Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Doa dan Dzikir dari Al-Quran & As-Sunnah (Kitab Hisnul Muslim)

Doa dan Dzikir dari Al-Quran & As-Sunnah (Kitab Hisnul Muslim)
Doa dan Dzikir dari Al-Quran & As-Sunnah (Kitab Hisnul Muslim) Doa dan Dzikir dari Al-Quran & As-Sunnah (Kitab Hisnul Muslim) Doa dan Dzikir dari Al-Quran & As-Sunnah (Kitab Hisnul Muslim) Doa dan Dzikir dari Al-Quran & As-Sunnah (Kitab Hisnul Muslim)
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar (14(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15 x 9 x 1

ISBN: 9789791807128
Availability: In Stock
Price: RM14.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Doa dan Dzikir Berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah | Judul Asal (Arab): Hishnul Muslim | Penulis: Syaikh Dr. Said bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani | Penerbit: Pustaka Ibnu Umar | Berat: 117g | Muka Surat: 262m/s. (Ivory paper quality, Soft cover, saiz poket)


Ini adalah sebuah kitab kecil dengan judul asalnya (dalam bahasa arab) “Hishnul Muslim” (Perisai Muslim). Kitab kecil ini menghimpunkan doa-doa dan dzikir-dzikir yang begitu sinonim dengan kehidupan seharian kita. Ia disarikan dari Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sahih.

Dengan demikian, walaupun saiznya agak kecil dan sederhana, namun apabila ianya bersesuaian dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, pasti manfaatnya akan melimpah tatkala diamalkan dan dirutinkan.

Setiap dari doa-doa dan dzikir-dzikir yang dibawakan di kitab ini pasti turut disertakan sekali sumber asal hadis dan takhrijnya. Sehingga kita pun menjadi yakin untuk beramal dengannya, kerana ia merupakan doa-doa dan dzikir-dzikir yang dicontohkan dan dianjurkan oleh Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Alhamdulillah, kini kitab penuh manfaat ini telah pun diterjemahkan dan beredar di pasaran untuk dimiliki, dibaca, dan diamalkan.

Di dalam kitab kecil ini memuatkan sejumlah doa dan dzikir-dzikir yang dianjurkan untuk kita amalkan; bermula dari bangun tidur, sehinggalah ke waktu tidur kembali. Dzikir-dzikir ketika waktu pagi, waktu petang dan juga waktu malam. Dari waktu hendak keluar bekerja, sehingga kembali ke rumah semula. Dari keadaan yang sihat sehingga kepada yang sakit, serta dari yang sakit sehingga kembali sembuh. Baik ketika mukim mahupun safar.  Dari mereka yang muda dan anak-anak sehingga kepada mereka yang berumah-tangga dan tua. Dari mereka yang dilanda musibah sehingga kepada mereka yang dalam keadaan senang. Pelbagai doa dan dzikir-dzikir yang sahih dari Rasulullah dihimpunkan di buku ini.

Saiz kitab ini kecil dan sederhana saja. Sehingga dengan ukurannya yang kecil bersaiz poket dan comel ini, ia amat memudahkan para pembaca/pengamal membawanya ke mana-mana. Dengan ciri terebut, ianya pun sangat membantu bagi tujuan bacaan mahupun hafalan.

Semoga ianya bermanfaat dan dapat diamalkan sebaiknya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net