Judul: Kamus Arab Indonesia Sehari-hari | Penulis: Muhyiddin Abu Yahya | Penerbit: Daar Ibn Hazm | Berat: 100g | Muka Surat: 244m/s.
Buku kecil ini mengajar kita untuk belajar bahasa arab berdasarkan dialog-dialog komunikasi yang lazim. Apabila kita biasa dengan dialog-dialog lazim ini, insyaAllah sedikit sebanyak akan membantu melatih kita terbiasa dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat bahasa arab. Sekaligus; InsyaAllah akan lebih memudahkan kita untuk memahami bahasa arab di peringkat-peringkat berikutnya sekiranya kita biasa melatih dan membiasakan diri kita dengan dialog-dialog mudah yang terdapat di dalam buku ini.
Selain dialog, buku ini juga dilengkapi dengan kamus mudah bagi perkataan-perkataan yang lazim diguna-pakai dalam perbualan seharian. Semoga beruntung dan berjayalah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh melatih dirinya untuk memahami bahasa arab ini, yang merupakan bahasa al-Qur'an dan bahasa ilmu Islam.
Bersesuaian dengan saiznya yang kecil dan comel, bawalah buku ini ke mana-mana sebagai sarana melatih diri kita dengan ayat-ayat bahasa arab sekaligus membiasakannya.