Judul: Di Manakah Allah? Sebuah Pertanyaan Penting Yang Terabaikan | Penulis: Abu Ubaidah As-Sidawi | Penerbit: Media Tarbiyah | Berat: 100g | Muka Surat: 84m/s.
Sebuah pertanyaan yang sering berlegar dalam benak hati dan akal kita, "Di manakah Allah?". Dari persoalan ini jugalah pelbagai jawaban muncul berdasarkan akal dan logika! Mungkin kita pernah mendengar jawaban seperti, Allah itu di mana-mana, Allah itu di hati, Allah tidak di mana-mana, Allah dekat di urat leher, Allah bersatu denganku, sehingga jawaban seperti: Allah dalam jubahku juga turut pernah kita dengari!
Dalam masa sama, ada juga yang tidak pernah terfikirkan, di manakah Allah? Oleh itu, buku ini memberi sebuah jawaban dan kesimpulan yang tuntas berkaitan pertanyaan ini. Mudah diterima dan mencantas segala bentuk logika. Kerana kesimpulan dan jawaban yang diutarakan begitu jelas berpandukan dalil-dalil al-Qur'an, hadis-hadis Nabi, dan fatwa-fatwa para ulama generasi awal.
Maka, kenalilah di mana Tuhanmu... Di Mana Allah... Mustahil kita mengabdikan diri kepada sesuatu yang tidak dikenali dan tidak ada maklumat tentangnya. Walhal hanya kita yang tidak mengambil tahu pelbagai perkhabaran penting tentang Allah yang telah wujud sejak sekian lama sebagaimana terbentang dalam khazanah ilmu wahyu al-Qur'an dan as-Sunnah.