Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Riba & Tinjauan Kritis Perbankan Syari'ah

Riba & Tinjauan Kritis Perbankan Syari'ah
Terbitan: Darul Ilmi Publishing
Product Code: Darul Ilmu Publishing
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM28.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Riba & Tinjauan Kritis Perbankan Syari'ah Penulis: Dr. Muhammad Arifin B. Badri, MA| Penerbit: Pustaka Darul Ilmi | Berat: 250g | Muka Surat: 189m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Syari'at Islam ini bersifat universal. Mencakupi pelbagai aspek kehidupan termasuk aspek perniagaan dan mu'amalah perekonomian. Bermula dari tunjang 'aqidah dan ibadah, kemudiannya sehingga aspek mu'amalah serta ekonomi. Oleh sebab itulah, Islam sentiasa wujud sebagai solusi di tengah-tengah masyarakat dalam pelbagai perkara dan permasalahan. Kini, dalam persoalan ekonomi dan perbankan, munculnya sebuah sistem yang sangat memeningkan. Iaitulah sistem Riba'. Apa itu Riba'? Adakah ia sebuah permasalahan yang baru timbul di zaman ini atau sebenarnya telah berkurun ia wujud? Adakah kita telah terperangkap dengannya atau sebenarnya masih memiliki jalan keluar?
 
Maka, buku ini mengupas dengan jelas selok-belok tentang Riba' dan beberapa kaedah penting berkenaan dengannya. Antara lain, isi perbahasan penting yang turut dikupas adalah, jenis-jenis riba dan bentuk-bentuk bagaimana riba' boleh terjadi, Hukum menyimpan wang dalam bank, mendermakan hasil riba kepada fakir miskin dan untuk pembangunan masjid, hukum jual/beli emas, kadar tukar mata wang, jual beli saham, hukum insuran dan pelbagai lagi lainnya berkaitan urusniaga yang terlibat dengan ancaman riba'. Pelbagai sudut tentang ekonomi dan perbankan juga dikupas melalui buku ini. Buku ini dibentangkan berdasarkan dalil-dalil yang akurat disertakan dengan fatwa-fatwa para ulama ahlus sunnah wal-Jama'ah kontemporari. Semoga dengannya kita akan mampu memahami realiti sebenar perkara tersebut dan bagaimanakah pandangan syari'at yang tepat berkenaan dengannya. Dan bagaimana pula cara-cara untuk mengelak serta menanganinya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net