Senarai Penerbit
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Riyadhus Shalihin karya Imam An-Nawawi

Riyadhus Shalihin karya Imam An-Nawawi
Terbitan: Akbar Media
Availability: In Stock

Dimensions(cm)(L x W x H): 27.20 x 20.20 x 3.50
Weight(kg):  1.600

Price: RM78.00
Qty:  
   - OR -   

Judul: Riyadhus Shalihin, Menggapai Surga Dengan Rahmat Allah | Judul Asal: Riyadhus Shalihin min Kalam Sayyid al-Mursalin | Penulis: Imam An-Nawawi Rahimahullah (Wafat: 676H) | Disertakan Catatan Ringkas: Syaikh Muhammad B. Sholeh Al-'Utsaimin | Takhrij: Syaikh Al-Albani | Penerbit: Akbar Media | Berat: 1.6kg | Muka Surat: 638m/s.


Kenalkah kalian pemilik kitab tersohor Hadis al-Arba’in, yang telah dibahas dan disyarah oleh sekian ramai ulama dari kalangan tokoh-tokoh (ulama) silam dan kontemporari? Yang telah membukukan hadis-hadis jawami’ul kalim. Seorang tokoh ulama hadis dan fiqh yang begitu banyak mengarang karya-karya ilmiyah. Iaitu-lah dia, Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H). Sungguh beliau ini telah “bernikah” dengan kitab-kitab dan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Menghabiskan segenap usianya demi ilmu dan membela agama. Usianya sesingkat 45 tahun, namun hasil karyanya menimbun berjilid-jilid tebal, memberi manfaat kepada seluruh umat Islam baik yang silam mahupun yang di zaman kita.

Siapa yang tidak mengenal karya-karya hebat beliau seumpama Riyadhus Shalihin (dalam bidang hadis dan tazkiyatun nufus), al-Arba’in an-Nawawiyah (dalam bidang hadis dan manhaj), al-Adzkar (fiqh doa), al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab (fiqh perbandingan mazhab), al-Minhaj Syarah Shahih Muslim (fiqh hadis), ar-Raudhah ath-Thalibin (fiqh mazhab asy-Syafi’i), Tahdzib al-Asmaa’ wa al-Lughah (bahasa), bahkan beliau juga turut pernah menyusun Syarah Shahih al-Bukhari, serta banyak lagi yang lainnya. Ini semua menggambarkan betapa dalamnya ilmu yang beliau miliki sehingga boleh dikatakan bahawa tidak seorang pun ulama di generasi sesudahnya yang tidak menuai manfaat dari karya-karyanya.

Dan yang ada di hadapan kita ini adalah salah satu hasil terjemahan kitab beliau yang amat berharga lagi bernilai besar. Yang mengandungi kebaikan yang melimpah-limpah bagi yang memerhatikannya. Yang sangat besar manfaatnya lagi sangat banyak dibaca oleh masyarakat. Iaitu kitab Riyaadhush Shaalihiin (Taman-taman para Solihin). Sebuah kitab yang mencakupi bidang hadis, amalan seorang muslim, tazkiyatun nufus (penyucian jiwa), zuhud, galakkan beramal dan menjauhi yang dilarang, amar ma’ruf nahi mungkar, akhlak, ilmu, jihad, adab, doa, taubat, ikhlas, tauhid, dan beberapa lagi yang lainnya.

Imam An-Nawawi berkata dalam mukaddimah kitab ini:

“Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka supada memberi-Ku makan.” (Surah adz-Dzaariyat, 51: 56-57)

وَهَذا تَصْريحٌ بِأَنَّهُمْ خُلِقوا لِلعِبَادَةِ، فَحَقَّ عَلَيْهِمُ الاعْتِنَاءُ بِمَا خُلِقُوا لَهُ وَالإعْرَاضُ عَنْ حُظُوظِ الدُّنْيَا بالزَّهَادَةِ ، فَإِنَّهَا دَارُ نَفَادٍ لاَ مَحَلُّ إخْلاَدٍ، وَمَرْكَبُ عُبُورٍ لاَ مَنْزِلُ حُبُورٍ، ومَشْرَعُ انْفصَامٍ لاَ مَوْطِنُ دَوَامٍ، فلِهذا كَانَ الأَيْقَاظُ مِنْ أَهْلِهَا هُمُ الْعُبَّادُ ، وَأعْقَلُ النَّاسِ فيهَا هُمُ الزُّهّادُ. قالَ اللهُ تعالى:

