Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Lum'atul I'tiqad (Soft Cover)

Syarah Lum'atul I'tiqad (Soft Cover)
Syarah Lum'atul I'tiqad (Soft Cover)
Terbitan: Media Hidayah
Product Code: Media Hidayah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Lum'atul I'tiqad (Soft Cover) | Judul Asal ('Arab): Syarhu Lum'atul I'tiqad Al-Hadi ila Sabilir Rosyad | Penulis: Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisy rahimahullah (Wafat: 629H) | Syarah: Syaikh Muhammad bin Soleh al-'Utsaimin rahimahullah | Tahqiq: Dr. Asyraf bin 'Abdul Maqshud bin 'Abdurrahim | Penerbit: Media Hidayah | Berat: 310g | Muka Surat: 288m/s. (Soft cover)


Buku ini adalah terjemahan dari kitab Lum'atul I'tiqod karya Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H) dengan syarah (penjelasan dan huraian) oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-'Utsaimin rahimahullah.
 
Ia adalah buah karya bernilai emas milik Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 629H) dengan judul Lum'atul I'tiqod al-Haadii ilaa Sabilir Rasyad. Buku ini adalah antara deretan buku-buku aqidah yang amat penting karya para ulama ahlus sunnah wal-jama'ah di zaman salaf yang masyhur. Ianya membahas inti sari aqidah Islam secara tuntas supaya umat Islam dapat memahami aqidah yang benar dan murni.
 
Kitab-kitab aqidah seumpama ini disusun oleh para salaf (ualama terdahulu) yang antaranya imam Ibnu Qudamah rahimahullah adalah dalam rangka membezakan di antara i'tiqad sebenar ahlus sunnah wal-jama'ah dengan i'tiqad-i'tiqad kaum sesat seperti muktazilah, al-asya'irah, al-khawarij, syi'ah, qadariyah, dan yang seangkatan dengannya. Sekaligus merupakan penegasan aqidah sebenar ahlus sunnah wal-jama'ah yang jelas berbeza dengan aqidah kaum yang menyimpang.
 
Di antara perbahasan yang terdapat dalam buku ini adalah lebih menjurus kepada penjelasan Al-Asma' wa ash-Shifat, kaedah-kaedah memahaminya, methodologi ahlus sunnah dalam berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala, serta beberapa bantahan terhadap sebahagian kelompok yang menyimpang dalam persoalan ini.
 
Selain itu, turut dibahaskan melalui buku ini adalah soal Qadha dan Qadar, Takdir, iman itu perbuatan dan amal, iman kepada Rasul, iman kepada azab kubur, fitnah kubur, hadis-hadis hari kebangkitan, al-hisab, al-mizan, ciri-ciri telaga, ciri-ciri titian/shirath, syafa'at, sifat-sifat syurga dan neraka, hak-hak nabi dan para sahabatnya, hukum mengkafirkan orang Islam atas alasan maksiat, hukum mencela para sahabat, hukum mentaati khalifah, hukum memulaukan ahli bid'ah, tanda-tanda ahli bid'ah, dan yang lain seterusnya sehingga kepada perbahasan ringkas tentang ijma', taklid, dan mazhab.
 
Semoga kehadiran buku ini mampu menjadi tambahan ilmu yang membantu dalam memahami prinsip-prinsip penting aqidah Islam ahli sunnah dengan lebih mendalam lagi sekaligus mampu menjadi benteng penepis pelbagai syubhat berbahaya kerosakan tauhid yang terus menggila pada hari ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net