Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Menata Hati

Menata Hati
Terbitan: Pustaka Al-Haura'
Product Code: Pustaka Al-Haura'
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14.5 x 1.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Menata Hati | Judul Asal (‘Arab): Islaahul Quluub | Penulis: ‘Abdul Hadi bin Hasan Wahbi | Penerbit: Pustaka Al-Haura’ | Berat: 0.4kg | Muka Surat: 136 m/s. (Soft Cover)


Kata penulis (Syaikh ‘Abdul Hadi bin Hasan Wahbi) pada penutup mukaddimah risalah (buku)nya ini:

Di saat hati manusia dalam keadaan lalai, maka aku mengumpulkan perbahasan ini dengan mengharap taufiq dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, sambil memohon kepada Al-Maula Al-Kariim (Allah yang maha Penolong lagi maha Mulia) agar memperbaiki bathin dan zahir kita serta memberi taufiq kepada apa-apa yang diredhai dan dicinta-Nya dalam setiap urusan kita.” (Mukaddimah buku)

Tahukah kita bahawa qalb (hati/jantung) itu adalah tempat yang menjadi perhatian Allah pada hamba-hamba-Nya.

Dari sebuah hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat kepada rupa paras dan harta-harta kalian, tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amal-amal kalian.” (Shahih Muslim, no. 2564)

Sesuatu yang paling mulia pada diri seseorang itu adalah hatinya. Hati adalah tempat tertujunya penglihatan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Padanya dikhususkan dengan sejumlah pemberian yang mulia berupa iman serta hal-hal yang bersamanya.

Kerana itu, wajib bagi seorang hamba untuk benar-benar memerhatikan hatinya, menjaganya, dan menghiasianya dengan taubat, inabah (kembali kepada Allah), serta mensucikannya dari hal-hal yang tidak disukai oleh Allah. Dengan hati yang bersih dan terjaga, maka amal-amal badannya pun menjadi baik.

Jangan dibiarkan hati sakit. Sebaliknya, rawatlah ia, jagalah ia, dan peliharalah ia secara benar. Tahukah kita, hati itu bila ia sentiasa menyukai hal-hal yang tidak disukai Allah, itu adalah bukti kekurangan dalam tauhid dan termasuk tanda-tanda rosak dan sakitnya hati.

Maka, perhatikanlah hati-hati kita ini. Jangan sampai ia ditelantarkan sehingga mudah terserang sakit yang parah.

Sebagaimana seseorang sentiasa memerhatikan pakaiannya dari kotoran yang mengenainya, seharusnya dia juga memerhatikan dan membersihkan qalb (hati)-nya. Bahkan memerhatikan dan menjaga qalb (hati)nya itu harus lebih diutamakan, kerana seandainya ia kotor dan rosak, ia akan membahayakan seluruh tubuh.

Kerana rosaknya hati akan menjadikan pemiliknya sengsara di dunia sampai akhirat. Tidak sebagaimana rosaknya anggota badan, ia hanya akan dirasakan tatkala di dunia dan akan berakhir dengan datangnya mati.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Ingatlah bahawa di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh seluruhnya. Dan apabila buruk (fasad), maka buruklah tubuh keseluruhannya. Ketahuilah, dan ia adalah Al-Qalb (hati/jantung).” (Shahih Al-Bukhari, no. 52. Muslim, no. 1599)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Maka adakah dia tidak tahu apabila dibangkitkan apa yang ada di kubur, dan dihimpunkan (dibangkitkan) apa yang ada di dalam dada?” (Surah Al-‘Aadiyaat, 100: 9-10)

Kata Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah:

“Maka bersihkanlah qalb (hati/jantung) kamu dari perbuatan syirik, bid’ah, hasad, kebencian terhadap kaum Muslimin, dan selainnya dari akhlak atau keyakinan yang tidak sesuai dengan syari’at, kerana qalb (hati/jantung) adalah awal segalanya.” (Syarah Al-Arba’in An-Nawawiyah, perbahasan hadis no. 6)

Di saat fitnah menderu, tidak ada yang selamat kecuali orang-orang yang memiliki hati yang bersih dan sihat. Dengan hati yang bersih dan selamat, dia akan mampu (dengan se-izin Allah) memilah dan memilih mana yang haq lalu memanfaatkannya, dan mana yang bathil, dia pun membuang sejauh-jauhnya...

Maka, marilah kita bersama-sama memperbaiki dan memperhatikan hati-hati kita. Kita menatanya agar menjadi bersih dan saliim. Kerana usaha memperbaiki dan menata hati adalah termasuk tuntutan yang agung dan mulia, kerana tidaklah seseorang menjadi baik melainkan dengan baiknya hati dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Nabi Ibrahim ‘alaihis Salam pernah berdoa sebagaimana yang dapat dilihat dalam Al-Qur’an (maksudnya):

“... Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah biqalbin saliim (dengan hati yang bersih selamat)...” (Surah Asy-Syu’araa’, 26: 87-89)

Ayuh kita tela’ah buku ini...

Di dalamnya termuat kupasan prinsip-prinsip penting tentang hati, tanda-tanda hati yang selamat, tips-tips merawat hati, nasihat untuk bekal perjalanan menuju destinasi abadi, nasihat untuk orang yang selalu bermaksiat, serta beberapa bentuk nasihat-nasihat berharga lainnya dalam menata hati ini.

Sama-sama kita bermuhasabah dan merenung, kita perbaiki hati-hati kita semoga menjadi hati yang saliim (bersih lagi selamat). Sampailah kita bertemu Allah dalam keadaan seperti itu, iaitu dalam keadaan hati yang saliim.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net