Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shahih Ibnu Hibban Tahqiq Syu'aib Al-Arnauth (Jilid 1-8)

Shahih Ibnu Hibban Tahqiq Syu'aib Al-Arnauth (Jilid 1-8)
Shahih Ibnu Hibban Tahqiq Syu'aib Al-Arnauth (Jilid 1-8)
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16 x 22

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM800.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shahih Ibnu Hibban | Judul Asal: Al-Musnad Ash-Shahih 'ala Taqasim wa Al-Anwa' | Penulis: Imam Ibnu Hibban rahimahullah (Wafat: 342H) | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 7.5kg | Muka Surat: Telah siap 8 Jilid pertama. (Hard cover)


Shahih Ibnu Hibban disusun oleh Imam al-Hafiz al-‘Allamah Abu Hatim Muhammad B. Hibban at-Tamimi al-Busti as-Sijistani rahimahullah (Wafat: 354H).
 
Judul asal kitab ini adalah al-Musnad Ash-Shahih 'ala Taqashim wa Al-Anwa’ dan ia memuatkan 7495 buah hadis.
 
Imam as-Sakhawi rahimahullah dalam kitabnya Fathul Mughits Syarah Alfiyah berkata, “Ada yang mengatakan bahawa buku yang paling sahih setelah Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim adalah Shahih Ibnu Khuzaimah dan Shahih Ibnu Hibban.”
 
Imam Ibnu Hajar dalam kitab an-Nukat ‘Ala Kitab Ibnush Sholah (1/291) berkata, “Hukum hadis-hadis yang ada dalam Kitab Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban adalah wajar dijadikan hujah, kerana di dalamnya membentangkan hadis sahih dan hasan, selagi mana pada salah satu darinya tidak ada yang mencelanya.”
 
Walaupun demikian, Shahih Ibnu Hibban ini belum disusun berdasarkan penyusunan bab yang sistematik dan musnad, sehingga sukar penelitian dibuat ke atas hadis-hadis yang ada di dalam kitab tersebut.
 
Kemudian oleh Imam Amir Alauddin Abu Hasan Ali B. Balban B. ‘Abdullah al-Farisi al-Misri al-Hanafi rahimahullah, Kitab at-Taqashim wa al-Anwa’ ditata atau disusun semula berdasarkan qism-qism dan nau’-nau’. Beliau menata Shahih Ibnu Hibban berdasarkan jilid atau bab-bab (pembahagian) tertentu. Usaha beliau yang mulia tersebut menjadikan para penuntut ilmu lebih mudah mengambil faedah dari kitab at-Taqashim wa al-Anwa’ ini, yang kemudian kitabnya diberi judul atau dikenali sebagai Shahih Ibnu Hibban bi Tartib Ibni Balban (Shahih Ibnu Hibban dengan susunan oleh Ibnu Balban).
 
Buku inilah yang kemudian diterjemahkan sebagai Shahih Ibnu Hibban. Bersama-sama terjemahan ini, disertakan dan diterjemahkan sama adalah tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth ke atas Shahih Ibnu Hibban pada nota kakinya. Sehingga status hadis-hadis yang dipersembahkan di dalamnya dapat diketahui dengan baik sama ada sahih atau tidak. Komentar dan manfaat-manfaat dari hasil ta'liq dan takhjrij oleh Syu'aib al-Arnauth juga amat bermanfaat untuk diambil perhatian sebagai tambahan ilmu dan maklumat yang penting.
 
Perbahasan yang terkandung dalam jilid yang pertama adalah seperti Muqaddimah penting oleh pentahqiq, iaitu Syaikh Syu'aib Al-Arnauth, latar belakang kitab Shahih Ibnu Hibban, methode istinbath, biografi Ibnu Hibban, pendahuluan, kemudian masuk pula perbahasan tentang tajuk-tajuk atau bab-bab yang terdapat Shahih Ibnu Hibban. Kemudian masuklah bab-babnya sebagaimana hadis-hadis yang disusun oleh Ibnu Hibban, iaitu seperti bab berpegang teguh dengan sunnah, kitab wahyu, kitab Isra', kitab ilmu, kitab iman, bab fitrah, bab sifat-sifat orang beriman, hadis-hadis tentang sifat-sifat Allah, Kitab berbuat baik dan berbakti, bab amar ma'ruf nahi mungkar, dan selainnya.
 
Kemudian pada jilid kedua, ia menghimpunkan sekitar hadis-hadis pahala hasil amal-amal ketaatan, ikhlas dan keutamaannya, hak ibu bapa, hubungan silaturrahim, kasih sayang, akhlak baik, memberi maaf, menyebarkan salam, hak tetangga, kemurahan hati, lemah-lembut, adab bergaul, mu'amalah umum, taubat, berbaik sangka, takut dan taqwa kepada Allah, faqir, zuhud, qona'ah, wara', dan tawakkal.
 
Pada jilid yang ketiga, ia menghimpunkan hadis-hadis sekitar hukum hakam membaca al-Qur'an, adab-adab dengan al-Qur'an, keutamaan al-Qur'an, dzikir-dzikir, doa-doa, thaharah, wudhu', mandi.
 
Seterusnya pada jilid ke-empat, ia meneruskan himpunan hadis-hadisnya dalam bab mandi, junub, hukum-hakam air, tayammum, hukum-hakam najis, solat, hukum meninggalkan solat, masjid dan adab-adabnya, syarat-syarat solat, sehinggalah seterusnya pada jilid-jilid berikutnya ia menyusun hadis-hadis berdasarkan urutan bab-bab fiqh sebagaimana kitab-kitab lain secara kebiasaannya.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net