Senarai Penerbit
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tafsir Surah Yasin

Tafsir Surah Yasin
Terbitan: Darul Ilmi Publishing
Availability: In Stock

Dimensions(cm)(L x W x H): 24.50 x 16.50 x 3.40
Weight(kg):  0.800

Price: RM54.00
Qty:  
   - OR -   

Judul: Tafsir Surah Yasin | Judul Asal ('Arab): Tafsiir Al-Qur'aan Al-Kariim Suurau Yaasiin | Penulis: Syaikh Muhammad B. Soleh Al-'Utsaimin | Penerbit: Darul Ilmi Publishing | Berat: 800g | Muka Surat: 486m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Ini adalah sebuah buku yang membukukan sebahagian dari hasil kuliah tafsir milik Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah. Untuk buku ini, ia membukukan tafsir Surah Yaasiin. Bagi masyarakat Nusantara khususnya Malaysia dan Indonesia, surah Yaasiin begitu sinonim dengan kehidupan mereka. Ia adalah antara surah yang sering sekali dibaca oleh mereka. Namun, adalah menyedihkan dan malang sekali apabila surah ini hanya sekadar dibaca tanpa diambil manfaat dan difahami isi kandungannya. Oleh itulah di sini kami membawakan kepada anda tafsir surah Yasin supaya kita sama-sama dapat mengambil kefahaman dan manfaat yang bernilai dari Surah Yasin ini dengan lebih optima. Tidak sekadar hanya untuk dibaca dan dilagukan. Sebaliknya dapat kita fahami lalu mengamalkan isi kandungannya, sekaligus untuk diimani dan diamalkan.
 
Methode tafsiran yang dibentangkan oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin ini amat mudah difahami dan mesra pembaca terutamanya dari kalangan masyarakat awam. Beliau tidak menjelaskan secara berjela-jela, rumit, dan terlalu ilmiyah sehingga sukar difahami oleh kalangan masyarakat awam. Beliau menjelaskan secara ringkas, santai dan mudah. Jadi, seharusnya setiap dari kita memanfaatkannya dengan sebaiknya.
 
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin adalah ahli majlis fatwa 'Arab Saudi ketika hayatnya. Dan beliau merupakan salah seorang Syaikh yang menjadi rujukan dunia dan kefaqihannya diiktiraf oleh para ulama lainnya pada abad ini.
 
Selamat membaca dan mengambil manfaat. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



Facebook Comments ()
© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net