Senarai Penerbit
Kategori Buku
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mukaddimah karya Ibnu Khaldun

Mukaddimah karya Ibnu Khaldun
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Availability: In Stock

Dimensions(cm)(L x W x H): 25.00 x 16.50 x 5.60
Weight(kg):  1.850

Price: RM136.00

5 or more RM108.80
Qty:  
   - OR -   

Judul: Muqaddimah karya Ibnu Khaldun | Judul Asal ('Arab): Muqoddimah Ibnu Khaduun | Penulis: Imam Ibnu Khaldun rahimahullah (Wafat: 808H) | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 1.85kg | Muka Surat: 1087m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Pemikiran Ibnu Khaldun tentang sosiologi, ilmu sejarah, dan kepolitikan menjadi bahan kajian penting para pemikir dan ahli ilmu muslim di Timur dan Barat. Pemikiran Ibnu Khaldun terus dimanfaatkan ke dalam pelbagai bidang kajian ilmu, sosial, ekonomi, kajian sejarah, peradaban, pemerintahan, dan bidang-bidang pentadbiran kepolitikan. Dimanfaatkan oleh sama ada dari kalangan ilmuan muslim mahupun yang kafir.
 
Ibnu Khaldun turut dikenali sebagai bapa sosiologi dan ahli sejarah yang banyak membuka lembaran baru corak berfikir dalam dunia kepolitikan. Tatkala menyelami pemikiran Ibnu Khaldun, maka kita akan ditarik untuk mengimbas ke belakang, iaitu pada abad 14 masihi. Pada ketika itu kebudayaan Arab-Islam sedang dilanda kemunduran. Krisis ini kemudian merebak ke jaringan-jaringan politik sebagai kesan dan akibat atas pecahnya imperium Islam menjadi negara-negara kecil yang dikendalikan oleh penguasa lemah dan tidak memiliki wawasan kerakyatan.
 
Bermula dari pengalaman dan penelitiannya yang tajam, Ibnu Khaldun merajut idea-idea kritis tentang perkara-perkara berkaitan  sistem kemasyarakatan dan kenegaraan berikut kritikan-kritikan terhadap rangkuman sejarah sebagaimana tertuang dalam karya besarnya, Muqaddimah. Sebuah karya yang merupakan pengantar dari kitab Al-'Ibar yang diselesaikannya saat berusia 45 tahun.
 
Dalam buku Muqaddimah, Ibnu Khaldun membahaskan fungsi dan peranan besar ilmu sejarah. Beliau memuatkan di dalamnya tentang makna dan hakikat sejarah serta methode beberapa mazhab atau aliran pembukuan sejarah. Lalu kemudian beliau mengkritisi beberapa perkara tentangnya lalu membentangkan pula kecerobohan, kesilapan-kesilapan, dan kesalahfahaman para periwayat dan penulis kitab-kitab sejarah di dalam menukil peristiwa-peristiwa sejarah secara semberono. Beliau jabarkan antara periwayatan sejarah yang boleh diterima pakai dan yang tidak.
 
Sejarah menurut Ibnu Khaldun memiliki fungsi yang besar dan tujuan yang mulia. Kerana melalui sejarah kita mengenal asal keadaan bangsa-bangsa terdahulu dari sudut tamadun, moral, akhlak, budaya, pentadbiran, dan tokoh-tokoh yang berjasa. Mereka yang mahu melakukan pelbagai kajian dan membuat tindakan dalam sesuatu perkara, dia pasti akan merasakan perlunya merujuk dan meneliti informasi-informasi dalam sejarah.
 
Menurut Ibnu Khaldun, pembukuan sejarah bukanlah sekadar mengetahui kisah-kisah, dokumentasi, mengenal penguasa dan tokoh, atau meraih ilmu, tetapi lebih lagi dari itu iaitu demi mengenal peristiwa-peristiwa masa lampau dalam rangka memahami dan membina masa depan yang lebih baik.
 
Selain itu, Ibnu Khaldun juga membahaskan topik kepolitikan, kekuasaan, penaklukan, dan tanggungjawab dalam pemerintahan. Kekuasaan dan politik menurut Ibnu Khaldun memiliki kedudukan dan tujuan yang seharusnya diformalasikan untuk kemanusiaan dalam menjalankan amanahnya kepada Allah. Kerana keduanya secara naluri berkait dengan fitrah manusia dan pola fikirnya yang condong meraih kemaslahatan. Dalam rangkuman maksud ini, keperluan manusia terhadap keamanan, perlindungan, kesejahteraan, kestabilan, dan selainnya yang seumpama adalah termasuk dalam bahagian tanggungjawab pemerintahan dan kekuasaan.
 
Terlalu banyak untuk disebutkan di sini tentang gagasan Ibnu Khaldun melalui Muqaddimah-nya yang cukup masyhur ini. Di antara lain di dalam buku ini, beliau mengupas tentang ashabiyah, kemasyarakat, budaya dan negara, pembinaan bangsa dan negara, kependidikan, ilmu-ilmu dan sumbernya, peradaban, ketamadunan, kekhilafahan serta kerajaan-kerajaan dan pemerintahan silam, penjanaan ekonomi dan sumbernya serta banyak lagi.
 
Beliau, 'Abdurrahman B. Khaldun rahimahullah (Wafat: 808H) hidup di keadaan politik dan kesukuan yang rumit. Ketika itu, beliau berpindah-randah antara Moroko, Andalusia, dan Mesir tempat kewafatannya. Beliau adalah individu bernama besar yang muncul tatkala dunia Islam sedang bergolak dan berpecah-belah menjadi negeri-negeri kecil.
 
Beliau adalah tokoh yang amat mencintai ilmu sejak usia kecil lagi. Beliau menguasai al-Qur'an, ilmu hadis, ushul fiqh, sastera, sejarah, dan ilmu mantiq. Ketika usia beliau mencecah 45 tahun, beliau mengasingkan diri dari hiruk-pikuk dan kesibukan manusia lalu berkomitmen terhadap bidang penulisan dan sejarah. Sehinggalah akhirnya beliau berjaya menyelesaikan sebuat karya penting yang memiliki kedudukan istimewa oleh ramai kalangan ilmuan, iaitu buku Al-'Ibar Diwanul Mubtada' wal Khabar bersama Al-Muqaddimah yang cukup masyhur hingga hari ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net