was Sunnah: Al-Aqidah Fillah | Penulis: Prof. Dr. ‘Umar Sulaiman Al-Asyqar | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Penterjemah: Muhammad Yusuf| Berat: 5.5kg | Muka Surat: 7 jilid lengkap. (Hard cover)


Inilah sebuah set buku ilmiyah yang membahas secara khas dan tuntas tentang cakupun atau rangkuman rukun Iman. Padanya merangkumi perbahasan tentang Allah Subhanahu wa Ta’ala, Malaikat, jin dan Syaitan, Rasul dan Risalah, Tanda-tanda Kiamat, Peristiwa-peristiwa Kiamat, Syurga dan Neraka, serta tentang Qadha dan Qadar.

Penulis buku ini, Syaikh Dr. ‘Umar Sulaiman Al-Asyqar berkata pada muqaddimahnya:

Segala puji bagi Allah ‘Azza wa Jalla; kami memuji-Nya, meminta pertolongan kepada-Nya, meminta ampunan kepada-Nya, meminta petunjuk kepada-Nya, bertaubat kepada-Nya, dan berlindung kepada-Nya dari kejahatan-kejahatan yang ditimbulkan oleh jiwa kami dan keburukan-keburukan yang disebabkan oleh perbuatan kami. Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan oleh-Nya maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah. Saya bersaksi bahawasanya tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, serta saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

Inilah karya tulis yang membahas tentang akidah Islam. Saya memohon kepada Allah agar ia bermanfaat bagi penulis, pembaca, dan penerbitnya. Demikian juga dapat menjadi amalan yang ikhlas demi mengharap wajah-Nya yang mulia, serta menjadi simpanan kebaikan pada hari pertemuan dengan-Nya kelak. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengabulkan doa.

Dilihat dari judulnya, buku ini secara umum sudah menjelaskan kepada anda bahawa isinya adalah tentang aqidah Islam berdasarkan pada dua sumber aslinya, iaitu Kitabullah (Al-Qur’an) dan sunnah Rasulullah (as-Sunnah). Kedua sumber nash itulah yang menjadi landasan generasi pertama umat ini dalam beraqidah.

Saya yakin sekali siapa pun pasti akan setuju bahawa aqidah generasi pertama umat ini adalah aqidah yang jernih sejernih air danau di saat terpaan angin berhenti, kuat sekuat gunung-gunung, dan kukuh sekukuh ikatan tali yang terpintal. Melalui para pembawa aqidah seperti itulah Allah mengubah perjalanan sejarah manusia. Maka sudah seharusnya kita mengembalikan aqidah ke sumber aslinya, sebagaimana yang dilakukan oleh salafush shalih itu.

Ramai orang yang menyerukan agar kembali kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah sama ada melaui ucapan-ucapan, media ceramah, mahupun makalah-makalah. Tetapi realitinya, sikap mereka sendiri bertolak belakang, sama ada pada waktu berhujah, menetapkan dalil, mahupun tatkala mengamalkannya dan pemberian petunjuk (teladan).

Buktinya, kita masih melihat mereka mengedepankan hasil-hasil pemikiran manusia berbanding nash-nash Al-Qur’an dan As-Sunnah. Kita juga masih melihat mereka memberikan petunjuk dengan selain petunjuk Islam dalam berperilaku dan bermu’amalah (berinteraksi) dengan sesama manusia.

Oleh sebab itulah, saya pun mengupasnya secara luas dalam buku ini untuk menegaskan kepentingan kembali kepada dua sumber ini: iaitu ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih dalam lingkup aqidah mahupun syari’ah. Saya pun menyebutkan sejumlah syubhat atau dalih yang sering dilontarkan orang-orang yang enggan berpegang kepada As-Sunnah.

Dalam buku ini juga dipaparkan beberapa perbahasan lainnya, seperti definisi aqidah, kedudukan aqidah dalam syari’at Islam dan keimanan, serta hukum orang yang menolak keseluruhan atau salah satu dasar aqidah. Selanjutnya, saya menjelaskan syubhat yang dilontarkan kelompok aliran lama, namun dengan wajah baru, yang mengkafirkan manusia hanya kerana berbuat dosa.

