Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ciri-ciri & Doktrin Akidah Khawarij Dulu dan Kini

Ciri-ciri & Doktrin Akidah Khawarij Dulu dan Kini
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.7 x 14.7 x 0.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM12.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ciri-ciri & Doktrin Akidah Khawarij Dulu dan Kini | Judul Asal (‘Arab): Al-Khawaarij Awwalu Al-Firaq fii Taariikh Al-Islaam: Manaahijuhum wa Uṣuuuluhum wa Simaaatuhum-Qadiiman wa Hadiiitsan wa Mawqif As-Salaf minhum | Penulis: Syaikh Dr. Nashir bin ‘Abdul Karim Al-‘Aql | Penerbit: Darul Haq | Berat: 230g | Muka Surat: 142 m/s (Soft cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Al-Khawarij disebutkan oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) dalam kitabnya Talbis Iblis sebagai antara kelompok yang paling awal, atau kelompok sesat yang paling pertama muncul dalam Islam.

Di kitab-kitab hadis yang enam seperti Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan At-Tirmidzi, Abu Dawud, An-Nasaa’i, dan Ibnu Majah, hadis-hadis berkaitan Khawarij diletakkan pada bab yang khusus, dan mereka turut meletakkan satu bab khas dalam Sunan mereka berkaitan Khawarij ini.

Khawarij dinyatakan muncul dari kalangan orang yang cetek ilmu dan akalnya, namun berlagak seperti seorang yang berilmu, mereka berkata dengan sebaik-baik perkataan, namun mereka tidak mengimaninya. Perkataan yang mereka ungkapkan tidak mereka amalkan dengan benar, dan tidak pula sampai ke dalam hati mereka sendiri.

Mereka adalah kelompok yang ekstrim dan melampau dalam agama. Mereka telah menunjukkan karektor dan kelompok mereka semenjak zaman para sahabat, dan mereka akan terus ada sampailah munculnya Dajjal.

Hadis-hadis berkaitan khawarij dan peringatan tentang sifat-sifat mereka juga sangatlah banyak.

Antaranya kalau mungkin dapat kita nukil sedikit adalah seperti dari hadis Ibn Abi Aufa, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الْخَوَارِجُ كِلَابُ النَّارِ

“Al-Khawarij adalah anjing-anjing neraka.” (Sunan Ibnu Majah, no. 169. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari hadis Ibnu ‘Umar, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

"يَنْشَأُ نَشْءٌ يَقْرَؤونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، كُلَّمَا خَرَجَ قَرْنٌ قُطِعَ" - قَالَ ابْنِ عُمَرَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَقُولُ: "كُلَّمَا خَرَجَ قَرْنٌ قُطِعَ أَكْثَرَ مِنْ عِشْرِينَ مَرَّةً - "حَتَّى يَخْرُجَ فِي عِرَاضِهِمْ الدَّجَّالُ

“Akan lahir satu generasi yang membaca Al-Qur’an, tetapi bacaannya tidak melepasi kerongkongan mereka. Setiap kali keluar satu kurun mereka pasti akan tumpas.”

Kata Ibnu ‘Umar, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengatakan (ayat berikut):

“Setiap kali keluar satu kurun mereka pasti tumpas...” banyak kali, lebih dari 20 kali. (Lalu beliau berkata), “Sampailah keluar dari arah mereka, Ad-Dajjal.” (Sunan Ibnu Majah, no. 175. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Imam Al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menegaskan bahawa khawarij adalah kaum yang jahat lagi derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka dikenali rajin beribadah seperti solat malam, berpuasa, dan membaca Al-Qur’an, tetapi kebaikan mereka ini sedikitpun tidak memberi manfaat. Kerana mereka memahami nash-nash agama dengan kaedah dan tafsiran yang menyelisihi manhaj para sahabat Rasulullah. Kata beliau:

لم يختلف العلماء قديماً وحديثاً أن الخوارج قوم سوء، عصاة لله عز وجل ولرسوله صلى الله عليه وسلم، وإن صلوا وصاموا، واجتهدوا في العبادة ، فليس ذلك بنافع لهم، وإن أظهروا الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، وليس ذلك بنافع لهم، لأنهم قوم يتأولون القرآن على ما يهوون، ويموهون على المسلمين. وقد حذرنا الله عز وجل منهم، وحذرنا النبي صلى الله عليه وسلم ،وحذرناهم الخلفاء الراشدون بعده، وحذرناهم الصحابة رضي الله عنهم ومن تبعهم بإحسان رحمة الله تعالى عليهم. والخوارج هم الشراة الأنجاس الأرجاس، ومن كان على مذهبهم من سانر الخوارج، يتوارثون هذا المذهب قديماً وحديثاً، ويخرجون على الأئمة والأمراء ويستحلون قتل المسلمين

“Para ulama sepakat menyatakan bahawa khawarij adalah suatu kaum yang jahat dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka solat, berpuasa, dan bersungguh-sungguh dalam ibadah. Tetapi kebaikan yang mereka usahakan itu tidaklah memberi sebarang manfaat sedikitpun untuk mereka kerana mereka telah menyelewengkan makna ayat-ayat al-Qur’an bersesuaian dengan hawa nafsunya.

Mereka juga menonjolkan amalan amar ma’ruf nahi mungkar, tetapi ia tidak bermanfaat bagi mereka. Kerana mereka gemar menafsirkan al-Qur’an dengan hawa nafsu dan menipu umat Islam. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah memberi peringatan kepada kita dari bahaya dan kesesatan mereka. Begitu juga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para khulafa al-Rasyidin, para sahabat radhiyallahu ‘anhum, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik turut mengingatkan.

Khawarij ini dan yang sealiran dengannya adalah orang-orang yang jahat, najis, dan kotor. Mereka saling mewarisi fahaman sesat ini sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mereka memisahkan diri dari para pemerintah umat Islam, sehingga ada dari mereka yang menghalalkan tindakan membunuh umat Islam.” (Al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/22)

Namun, siapakah sebenarnya khawarij ini? Apa karektor mereka yang sebenar, yang dominen, atau yang lainnya? Bagaimana mengenal mereka, sekaligus menyikapi mereka? Ini semua diperjelaskan oleh penulis dalam buku ini. Agar kita sentiasa waspada dan tidak malah terjebak menjadi manusia berkarektor khawarij.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net