Senarai Penerbit
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ihkamul Ahkam Syarah 'Umdatul Ahkam

Ihkamul Ahkam Syarah 'Umdatul Ahkam
Ihkamul Ahkam Syarah 'Umdatul Ahkam
Terbitan: Pustaka Azzam
Availability: In Stock

Dimensions(cm)(L x W x H): 24.00 x 16.00 x 9.00
Weight(kg):  1.800

Price: RM150.00
Qty:  
   - OR -   

Judul: Ihkamul Ahkam Syarah Umdatul Ahkam | Judul Asal ('Arab):  Ihkamul Ahkam Syarah ‘Umdatul Ahkam | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Daqiq Al-Ied rahimahullah (Wafat: 702H) | Tahqiq: Syaikh Ahmad Muhammad Syakir dan Muhammad Hamid Al-Faqi | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.8kg | Muka Surat: 2 Jilid lengkap.


Sesungguhnya Allah Ta’ala dengan segala hikmah-Nya telah memutuskan untuk mengutus para rasul kepada manusia, agar para Rasul ini menjadi suri tauladan bagi kaumnya masing-masing. Sehingga manusia dapat mengikuti petunjuk para rasul, mereka beramal seperti amal para rasul. Untuk itu, Allah telah menurunkan kitab kepada para Rasul agar diajarkan kepada manusia. Maka jadilah manusia beramal berdasarkan amalan para rasul ‘alaihimus salam.

Akan tetapi sebahagian orang telah mengubah risalah-risalah Allah, di mana mereka diperintahkan untuk menjaga risalah tersebut. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

ثُمَّ لَنَنْزِعَنَّ مِنْ كُلِّ شِيعَةٍ أَيُّهُمْ أَشَدُّ عَلَى الرَّحْمَنِ عِتِيًّا

“Maka datanglah  sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan.” (Surah Maryam, 19: 69)

Ketika Allah (dengan hikmah-Nya) hendak menutup risalah dan mengakhiri penurunan wahyu-Nya, Dia mengutus seorang rasul terakhir, kepadanya Dia turunkan kitab yang berisi hukum-hukum syari'at lalu rasul terakhir itu, Muhammad (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) mengamalkan isi tersebut dan menyampaikannya kepada umat. Sebahagian umatnya mengikuti isi kitab itu.

Dengan hikmah, ilmu, dan kuasa-Nya pula, Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjaga risalah ini, Allah menjadikan nash-nash al-Qur’an tetap terpelihara, dan dalil-dalil as-Sunnah terpraktikkan. Maka manusia saat ini mendapati adanya nash (tulisan) dan praktik sekaligus. Dan para ulama-lah yang tampil menjelaskan ajaran al-Qur’an, as-Sunnah, dan pemahaman yang benar (sebagaimana telah dijelaskan oleh Rasulullah dan difahami pula oleh para sahabatnya).

Para sahabat Rasulullah kemudiannya memberikan pemahaman yang baik tentang agama kepada para tabi’in. Manusia mewarisi ilmu dari orang besar (para ulama) yang disampaikan melalui orang besar pula, dari satu generasi ke generasi berikutnya. Para ulama rabbani amat berjasa besar kerana mereka sentiasa berusaha agar ilmu-ilmu Islam ini tersampaikan kepada masyarakat dalam keadaan yang utuh dan mudah untuk difahami.

Dengan itu, maka berkembanglah pelbagai disiplin ilmu syari’at seperti ilmu fiqih dan ilmu ushul fiqih. Dan ilmu mereka tentang Al-Qur’an, cara penulisan huruf dan makhrajnya pun berkembang, demikian pula halnya dengan hadis, kerana keduanya merupakan sumber hukum.

Kerana itu, bertebaranlah ilmu fiqih dan mazhab-mazhab fiqhiyah yang berbeza-beza, dan para ulama berlumba-lumba untuk beristinbath (menggali hukum-hakam agama) yang benar berdasarkan nash-nash Al-Qur’an dan as-Sunnah tersebut, dan membatasi pemahaman mereka dengan apa yang telah diamalkan para salafus soleh (generasi sahabat dan tabi’in).

Para ulama jugalah yang mengumpulkan nash-nash atau naskhah-naskhah perkataan, perbuatan, dan taqrir Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, sehingga ia menjadi rujukan bagi para ulama, penuntut ilmu, dan kaum muslimin umumnya di zaman-zaman berikutnya di samping menjelaskan sama kaedah fahamnya yang sahih atau terbaik.

Akan tetapi, seiring berjalannya waktu, maka sebahagian manusia lebih senang bertaqlid buta tanpa memahami dalilnya. Mereka fanatik dengan pendapat para ahli fiqih dan tokoh pujaan masing-masing, seolah-olah para pengikut madzhab setiap madzhab memiliki imam tersendiri yang khusus diutus kepada mereka, hingga berkembanglah sikap taqlid buta dan ta'ashub (fanatik) yang kronik.