Ini merupakan sebuah penegasan bahawa mereka diciptakan untuk beribadah. Oleh sebab itu, amatlah wajar jika mereka wajib memberikan perhatian yang sungguh-sungguh terhadap asal tujuan mereka diciptakan dan berpaling dari semua bahagian duniawi dengan bersikap zuhud. Kerana dunia adalah negeri kehancuran, bukan negeri yang abadi. Dunia hanyalah tempat persinggahan dan transit, bukan yang kekal. Dari sebab itulah, maka penduduk dunia yang benar-benar prihatin adalah orang-orang yang tekun beribadah. Dan manusia yang paling pintar di dunia adalah orang yang bersikap zuhud.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأَرْضِ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ وَالأَنْعَامُ حَتَّى إِذَا أَخَذَتِ الأَرْضُ زُخْرُفَهَا وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَا أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَا أَتَاهَا أَمْرُنَا لَيْلاً أَوْ نَهَاراً فَجَعَلْنَاهَا حَصِيداً كَأَنْ لَمْ تَغْنَ بِالأَمْسِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآياتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu dengan air tersebut tumbuhlah tanam-tanaman bumi dengan subur, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) umpama tanam-tanaman yang sudah dipotong-potong (dituai), seakan-akan belum pernah tumbuh semalam. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir.” (Surah Yunus, 10: 24)

والآيات في هذا المعنى كثيرةٌ. ولقد أَحْسَنَ القَائِلُ

طَلَّقُوا الدُّنْيَا وخَافُوا الفِتَنَا

نَظَروا فيهَا فَلَمَّا عَلِمُوا

 

أَنَّهَا لَيْسَتْ لِحَيٍّ وَطَنَا

جَعَلُوها لُجَّةً واتَّخَذُوا

 

صَالِحَ الأَعمالِ فيها سُفُنا

Dan ayat-ayat Allah yang senada dengannya cukuplah banyak. Sungguh indah apa yang diungkapkan oleh seorang penyair:

Sesungguhnya Allah memiliki hamba yang cerdas.

Mereka melepaskan dunia dan takut terhadap fitnah-fitnah.

Mereka selalu memerhati.

Jika mereka tahu bahawa dunia bukan negeri bagi yang hidup.

Mereka pasti akan menjadikannya sebagai jalan menyeberang.

Mereka gunakan amal yang soleh sebagai perahunya.”

إذا كَانَ حالُها ما وصَفْتُهُ، وحالُنَا وَمَا خُلِقْنَا لَهُ مَا قَدَّمْتُهُ؛ فَحَقٌّ عَلَى الْمُكلَّفِ أَنْ يَذْهَبَ بنفسِهِ مَذْهَبَ الأَخْيارِ، وَيَسلُكَ مَسْلَكَ أُولي النُّهَى وَالأَبْصَارِ، وَيَتَأهَّبَ لِمَا أشَرْتُ إليهِ، وَيَهْتَمَّ لِمَا نَبَّهتُ عليهِ. وأَصْوَبُ طريقٍ لهُ في ذَلِكَ، وَأَرشَدُ مَا يَسْلُكُهُ مِنَ المسَالِكِ، التَّأَدُّبُ بمَا صَحَّ عَنْ نَبِيِّنَا سَيِّدِ الأَوَّلينَ والآخرينَ، وَأَكْرَمِ السَّابقينَ والَّلاحِقينَ، صَلَواتُ اللهِ وسَلامُهُ عَلَيهِ وَعَلى سَائِرِ النَّبيِّينَ

Jika keadaan kita adalah untuk menuju Allah yang menciptakan, jadi sudah seharusnya seorang yang mukallaf mencurahkan dirinya untuk mengikuti jejak orang-orang terpilih dan orang-orang yang menempuh jalan sebagaimana yang ditempuh oleh orang-orang yang mempunyai akal fikiran yang benar-benar sejahtera, serta memperhatikan apa yang telah kami peringatkan tadi. Jalan yang paling benar dan yang paling baik adalah mengikuti sunnah Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, seorang makhluk yang paling utama sepanjang zaman. Semoga Allah melimpahkan rahmat serta salam kepadanya dan nabi-nabi lainnya.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ دَعَا إِلى هُدىً كَانَ لَهُ مِنَ الأَجرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيئاً

“Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk, nescaya baginya pahala yang semisal dengan pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.” (Shahih Muslim, no. 2674)

