Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Indahnya Islam Manisnya Iman

Indahnya Islam Manisnya Iman
Terbitan: Naashirus Sunnah
Product Code: Nashirus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.6 x 14.1 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM13.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Indahnya Islam Manisnya Iman | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Yahya Badru Salam | Penerbit: Nashirussunnah | Berat: 200gram | Muka Surat: 110 m/s. (Soft Cover)


Allah Ta’ala berfirman:

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

“Sungguh telah datang kepada kalian seorang Rasul dari kalangan kalian sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kalian alami. Beliau sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) untuk kalian, beliau seorang yang santun dan penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (Surah At-Taubah, 9: 128)

Syari’at Islam sesungguhnya dipenuhi dengan kasih-sayang kerana turun dari Allah yang Maha Penyayang melalui lisan Nabi-Nya yang sangat penyayang. Kasih-sayangnya tersebut disertai dengan ilmu, iaitu dengan mash-lahat dan menjauhkan kemudharatan.

Akan tetapi sayangnya, sikap dan kejahilan kebanyakan manusia menjadikan syari’at Islam ini tampak sempit, tiada toleransi, sukar, dan bahkan sampai dituduh sebagai agama yang jumud dan jauh dari sifat kasih-sayang. Padahal tidaklah demikian melainkan padanya banyak kemudahan.

Allah Ta’ala berfirman:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

“Dan Dia tidak menjadikan kesukaran untuk-mu dalam agama.” (Surah Al-Hajj, 22: 78)

Tidak ada keadilan, tidak ada ihsan, tidak ada kemuliaan, dan tidak ada kebahagiaan melainkan semuanya telah Allah jelaskan dalam ayat-ayat-Nya.

Melalui buku ini, penulis akan mengungkapkan hakikat dan kebenaran agama Islam sebagai agama yang indah dan universal serta penuh kasih-sayang. Tidak ada amalan yang dilakukan oleh seseorang melainkan baginya balasan yang sesuai dengan apa yang dikerjakannya, walau sekecil apapun dan bagaimanapun keadaannya.

Buku ini akan membentangkan secara ringkas dan mudah tentang keutamaan dan kepentingan mengenal Islam secara benar kerana setiap orang berhak atas kebahagiaan dan kedamaian.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net