Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Milal wa al-Nihal karya Imam asy-Syahrastani

Al-Milal wa al-Nihal karya Imam asy-Syahrastani
Terbitan: PT. Bina Ilmu
Product Code: PT. Bina Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 27 x 19 x 3.5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM70.00 RM63.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Milal wa al-Nihal, Aliran-Aliran Teologi Dalam Sejarah Umat Islam | Judul Asal ('Arab): Al-Milal wa an-Nihal | Penulis: Al-Imam Muhammad bin Abdul Karim Asy-Syahrastani rahimahullah (Wafat: 548H) | Penerbit: PT. Bina Ilmu | Berat: 1.5kg | Muka Surat: 600m/s. (Hard cover) |


Buku Al-Milal wa Al-Nihal (Aliran-Aliran Teologi Dalam Sejarah Umat Manusia) karya Muhammad B. Abdul Karim asy-Syahrastani (Wafat: 548H) atau lebih dikenali dengan nama asy-Syahrastani ini banyak merakam sejarah panjang kelompok-kelompok pemikiran para ahli falsafah, teologi, dan firqah-firqah Islam dari pelbagai penjuru dunia, yang membentang luas sejarah mereka mencecah ribuan tahun silam, bermula dari para pemikir pra-Sokrates (mis. Thales, Phitagoras), Plato, Aristotles, Porphyry, sehinggalah kepada al-khawarij, Qadariyah, Jabbariyah, Syi'ah, sufi, muktazilah, ilmu kalam bawaan Ibnu Sina dan al-Farabi; dari tradisi pemikiran kuno seperti al-Sabiah, al-Hanifah, dan Stoic sehinggalah kepada aliran Tanasukh (Reinkarnasi), hulul, dan al-Kabilah (Pemuja Spiritualisme) juga turut dikupas.
 
Yang mana telah kita maklum bahawa tsabit dalam perkhabaran hadis bahawa umat Islam akan terpecah menjadi 73 kelompok aliran semuanya. Sebagaimana umat sebelumnya dari kalangan Yahudi dan Nashara terbahagi menjadi 71 dan 72 kelompok.
 
Buku ini memberi wawasan luas kepada para pembaca dan pengkaji berkenaan proses dialektika pemikiran dari manusia-manusia pemikir yang tidak mengenal penat lelah dalam pencarian soal kebenaran dan hakikat kehidupan, berkenaan tema-tema besar kemanusian, ruh, emosi, akal, libido, ego, malaikat, nabi, dan Tuhan, yang menjadi kajian ilmu-ilmu agama (teologi), falsafah, psikologi dan spiritual. Tidak dapat disangkal bahawa banyak tema-tema yang dibahaskan di dalam buku ini menjadi dasar dan landasan berfikir para manusia moden sekarang ini. Tidak menghairankan jika isu-isu moden sekarang seperti demokrasi, HAM (gerakkan hak asasi manusia), hak kebebasan bersuara, anti-kekerasan, dan gerakan spiritualisme adalah kelanjutan dari idea-idea besar dari para kelompok pemikir masa lalu.
 
Yang mengkagumkan daripada asy-Syahrastani adalah kebijakan (kegeniusan) beliau dalam mencerna hujah-hujah dan bantahan terhadap para ahli falsafah serta teologi yang kompleks dan rumit ke dalam bahasa yang sederhana dan kuat. Yang juga menarik adalah bahawa paparan sejarah pemikiran umat manusia ini selalu dikaitkan dengan teks-teks al-Qur’an. Asy-Syahrastani menggariskan kecemerlangan idea-idea para ahli falsafah dan hikmah-hikmah kehidupan serta melakukan kritikan secara logik yang dianggap menyimpang (dari aqidah Islam) dengan mengutip dan mendasarkan diri dengan ayat-ayat al-Qur’an berkenaan tema-tema yang berkaitan.
 
Buku ini telah terbukti sebagai suatu bentuk karya klasik yang diabadikan oleh para pengkaji dan ulama sebagai suatu hasil karya yang menawarkan kearifan dan pencerahan bagi para pembacanya. Ini adalah salah satu karya yang sangat masyhur dalam bidang perbandingan pemikiran dan aliran dalam Islam selain turut memuatkan perbandingan agama antara Islam dengan Yahudi, Nashara, dan juga Hindu.
 
Menurut asy-Syahrastani, di antara dasar pokok penyusunan buku ini adalah bagi memaprkan dan menjelaskan:
 
1, Mengapa terdapat pelbagai jenis kelompok manusia dalam berideologi dan beragama.
 
2, Faktor pendorong kepada munculnya pelbagai kelompok pemikiran dalam Islam.
 
3, Syubhat dalam memahami agama.
 
4, Muncul perbezaan pemikiran, puncanya, sumber ambilan fakta, dan kesan akibatnya.
 
5, Menjelaskan ciri-ciri dan kriteria setiap kelompok pemikrian yang wujud.
 
Penyusunan buku ini banyak mengambil sumber rujukan dari karya-karya para tokoh terdahulu semisal Maqalat al-Islaamiyyin oleh Abul Hasan al-Asy'ari rahimahullah (Wafat: 324H), Al-Fashl fi al-Milal wa an-Nihal oleh Ibnu Hazm rahimahullah (Wafat: 456H), dan Al-Farq bainal Firaq oleh 'Abdul Qahir al-Baghdadi rahimahullah (Wafat: 429H).
 
Selain menjadi rujukan umat Islam, buku ini juga turut menjadi rujukan penting di sisi para pengkaji orientalis dan barat kerana di dalamnya mengemukakan fakta-fakta penting yang akurat sekitar sejarah dan latar belakang pemikiran falsafah Yunani baik yang terdahulu atau yang terkemudian.
 
Asy-Syahrastani selain mengarang buku al-Milal wa an-Nihal ini, beliau turut menyusun buku-buku lain yang tidak kurang hebatnya dalam bidang yang hampir sama. Dan beliau turut terkenal sebagai tokoh yang banyak membuat kritikan terhadap ilmu kalam, aliran falsafah, dan tamadun Yunani yang sememangnya pada zaman beliau pemikiran tersebut berkembang pesat meracuni aqidah umat Islam. Hasil-hasil karya beliau banyak dimanfaatkan oleh ulama sesudahnya termasuklah Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net