فَرَأَيتُ أَنْ أَجْمَعَ مُخْتَصَراً منَ الأحاديثِ الصَّحيحَةِ، مشْتَمِلاً عَلَى مَا يكُونُ طَرِيقاً لِصَاحبهِ إِلى الآخِرَةِ، ومُحَصِّلاً لآدَابِهِ البَاطِنَةِ وَالظَاهِرَةِ. جَامِعاً للترغيب والترهيب وسائر أنواع آداب السالكين: من أحاديث الزهد ورياضات النُّفُوسِ، وتَهْذِيبِ الأَخْلاقِ، وطَهَارَاتِ القُلوبِ وَعِلاجِهَا، وصِيانَةِ الجَوَارحِ وَإِزَالَةِ اعْوِجَاجِهَا، وغَيرِ ذلِكَ مِنْ مَقَاصِدِ الْعارفِينَ .

وَألتَزِمُ فيهِ أَنْ لا أَذْكُرَ إلاّ حَدِيثاً صَحِيحاً مِنَ الْوَاضِحَاتِ، مُضَافاً إِلى الْكُتُبِ الصَّحِيحَةِ الْمَشْهُوراتِ. وأُصَدِّر الأَبْوَابَ مِنَ الْقُرْآنِ الْعَزِيزِ بِآياتٍ كَرِيماتٍ، وَأَوشِّحَ مَا يَحْتَاجُ إِلى ضَبْطٍ أَوْ شَرْحِ مَعْنىً خَفِيٍّ بِنَفَائِسَ مِنَ التَّنْبِيهاتِ. وإِذا قُلْتُ في آخِرِ حَدِيث: مُتَّفَقٌ عَلَيهِ فمعناه: رواه البخاريُّ ومسلمٌ .

وَأَرجُو إنْ تَمَّ هذَا الْكِتَابُ أنْ يَكُونَ سَائِقاً للمُعْتَنِي بِهِ إِلى الْخَيْرَاتِ حَاجزاً لَهُ عَنْ أنْواعِ الْقَبَائِحِ والْمُهْلِكَاتِ. وأَنَا سَائِلٌ أخاً انْتَفعَ بِشيءٍ مِنْهُ أنْ يَدْعُوَ لِي، وَلِوَالِدَيَّ، وَمَشَايخي، وَسَائِرِ أَحْبَابِنَا، وَالمُسْلِمِينَ أجْمَعِينَ. وعَلَى اللهِ الكَريمِ اعْتِمادي، وَإِلَيْهِ تَفْويضي وَاسْتِنَادي، وَحَسبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ.

Atas sebab itulah, penulis berusaha menghimpun sebuah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis sahih secara ringkas yang mencakupi pelbagai aspek yang dapat dijadikan sebagai jalan bagi orang-orang berkaitan untuk menuju kepada kehidupan akhirat yang menghasilkan adab-adabnya secara zahir mahupun bathin. Iaitu hadis-hadis tentang kezuhudan, tentang riyaadhah atau latihan jiwa, penyucian akhlak, tentang penyucian dan pengubatan hati, tentang menjaga anggota-anggota tubuh dan terapi rawatannya, yang selainnya yang menjadi tujuan pagi para bijaksana yang sentiasa meneliti.

Kami tetap konsisten hanya mengemukakan hadis-hadis sahih yang kami kumpulkan dari kitab-kitab hadis sahih yang masyhur. Sebelum sampai kepada hadis-hadis, kami memulakannya dengan menyebutkan beberapa ayat-ayat Al-Qur’an, kemudian kami akhiri dengan menjelaskan makna-makna dalam hadis yang dianggap masih samar. Jika di penghujung sebuah hadis ada kalimat Muttafaq ‘alaih, bererti memang yang dimaksudkan adalah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Dengan selesainya membaca kitab ini, kami berharap dapat menjadi pembimbing kepada kebaikan bagi orang-orang yang menaruh perhatian yang sungguh-sungguh, sekaligus dapat mencegahnya dari keburukan dan hal-hal  yang mencelakakan...” [Imam An-Nawawi dalam Mukaddimah kitab Riyaadhus Shalihin. Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semoga dengan terbitnya hasil terjemahan ini, ia akan berupaya menambah lagi manfaat buat masyarakat dan umat Islam khususnya. InsyaAllah edisi ini termasuk edisi terjemahan yang baik dan sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat yang mendambakan kebaikan berpandukan dalil-dalil al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net