Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Aqidah Wasithiyah Syarah Syaikh As-Sa'di

Syarah Aqidah Wasithiyah Syarah Syaikh As-Sa'di
Syarah Aqidah Wasithiyah Syarah Syaikh As-Sa'di
Terbitan: Media Tabiyah
Product Code: Media Tarbiyah (7(5))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM38.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Aqidah Wasithiyah Syarah Syaikh As-Sa'di | Judul Asal ('Arab): At-Tanbiihaat al-Lathiifah 'ala Maa Ihtawat 'alaihi al-'Aqidah al-Wasithiyah minal Mabaahiits Al-Muniifah | Penulis Asal: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Syarah oleh: Syaikh 'Abdurrahman As-Sa'di rahimahullah | Catatan Nota Kaki dan tahqiq oleh: Syaikh 'Abdul 'Aziz bin Baz rahimahullah, 'Ali bin Hasan Al-Halabi dan Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Penerbit: Media Tarbiyah | Berat: 600g | Muka Surat: 273m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Alhamdulillah kita masih diberi peluang oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk terus menuntut ilmu dan meneliti kitab-kitab para ulama-Nya dengan penuh kemudahan. Sekaligus masih diberi peluang untuk berjalan di atas hidayah dan petunjuk-Nya. Semoga Allah Ta'ala terus sentiasa menunjukkan kepada kita jalan yang benar serta menjauhkan kita dari doktrin-doktrin serta fahaman aqidah yang menyimpang.
 
Aqidah tauhid adalah pegangan dasar yang menentukan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Ini kerana, tauhid adalah akar tunjang sesebuah bangunan atau pokok agama, ia menjadi dasar pijakan bagi setiap amalan yang dilakukan oleh para hamba-Nya. Tauhid adalah inti dakwah para Nabi dan Rasul dan merupakan perkara yang paling pertama mereka dakwahkan. Dan tauhid ini jugalah merupakan tujuan utama kenapa para Nabi dan Rasul diutus oleh Allah kepada manusia.
 
Aqidah yang benar adalah perkara yang amat penting dan kewajiban yang paling besar yang perlu diketahui oleh setiap muslim dan muslimah. Ini kerana, setiap amalan itu hanya akan diterima apabila benar aqidah dan tauhidnya.
 
Kebahagiaan di dunia dan akhirat juga hanya akan tercapai apabila manusia berpegang dengan aqidah dan tauhid yang benar serta menjauhkan diri dari segala bentuk kesyirikan yang mencemarkannya.
 
Maka, di antara barisan buku yang baik dalam menjelaskan prinsip-prinsip aqidah yang penting dalam Islam adalah buku Syarah 'Aqidah al-Wasithiyah ini. Iaitu buku yang disusun oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Beliau menggariskan asas-asas utama dan point-point penting dalam beraqidah. Kemudian setiap point yang diletakkan oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah ini diberikan pula catatan huraian penjelasan oleh para ulama setelahnya, iaitu Syaikh 'Abdurrahman as-Sa'di, Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Baz, dan Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan.
 
Kitab ini adalah kitab yang mudah dan ringkas. Ia disusun dalam bentuk point-point yang mudah difahami berserta catatan huraian penjelasan bagi setiap point. Ia sesuai bagi para penuntut ilmu dan para pemula. Setiap point diiringi dengan dalil-dalil yang jelas dan mudah difahami tanpa perlu mengusutkan fikiran. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Bahkan kitab ini adalah kitab yang masyhur lagi diterima serta mendapat pengiktirafan yang tinggi dari para ulama ahli sunnah wal-jama'ah seluruhnya. Penulisnya pun tidak asing lagi, merupakan seorang yang ma'ruf dalam persada ilmu Islam. Dan merupakan pejuang tauhid baik dalam dunia penulisan, pidato, mahupun di medan perang. Hanya ahli bid'ah dan orang-orang sesat yang jahil sahaja yang membencinya. Tidak sedikit ulama yang mencadangkan agar buku ini ditela'ah, dibaca, malah dihafal oleh para penuntut ilmu.
 
Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net