Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Qowa'idul Mutsla Memahami Nama & Sifat Allah

Al-Qowa'idul Mutsla Memahami Nama & Sifat Allah
Terbitan: Media Hidayah
Product Code: Media Hidayah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Qowa'idul Mutsla Memahami Nama & Sifat Allah | Judul Asal ('Arab): Al-Qowa'idul Mutsla fii Shifatillahi wa Asmaa'ihi al-Husna | Penulis: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-'Utsaimin | Penerbit: Media Hidayah | Berat: 250g | Muka Surat: 221m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:
 
وليست حاجة الأرواح قط الى شيء أعظم منها الى معرفة باريها وفاطرها ومحبته وذكره والابتهاج به، وطلب الوسيلة اليه والزلفى عنده، ولا سبيل الى هذا الا بمعرفة أوصافه وأسمائه، فكلما كان العبد بها أعلم كان بالله أعرف وله أطلب واليه أقرب، وكلما كان لها أنكر كان بالله أجهل واليه أكره ومنه أبعد، والله تعالى ينزل العبد من نفسه حيث ينزله العبد من نفسه
 
“Tidak ada keperluan (kebergantungan) rohani yang lebih besar berbanding mengenali Rabb-nya, Penciptanya, keperluan akan rasa cinta kepada-Nya, menyebut-Nya, merasa gembira dengan-Nya, meminta wasilah kepada-Nya, dan kedekatan di sisi-Nya. Tiada jalan untuk mendapatkan semua keperluan ini melainkan dengan mengenali Sifat-sifat-Nya dan Nama-Nama-Nya. Setiap kali seseorang lebih mengetahui semua itu (Nama-nama dan Sifat-sifat Allah), maka dia akan lebih mengenal Allah, lebih memohon (berdoa dan berharap) kepada-Nya dan merasa lebih dekat. Dan setiap kali dia ingkar terhadap semua itu (Nama dan Sifat-Sifat Allah), maka dia akan lebih jahil (bodoh) dengan tidak mengetahui Allah, ertinya dia pun akan lebih membenci-Nya dan lebih jauh dari-Nya. Seseorang hamba ditempatkan oleh Allah di sisi-Nya sebesar kadar ia mengingati Allah di dalam dirinya.” (Ibnul Qayyim, Al-Kaafiyatusy Syaafiyah m/s. 3, 4)
 
Buku ini adalah antara buku yang baik dalam menjelaskan manhaj dan prinsip memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah 'Azza wa Jalla. Pada hari ini, telah terjadi pelbagai ragam manhaj manusia dalam memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah. Sehingga ada yang menyamakan Allah dengan makhluk, dan ada pula yang menafikan sifat-sifat Allah secara total. Dalam pada itu, ada pula sebahagian lain yang kebingungan bagaimana seharusnya Allah itu harus dikenali? Di mana Allah? Apa sifat-sifat-Nya dan bagaimana kita memahaminya.
 
Maka, atas sebab itulah buku ini kami edarkan kepada masyarakat umum. Agar kita dapat memahami kaedah, etika, dan prinsip-prinsip yang benar dalam memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah. Dari mana harus kita kenali Allah? Apa rujukannya? Semua itu dibahaskan melalui buku ini.
 
Kemudian penulis jelaskan sama sebahagian dari contoh-contoh nama dan sifat-sifat Allah yang sering disalah anggap dan disalah fahami oleh sebahagian orang sehingga mengakibatkan mereka tersesat dari jalan yang sepatutnya. Penulis juga turut jelaskan sama firqah-firqah yang menyimpang dalam persoalan ini. Kemudian penulis bahaskan sama syubhat-syubhat yang banyak ditimbulkan oleh kelompok muktazilah dan al-asya'irah dalam memahami sifat-sifat Allah. Kelompok-kelompok ini antara sikap mereka adalah suka menta'wil dan menyelewengkan makna sifat-sifat Allah yang telah dikhabarkan di dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang sahih. Ada juga sebahagian lain, yang bertindak menafikan terus sifat-sifat Allah dengan alasan kononnya mahu menyucikan Allah. Ini mereka lakukan antaranya adalah kerana terlalu mengikutkan hawa nafsu dan kegilaan akal-akal mereka dalam membayangkan hakikat kewujudan Allah. Sehingga mereka disesatkan oleh Syaitan.
 
Jadi, bagi memastikan kita berada di atas manhaj yang benar dalam mengenal Allah, maka semaklah buku ini. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net