Senarai Penerbit
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Perangkap Iblis (Terjemahan Lengkap Kitab Talbis Iblis)

Perangkap Iblis (Terjemahan Lengkap Kitab Talbis Iblis)
Perangkap Iblis (Terjemahan Lengkap Kitab Talbis Iblis)
Terbitan: Pustaka Arafah
Availability: In Stock

Dimensions(cm)(L x W x H): 24.00 x 16.60 x 4.20
Weight(kg):  1.100

Price: RM79.00
Qty:  
   - OR -   

Judul: Perangkap Iblis, 560 Tipu Muslihat Iblis Yang Tak Disedari Manusia | Judul Asal (Arab): Talbis Iblis | Penulis: Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) | Tahqiq: Aiman Shalih Syaban | Penerbit: Pustaka Arafah | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 857m/s (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Alhamdulillah, ini adalah edisi terjemahan lengkap Kitab Tablis Iblis karya Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H). Bukan edisi mukhtashar atau ringkasan.

Imbasan kandungan

Syaitan adalah makhluk Allah dari kalangan jin yang diciptakan dari api. Manakala Iblis adalah salah satu nama dari kalangan syaitan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya...” (Surah al-Kahfi, 18: 50)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan:

خُلِقَتْ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ

“Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam (manusia) diciptakan dari apa yang telah dijelaskan kepada kamu.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2996)

Detik mula kesesatan syaitan adalah apabila ia takbur lagi ujub dengan penciptaan dirinya, mempertikaikan perintah Allah dengan mendahulukan logik, menghina ciptaan Allah, serta ingkar dengan kebenaran dan enggan sujud kepada Adam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ

قَالَ لَمْ أَكُنْ لأسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ

Allah berkata kepada Iblis, “Wahai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama-sama mereka yang sujud itu?” Iblis menjawab, “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk.” (Surah al-Hijr, 15: 32-33)

Syaitan merupakan tentera Iblis yang sesat lagi menyesatkan. Bahkan ia adalah makhluk yang dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga hari kiamat serta akan dihumban ke dalam jahannam bersama-sama para pengikutnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan:

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ

وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ

قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ

إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

Allah berkata (kepada Iblis), “Keluarlah dari Syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah terkutuk. Dan sesungguhnya laknat ke atas engkau tetap akan menimpa sehingga hari kiamat.” Iblis menjawab, “Ya Tuhan-ku, maka berilah tangguh kepadaku sehingga hari kebangkitan.” Allah berfirman, Maka engkau termasuk yang diberi tangguh sehingga ke suatu waktu yang telah ditentukan.” Iblis berkata, “Wahai Tuhanku, disebabkan Engkau telah memutuskan bahawa aku ini sesat, maka aku berjanji akan memperindahkan (segala bentuk kemungkaran) kepada Adam dan keturunannya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.” (Surah al-Hijr, 15: 34-39)

Di ayat yang lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berkata kepada Iblis:

اذْهَبْ فَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَوْفُورًا

وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الأمْوَالِ وَالأولادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا

“Pergilah! Kemudian sesiapa yang mengikuti engkau dari kalangan mereka, maka sesungguhnya neraka jahannamlah balasan untuk kamu semua sebagai balasan yang mencukupi. Desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu, dan kerahkanlah para pendukung kamu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka. Dan bersama-samalah dengan mereka dalam urusan harta dan anak-anak, dan berikanlah janji kepada mereka.” Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu-daya semata-mata. (Surah al-Isra’, 17: 63-64)

Demikian serba ringkas petikan penjelasan kesesatan syaitan dan janji mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk menyesatkan manusia ke lembah kesyirikan. Dan Allah pun mengizinkannya dan memberi tangguh kepada mereka. Dari itu, hanya mereka dari kalangan hamba-hamba Allah yang mukhlis (ikhlas) akan mendapat perlindungan dan jaminan Allah dari ancaman jerat-jerat atau talbis syaitan serta Iblis tersebut.

Maka, perhatikanlah baik-baik...

Mengikuti Jalan Yang Lurus

Di antara bentuk tipu-daya dan jerat-jerat Syaithan terhadap manusia adalah dengan memecah-belahkan kesatuan dan perpaduan mereka dari jalan yang benar serta agama yang benar. Sehinggalah akhirnya manusia, malah umat Islam pun menjadi berpuak-puak dan berpecah-belah kerana menyimpang dari jalan yang haq.

