Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Haruskah Setiap Muslim Bermazhab?

Haruskah Setiap Muslim Bermazhab?
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 13.9 x 0.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Haruskah Setiap Muslim Bermazhab? | Judul Asal (Arab): Hal Al-Muslim Mulzim bittibaa’ Mazhab mu’iin min al-Mazaahib Al-Arba’ah | Penulis: Syaikh Muhammad Sulthan Al-Ma’shumi Al-Makki rahimahullah | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 180g | Muka Surat: 94m/s. (Soft cover)


Mazhab-mazhab dalam Islam sebagaimana mazhab yang dimaklumi dari kalangan mazhab Ahlus Sunnah wal-jama’ah, di dalamnya ada mazhab-mazhab fiqh yang dikenali dari mazhab seperti mazhab Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi’i, dan Ahmad bin Hanbal. Bahkan ada mazhab-mazhab lainnya namun kurang dikenali masyarakat hari ini seperti mazhab Al-Laits bin Sa’ad, Sufyan Ats-Tsauri, Al-Hasan Al-Bashri, dan yang lainnya.

Mengikuti mazhab-mazhab ini pada asalnya bukanlah suatu kewajiban kerana yang diwajibkan adalah berpedoman kepada dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, namun keberadaan mazhab-mazhab ini sebenarnya memberikan kita bimbingan, tertib pemahaman, tertib pengambilan ilmu, tertib pengajian, sekaligus memudahkan bagi kalangan pemula dan golongan awam dalam menekuni agama Islam ini.

Kerana bukan setiap orang mampu membuat capaian terhadap dalil-dalil agamanya secara langsung melainkan perlu tadarruj, berperingkat, dan pengajian yang sistematik. Dan hal ini sendiri bukan-lah suatu yang mudah bagi golongan awam, para pemula, dan para penuntut ilmu untuk terus secara langsung mengalisa atau membuat capaian dalil-dalil agama secara sendiri atau independen dalam menegakkan agama dalam dirinya.

Sebagai seorang pemula atau penuntut ilmu yang awam, sudah tentu kita memerlukan proses pengajian dan pembelajaran yang berlangsung secara peringkat demi peringkat. Dari peringkat yang rendah atau asas, berjalan sedikit demi sedikit ke peringkat yang lebih tinggi berdasarkan methodologi yang benar.

Sebagai contoh; bermula dengan peringkat asas mengenal matan-matan atau kesimpulan-kesimpulan pendapat dalam agama secara ringkas dan yang mudah difahami atau mudah untuk diamalkan sebagai seorang pemula di mana agar dia tahu kewajiban-kewajiban dalam agamanya secara global. Dalam peringkat asas pemula inilah, pendapat-pendapat yang terhimpun dalam sesebuah mazhab sangat amat membantu proses pembentukan peribadi seseorang muslim. Kerana ia memudahkan dari sudut pembelajaran, dari sudut masa, dan pembinaan sesebuah kefahaman yang asas dalam diri seseorang sekaligus bagi mengangkat batas minima keperluannya sebagai seorang muslim.

Kemudian, dia berjalan setingkat lagi menuju peringkat pertengahan dengan memahami pendapat-pendapat mazhabnya dengan kaedah-kaedahnya, dalil-dalilnya, dan ushul-ushul yang membentuk kesimpulan-kesimpulan mazhabnya. Kemudian dia naik setingkat lagi dengan mempelajari pendapat-pendapat yang terdapat pada mazhab-mazhab lainnya. Seterusnya dia naik setingkat lagi dengan mempelajari fiqh perbandingan sehingga mampu memahami konsep pentarjihan dalam perselisihan mazhab-mazhab fiqh yang ada.

Sehingga akhirnya, dia pun mampu memahami agama ini dengan dalil-dalil yang sejahtera sehingga dia pun tidak akan taksub terhadap hanya satu-satu pendapat atau mazhab tertentu sahaja. Demikian-lah secara ringkas atau gambaran umum sebahagian bentuk peringkat-peringkat pengajian fiqh Islam dalam beragama menuju kepada al-ittiba’, iaitu menuju tingkatan beragama di atas dalil. Bukan semata-mata taklid buta di atas pendapat mazhab tertentu walaupun secara jelas dan terang pendapat yang terdapat dalam mazhabnya tersebut bertentangan dengan dalil-dalil wahyu. Bukan juga terus secara langsung dia menuju kepada dalil dan memahaminya menurut hawa nafsunya sendiri-sendiri dengan meninggalkan pedoman mazhab dan ulama.

Secara dasarnya, mazhab-mazhab tersebut atau pendapat-pendapat para ulama tersebut adalah merupakan alat, pemandu jalan, dan sebuah sarana yang membantu dalam mencapai tujuan menuju al-ittiba’, iaitu menuju konsep bermazhab dengan mazhab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu dengan tidak sekadar terhenti beragama sekadar mengikuti mazhab tertentu semata-mata tanpa memahami dalil-dalil yang membina sesebuah mazhab atau pendapat yang dipegang.