Kerana itu dapat Anda temui setiap masa dari masa-masa keemasan Islam, orang yang mengingatkan agar kembali kepada fiqih Islam dan ushulnya, kembali kepada nash-nashnya, sehingga perpustakaan-perpustakaan islam penuh dengan nash-nash fiqih yang terkumpul di sana, disamping banyak juga kitab-kitab yang telah disyarah.   

Para ulama di setiap generasi sentiasa berusaha keras agar ilmu mudah difahami dan dipraktikkan. Mereka telah menyusun banyak kitab, yang telah tersebar ke seantero dunia. Pentingnya memahami syari'at islam yang mulia ini, menuntut kita untuk mengetahui dan mencari dalil-dalil yang sahih dengan keterangan para ulama Ahli sunnah Wal jama’ah sehingga kita sentiasa beribadah dan beramal di atas ilmu yang sahih.

Di antara apa yang dimaksudkan tersebut tercantum dan terangkum dalam kitab bernama “‘Umdatul Ahkam”  ini karya seorang ulama besar pada zamannya, Asy-Syaikh ‘Abdul Ghani bin ‘Abdul Wahid bin ‘Ali bin Surur bin Rafi’ bin Hasan bin Ja’far Al-Jamma’aliy rahimahullah atau sering dikenal sebagai Syaikh Al-Imam ‘Abdul Ghani Al-Maqdisy rahimahullah, lahir di Al-Maqdisy, pada tahun 541H. Beliau seusia dan bersahabat dengan Imam yang terkenal, Ibnu Qudamah rahimahullah; penulis kitab Al-Mughni.

Keduanya merupakan teman dekat dan setaraf di dalam menuntut ilmu, akan tetapi Ibnu Qudamah Al-Maqdisy Al-Hambali rahimahullah (Wafat: 620H) lebih cenderung mendalami permasalahan fiqih, dan ‘Abdul Ghani Al-Maqdisy cenderung mendalami ilmu hadis.

Kedua ulama ini tatkala rehlah melakukan perjalanan menuntut ilmu ke Baghdad, berguru pada ulama besar dan mulia di zamannya, pembesar dari madzab Hambali, di antaranya: Asy-Syaikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani rahimahullah, dan Al-Allamah Nashr bin Futyan bin Al-Muni. Beliau berdua juga rehlah ke negeri lainnya, seperti Mesir dan Ashbahan. 

Begitu ramai Ulama memuji Asy-Syaikh ‘Abdul Ghani Al-Maqdisy, sebagaimana diterangkan oleh Imam Ibnu Rajab rahimahullah, beliau dijuluki “Amirul Mukminiin fil Hadits”, ahli ibadah, wara’, berakidah baik dan mengikuti atsar para Salafus Soleh.

Kitab ‘Umdatul Ahkam  berisi hadis-hadis fiqih dari Kedua kitab Shahih, iaitu Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim. Dengan demikian hadis-hadis yang tercantum di dalamnya adalah hadis-hadis yang sahih. Kemudian Kitab ‘Umdatul Ahkam ini disyarah dan diberi penjelasan oleh Al-Imam Ibu Daqiq Al-Id rahimahullah pula dengan judul: Ihkamul Ahkam Syarah ‘Umdatul Ahkam. Dan inilah edisi terjemahnya siap menjadi 2 jilid lengkap dengan tahqiq serta muraja’ah oleh Syaikh Muhammad Hamid Al-Faqi dan Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahumullah.

Ibnu Daqiq Al-Ied

Kata Al-Hafiz Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H):

“Beliau adalah seorang Imam, ahli sastera, dermawan, ahli fiqih dan ushulnya, ahli adab, nahwu, seorang yang cerdas, memiliki kedalaman makna, sempurna akalnya di samping itu beliau juga memiliki karaktor orang-orang yang dicintai oleh Allah. Para ahli sejarah menyebutkan bahawa beliau banyak diam, wara’, melazimi sunnah, sibuk dengan membaca dan menulis, lapang dada, dermawan, bersih jiwanya, menjaga ucapan dan menjauhi dakwa (bercakap tanpa dalil), sibuk dengan dirinya, sedikit bergaul sedangkan beliau memiliki dien yang kuat dan akal yang cemerlang. Beliau habiskan umurnya untuk menulis hadis, matan (teks hadis), rijal hadis (biografi perawi hadis), bahasa dan beliau memiliki kemampuan yang tinggi dalam masalah ushuluddin, ushul fikih, bahasa Arab, dan adab. Beliau adalah guru para sasterawan dan simbol ulama di zamannya. Beliau juga pentahqiq dua madzhab, iaitu mazhab Syafi’iyah dan Malikiyah.”

Ibnu Sayyidinnas mengatakan tentang beliau:

“Aku belum pernah melihat orang semisalnya dan aku tidak membawa suatu riwayat yang lebih berharga dan riwayat yang aku dapatkan darinya. Beliau menguasai seluruh cabang ilmu, mahir dalam hal sastera, kalau ada yang mendatanginya untuk meringkas kalimatnya, nescaya beliau meringkasnya. Beliau memiliki akhlak yang luhur, tanda kemuliaan sebagai orang solih wujud pada diri beliau, tanda-tanda kebijaksaan melekat pada dirinya.”

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



Facebook Comments ()
© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net