Dan memang inilah yang telah dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya dalam pelbagai ayat dan dalil-dalil al-Qur’an mahupun hadis-hadis. Maka beruntunglah mereka yang mampu memahami hal ini sekaligus beringat dan berusaha sedaya-upaya mereka untuk bersikap ikhlas dalam menjalankan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

“Iblis menjawab: “Oleh kerana Engkau telah menghukum aku sesat, maka aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Surah al-A’raaf, 7: 16-17)

Jabir B. ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu berkata:

كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَّ خَطًّا هذا أَمَامَهُ فَقَالَ: هَذَا سَبِيلُ اللهِ عز وجل وخط خَطًّا عَنْ يَمِينِهِ وخط خَطًّا عَنْ شماله وقال هَذِهِ سَبِلُ الشَّيْطَانِ، مَّ وَضَعَ يَدَهُ فِي الْخَطِّ الْأَوْسَطِ، ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ

“Dahulu kami pernah duduk-duduk di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu beliau membuat suatu garisan (lurus) seperti garisan ini di hadapannya. Lalu beliau bersabda:

“Ini adalah jalan Allah ‘Azza wa Jalla.”

Kemudian beliau membuat garis di sebelah kanannya dan membuat garis di sebelah kirinya lalu bersabda lagi:

“Ini adalah jalan-jalan Syaitan.” Kemudian beliau meletakkan tangannya di garisan yang tengah sambil membaca ayat ini:

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan yang lain itu memecah-belahkan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” (Surah al-An’aam, 6: 153).” (Al-Albani, Dzilal al-Jannah, no. 16. Musnad Ahmad, no. 15277. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Kata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:

وَإِذَا تَأَمَّلَ الْعَاقِلُ – الَّذِي يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ – هَذَا الْمِثَالَ وَتَأَمَّلَ سَائِرَ الطَّوَائِفِ مِنْ الْخَوَارِجِ ثُمَّ الْمُعْتَزِلَةِ ثُمَّ الْجَهْمِيَّة وَالرَّافِضَةِ وَمَنْ أَقْرَبُ مِنْهُمْ إلَى السُّنَّةِ مِنْ أَهْلِ الْكَلَامِ مِثْلِ الكَرَّامِيَة والْكُلَّابِيَة وَالْأَشْعَرِيَّةِ وَغَيْرِهِمْ وَأَنَّ كُلًّا مِنْهُمْ لَهُ سَبِيلٌ يَخْرُجُ بِهِ عَمَّا عَلَيْهِ الصَّحَابَةُ وَأَهْلُ الْحَدِيثِ وَيَدَّعِي أَنَّ سَبِيلَهُ هُوَ الصَّوَابُ – وَجَدْت أَنَّهُمْ الْمُرَادُ بِهَذَا الْمِثَالِ الَّذِي ضَرَبَهُ الْمَعْصُومُ الَّذِي لَا يَتَكَلَّمُ عَنْ الْهَوَى. إنْ هُوَ إلَّا وَحْيٌ يُوحَى

“Apabila seseorang meneliti dengan pertimbangan yang benar, iaitu yang mengharapkan pertemuan dengan Allah, mereka meneliti perumpaman ini dan meneliti seluruh kelompok-kelompok dari kalangan al-khawarij, kemudian mu’tazilah, kemudian jahmiyah, dan orang-orang dari kalangan mereka yang lebih dekat ke arah sunnah dari kalangan ahli kalam seperti al-karamiyah, al-kullabiyah, al-asy’ariyah, dan selain mereka, bahawasanya setiap dari mereka memiliki jalan yang menyimpang keluar dari jalan yang ditempuh oleh para sahabat dan para ahli hadis, dan mereka menganggap bahawa jalan mereka adalah jalan yang paling benar.

Maka dengan itu akan kita dapati bahawa sebenarnya merekalah yang dimaksudkan dalam permisalan garisan (di kanan dan kiri) yang telah dibuat oleh al-Ma’shum Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang mana beliau tidaklah berbicara menuruti hawa nafsu, yang tiada lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 4/57)

Dan dengan itulah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan umatnya melalui antara sabdanya:

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيل تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّة، وَتَفْتَرِق أُمَّتِي عَلَى ثَلَاث وَسَبْعِينَ مِلَّة، كُلّهمْ فِي النَّار إِلَّا مِلَّة وَاحِدَة، قَالُوا: مَنْ هِيَ يَا رَسُول اللَّه ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

“Sesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka kecuali satu golongan.”

Para sahabat bertanya, “Siapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2641. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Dalam hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang lain:

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Sunan Abu Daud, no. 4607. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Inilah antara yang dikupas dan dihuraikan melalui buku ini, iaitu buku dengan judul Talbis Iblis karya Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H). Iaitu sekitar pentingnya berpegang teguh dengan as-sunnah, memahami hakikat agama Islam secara benar, berhati-hati terhadap bid’ah-bid’ah dan para pendukungnya, mewaspadai fitnah serta tipu-daya Iblis dalam pelbagai perkara dan terhadap pelbagai golongan manusia, serta kupasan dan penjabaran terhadap kewujudan kepelbagaian firqah-firqah (atau kelompok-kelompok) di dalam Islam.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



Facebook Comments ()
© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net