Judul: Benarkah Bumi Itu Datar? | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Rahmat Abdullah | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 0.4kg| Muka Surat: 294m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20cm (tinggi) x 13.5cm (lebar) x 1.4cm (tebal) | ISBN: 978-979-5927-94-5 |
Tahukah anda... Selama lebih 1,500 tahun masyarakat Eropah meyakini bahawa bentuk bumi ini adalah datar. Akibatnya, orang-orang Eropah tidak berani mengharung samudera yang luas membentang, kerana takut jatuh ke langit dari tepian bumi yang diyakini oleh mereka datar.
Atas sebab itulah, dapat kita saksikan para imperialis dan kolonialisme barat bersama-sama kapal-kapal mereka hanya mula melakukan pelayaran dan mengharungi lautan sekitar awal abad 16M, yakni setelah menyakini bahawa bumi sfera dan bukan datar!
Pemahaman manusia tentang bentuk bumi sfera sebenarnya telah ada sejak lama, khasnya di masa peradaban India dan Yunani Kuno. Manakala dalam peradaban Islam, bentuk bumi bulat semakin diakui di masa khilafah Abbasiyah (132-656H/750-1258M), kemudian menyebar ke Andalusia (92-979H/711-1492M). Sampailah kemudian, kefahaman ini turut mempengaruhi gerakan Renaissance di Eropah abad ke 16M. Seiring berlalunya waktu, fakta-fakta sains dengan teknologi canggih selama 500 tahun terakhir, semakin membuktikan bahawa bentuk bumi secara keseluruhannya adalah bulat sfera seperti bola berpandukan eksplorasi luar angkasa.
Namun di abad ke 15H (21M) ini, isu ini kembali muncul dan hangat di media-media antarabangsa. Bahkan menggugat kefahaman dan fakta kesferaan bumi. Dan dalam masa yang sama, ianya turut mempengaruhi banyak dari kalangan kaum muslimin, sehingga membuat mereka resah lalu masuk ke dalam siri debat dan perbezaan pendapat, bahkan sehingga melibatkan kalangan ustaz dan ulama.
Maka, atas alasan itu... buku ini pun disusun dalam rangka usaha merespon-balas sebuah buku yang berjudul Flat-Erath Conspiracy karya Eric Dubay (USA) diikuti video konspirasi Bumi Datar susunan Boss Darling (Indonesia). Buku ini berusaha mengetengahkan penjelasan dari sisi Aqidah, Tafsir, Sains, Sejarah, sehingga kepada bagaimana cara menghadapi fenomena ini secara realistik dan fakta, baik wahyu mahupun sains.
Semoga bermanfaat.