Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shahih dan Dha'if Kitab al-Adzkar

Shahih dan Dha'if Kitab al-Adzkar
Shahih dan Dha'if Kitab al-Adzkar
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 7

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM130.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shahih dan Dha'if Kitab al-Adzkar | Judul Asal ('Arab): Al-Adzkar An-Nawawiyah | Tahqiq: Syaikh Salim B. 'Id al-Hilali | Penulis: Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 2.4g | Muka Surat: 2 Jilid lengkap. (Hard cover)


Di antara ibadah yang paling mudah dan besar pahalanya adalah berdzikir dengan zikir-zikir yang sahih berpandukan sunnah. Di dalam berzikir mencari keredhaan Allah, marilah kita berusaha memperbanyakkan zikir-zikir kita dengan panduan lafaz-lafaz zikir sebagaimana yang dibawakan/disusun oleh Imam An-Nawawi rahimahullah ini.
 
Imam An-Nawawi telah berusaha menyusun sebuah buku yang diberi judul Al-Adzkar (an-Nawawiyah) yang menghimpunkan pelbagai jenis lafaz-lafaz zikir dan doa yang disunnahkan untuk diamalkan pada waktu dan masanya. Dan, inilah bukunya. Buku ini adalah di antara buku-buku induk di dalam persoalan himpunan zikir-zikir yang matsur dengan himpunan tidak kurang dari 1324 dzikir dan doa.
 
Buku ini sangat terkenal dalam dunia Islam khasnya dalam bab perbahasan doa/zikir. Buku ini kini hadir dengan kandungan yang lebih enak dipandang dan pada setiap hadis diberi takhrij/tahqiq oleh Syaikh Salim B. 'Ied Al-Hilali (Salah seorang anak murid Syaikh Al-Albani rahimahullah). Pada sela-sela takhrij dan tahqiq hadis-hadis dzikir/doa tersebut, akan dibawakan pula himpunan perkataan para ulama Muhaqqiq seperti Abu Hatim, Al-'Uqaili, Al-Mundziri, Al-Haitsami, Ibnu Hajar, Ibnu Abi Hatim, Ad-Daraquthni, Ibnu 'Abdil Barr, Ibnu Taimiyyah, Adz-Dzahabi, Ibnul Qayyim, Ibnu Rejab, dan ramai lagi dari kalangan ulama dulu dan kini.
 
Maka, dengan adanya semakkan dan takhrij hadis tersebut, ia membantu kita mengenal pasti hadis mana yang sahih dan tidak sahih dari kitab tersebut. Semoga amalan zikir yang kita lakukan akan menjadi lebih yakin dan diterima apabila ianya bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan contohnya oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. InsyaAllah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net