Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Masyhur Tapi Tak Shahih Dalam Sirah Nabawiyah

Masyhur Tapi Tak Shahih Dalam Sirah Nabawiyah
Terbitan: Zam-zam Mata Air Ilmu
Product Code: Zam-zam Mata Air Ilmu (12(2))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.2 x 15.1 x 2.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM37.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Masyhur Tapi Tak Shahih Dalam Sirah Nabawiyah (Soft Cover) | Judul Asal ('Arab): Ma Sya'a lam Yatsbutu fii As-Sirah An-Nabawiyah | Penulis: Syaikh Muhammad bin 'Abdullah Al-Ausyan | Penerbit: Zam-zam Mata Air Ilmu | Berat: 490g | Muka Surat: 378m/s. (soft cover)


Buku ini merungkai kisah-kisah sirah popular lagi masyhur berkaitan Rasulullah dan para sahabatnya, tetapi malangnya kisah-kisah tersebut tidak sahih...
 
Amat disayangkan, kisah-kisah tidak sahih inilah yang banyak berlegar di sekitar kita. Ia diceritakan oleh para ustaz dan ustazah di sana-sini tanpa meneliti sumber ambilannya yg betul... Sehingga masyarakat awam menyangka ianya adalah kisah yang sahih. Lebih parah, kisah-kisah tersebut telah sebati dan meresap dalam diri masyarakat awam sehingga amat sukar untuk diperbetulkan semula.
 
Walau bagaimanapun, kehadiran buku ini adalah amat tepat sebagai salah satu bentuk usaha memberi pencerahan kembali kepada beberapa kisah-kisah sirah nabawiyah dari kisah-kisah yang ternyata tidak sahih tersebut. Maka, dapatkan dan bacalah buku ini untuk membuat penilaian dan perbandingan.
 
Di antara kisah-kisah yg dikemukakan melalui buku ini adalah seperti:
 
1, Kisah keislaman 'Umar al-Khaththab ketika mendengar bacaan Surah Thoha.
 
2, Kisah sarang labah-labah dalam guna ketika hijrah Nabi.
 
3, Janji Nabi kepada Suraqah B. Malik untuk memakaikannya gelang maharaja Parsi.
 
4, Kisah Malik B. Sinan meminum darah Nabi.
 
5, Hindun binti Utbah memakan hati Hamzah.
 
6, Kisah Tsa'labah enggan membayar zakat.
 
7, Perintah Nabi Membakar masjid Dhirar.
 
8, Nyanyian Thola'al Badru 'Alaina...
 
9, Benarkah Rasulullah menikahi Khadijah ketika usia Khadijah 40 tahun?
 
10, Benarkah dakwah Nabi dilakukan secara sirr (sembunyi-sembunyi)?
 
11, Sekitar Kisah Ke-Islaman Hamzah dan 'Umar dan hal-hal yang ditokok-tambah ke dalamnya.
 
12, Kisah Hindun Melapah, Melahab, dan Memakan Hati Hamzah.
 
13, Tarikh-tarikh yang didakwa sebagai tarikh kelahiran Nabi.
 
dan banyak lagi, insyaAllah...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net