Namun demikianlah, apa yang menjadi permalasahannya pada hari ini adalah banyaknya kelompok dari kalangan umat Islam yang begitu taksub terhadap mazhab-mazhab tertentu yang mereka pegang dan begitu keras terhadap mazhab-mazhab yang lainnya, sehingga menegaskan hanya mazhabnya sahaja yang benar manakala mazhab-mazhab yang lain dari mazhab yang dia pegang adalah tidak benar. Malah sehingga ada dari kalangan mereka ini yang ber-i’tiqad bahawa, seandainya ada dalam mazhab yang dia pegang itu pendapat yang lemah atau mardud sekalipun, dia tetap menegaskan itulah yang benar dan yang lainnya adalah salah, sehingga akhirnya mazhabnya tersebut dia dahulukan berbanding dalil-dalil wahyu. Ini benar-benar suatu musibah dan sifat fanatik yang perlu ditinggalkan.

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

وَإِذَا كَانَ الرَّجُلُ مُتَّبِعًا لِأَبِي حَنِيفَةَ أَوْ مَالِكٍ أَوْ الشَّافِعِيِّ أَوْ أَحْمَد: وَرَأَى فِي بَعْضِ الْمَسَائِلِ أَنَّ مَذْهَبَ غَيْرِهِ أَقْوَى فَاتَّبَعَهُ كَانَ قَدْ أَحْسَنَ فِي ذَلِكَ وَلَمْ يَقْدَحْ ذَلِكَ فِي دِينِهِ. وَلَا عَدَالَتِهِ بِلَا نِزَاعٍ؛ بَلْ هَذَا أَوْلَى بِالْحَقِّ وَأَحَبُّ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ يَتَعَصَّبُ لِوَاحِدِ مُعَيَّنٍ غَيْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَنْ يَتَعَصَّبُ لِمَالِكِ أَوْ الشَّافِعِيِّ أَوْ أَحْمَد أَوْ أَبِي حَنِيفَةَ وَيَرَى أَنَّ قَوْلَ هَذَا الْمُعَيَّنِ هُوَ الصَّوَابُ الَّذِي يَنْبَغِي اتِّبَاعُهُ دُونَ قَوْلِ الْإِمَامِ الَّذِي خَالَفَهُ. مَنْ فَعَلَ هَذَا كَانَ جَاهِلًا ضَالًّا؛ بَلْ قَدْ يَكُونُ كَافِرًا

“Dan apabila seseorang mengikuti seseorang imam sama ada Abu Hanifah, atau Malik, atau Asy-Syafi’i, atau Ahmad: lalu kemudian dalam sebahagian permasalahan ternyata mazhab yang lain hujahnya lebih kuat dan dia pun mengikuti mazhab yang lain tersebut, maka orang tersebut telah berbuat baik dalam perkara itu, dan ini tidaklah dianggap cacat pada agamanya, dan tidak pula pada ‘adalah-nya (kredibilitinya) tanpa ada perselisihan. Bahkan ini lebih utama dengan haq (kebenaran) serta lebih dicintai Allah dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbanding orang yang ta’ashub kepada seseorang tertentu selain Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana ada orang yang ta’ashub kepada Malik, atau kepada Asy-Syafi’i, atau kepada Ahmad, atau kepada Abu Hanifah, lalu dia menganggap perkataan imam ini sahaja yang benar dan wajib dia ikuti (dalam setiap perkara) dan tidak boleh mengikuti pendapat yang berbeza darinya. Sesiapa yang berbuat demikian, maka dia adalah orang yang bodoh lagi sesat, malah boleh menjadi kafir.” (Majmu’ Al-Fatawa, 22/248-249)

Salah seorang tokoh imam mazhab terkenal, iaitu Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) sendiri pernah berpesan dengan katanya, “Tidak ada seorang pun melainkan dia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)

Kata Al-Imam Asy-Syafi’i juga dalam riwayat yang lain:

أجمع الناس على أن من استبانت له سنة عن رسول الله لم يكن له أن يدعها لقول أحد من الناس

“Kaum muslimin bersepakat bahawa mereka yang mengetahui dengan jelas suatu sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka tidak halal baginya meninggalkan sunnah tersebut semata-mata untuk mengikuti pendapat seseorang yang lain.” (Ibn Al-Qayyim, I’lam al-Muwaqq’in, 2/282)

Maka demikian-lah halnya secara ringkas dalam bersikap terhadap mazhab-mazhab fiqh dalam kalangan ahlus sunnah wal-jama’ah dan perselisihan di antara mereka. Untuk mengikuti perbahasan hal ini dengan lebih terperinci lagi dan memahami permasalahan fanatik mazhab yang banyak melanda masyarakat hari ini serta kaedah-kaedah menanganinya secara profesional, insyaAllah semua itu diperincikan dalam buku ini. Iaitu buku yang disusun oleh Syaikh Muhammad Sulthan Al-Ma’shumi Al-Makki rahimahullah dengan judul, “Hal Al-Muslim Mulzim bittibaa’ Mazhab mu’iin min al-Mazaahib Al-Arba’ah” (Adakah seorang muslim wajib berittiba’ (mengikuti) mazhab tertentu dari mazhab-mazhab yang empat?). [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net