Selain itu tidak lupa saya menjelaskan manhaj imani Qur’ani (metode keimanan ‘ala Al-Qur’an) yang ditunjukkan agama Islam, serta bagaimana ia berbeza dengan metode yang digunakan ilmu falsafah dan ilmu kalam (teologi). Saya sentuh pula di dalamnya tentang bagaimana keduanya telah mengheret umat ini kepada bencana  besar.

Saya berharap dianugerahi taufiq oleh Allah berupa ketepatan dalam mendefinisikan perbezaan kedua metode buatan manusia ini, bermula dari aspek sumber dan rujukannya, metode beserta penggunaan dalilnya (pengambilan kesimpulannya), hingga hasil yang dipetik dan diberikan darinya. Melalui penjelasan tersebut, anda akan dapat melihat seraya meyakini keunggulan metode Al-Qur’an dan ciri bentuknya.

Pada perbahasan iman kepada Allah, akan saya paparkan banyak dalil yang jelas menunjukkan keberadaan-Nya, perbahasan atau syubhat-syubhat yang dilontarkan oleh kalangan mulhidin (atheis), bantahan terhadap orang-orang yang menganggap alam ini diciptakan secara kebetulan atau melalui proses alami (semulajadi).

Selanjutnya, saya memaparkan dua metode yang dapat dijadikan kaedah untuk mengenal Rabb kita, iaitu ayat-ayat (tanda-tanda) kauniyah yang terlihat (alam semesta) dan ayat-ayat yang tertulis (Al-Qur’an). Di dalam menyajikan semua itu, saya sentiasa berpedoman pada bimbingan nash-nash Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi. Dan, perbahasan tersebut menjadi tema asas sekaligus inti buku ini.

Mengingat kepentingannya, yang juga menjadi faktor utama terjadinya perpecahan umat, maka tidak ada pilihan lain bagi saya selain menyebutkan landasan-landasan yang dijadikan penyuluh untuk memahami nash-nash yang menyebutkan nama-nama dan sifat-sifat Allah. Begitu juga kaedah-kaedah penting yang menjelaskan hal tersebut dan membantah argumentasi orang-orang yang menyimpang dari manhaj imani Qur’ani.

Pada bahagian penutup, saya menyinggung perihal tauhid kepada Allah; pengertiannya, cara merealisasikannya, dan tema (lambang) utamanya. Iaitu ucapan La ilaha illallah, disertai penjelasan mengenai makna dan syarat-syaratnya. Di samping itu saya juga menjelaskan tentang syirik yang bertentangan dengan konsep tauhid, bahkan yang jelas menafikan tauhid.

Kemudian saya menyentuh tentang sejarah aqidah-aqidah (yang menyimpang) dengan menjelaskan kekeliruan teori yang menyatakan bahawa aqidah itu punya sifat berkembang (progresif).

Untuk menguatkan penjelasan bahasan-bahasan tersebut, saya mengutip sejumlah nukilan dari sejumlah karya tulis, sama ada yang klasik (terdahulu) mahupun kontemporeri sebagai pembuktian. Sebahagiannya saya sebutkan pada bahagian akhir buku ini. Dan perlu diketahui bahawa pilihan saya terkait karya-karya tulis yang dijadikan rujukan itu tidak telepas dari metode yang disebutkan dalam judul buku ini (iaitu metode yang berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah).

Boleh jadi buku ini memuaskan sebahagian pihak, tetapi boleh jadi pula membuat sebahagian pihak lainnya kurang berkenan. Hanya Allah saja yang Mengetahui bahawa tujuan utama saya adalah menggapai keredhaan-Nya, sebab yang saya goreskan di sini adalah perbahasan tentang Dia.

Akhir kata, saya memohon kepada Allah kiranya dianugerahi ketepatan dalam perkataan serta perbuatan. La haula wala quwwata illa billah; Tiada daya serta upaya kecuali dari pertolongan Allah.

Dr. ‘Umar Sulaiman Al-Asyqar
Kuwait, 18 Rajab 1398H
24 Juni 1987 M

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net