Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mulia Dengan Manhaj Salaf

Mulia Dengan Manhaj Salaf
Terbitan: Pustaka At Taqwa
Product Code: Pustaka at-Taqwa (7(6))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 18 x 4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mulia Dengan Manhaj Salaf | Penulis: Ustaz Yazid 'Abdul Qadir Jawas | Penerbit: Pustaka At-Taqwa | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 594m/s.


Allah Yang Maha Mulia telah menurunkan Kitab-Nya yang mulia melalui Malaikat Jibril 'alaihis Salam yang mulia, kepada Rasul-Nya yang mulia Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Allah Ta'ala berfirman, "Dan sungguh, inilah jalan-Ku yang lurus Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepada kamu agar kamu bertaqwa." (Surah Al-An'am, 6:53).

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah menjelaskan kepada umat Islam jalan yang benar agar umat Islam menempuh jalan yang tersebut, iaitu jalan yang telah ditempuh beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan para Sahabatnya radhiyAllahu anhum. Jalan menuju kepada Allah hanya satu dan tidak bercabang-cabang, tidak bengkok-bengkok, tetapi jalan itu lurus, jelas, terang, putih bersih dan tidak ada noda-noda syirik, bid'ah, khurafat, hizb (kepuakan/taksub), kelompok, golongan dan lainnya.

Sesiapa sahaja yang menempuh jalan yang satu ini dia akan mendapat jaminan daripada Allah Yang Maha mulia dan Rasul-Nya yang amanah, iaitu dia akan MULIA di dunia dan akan SELAMAT di akhirat. Oleh kerana itu, wajib atas setiap umat Islam untuk kembali kepada agama Islam yang mulia menurut pemahaman Salafush Sholeh (generasi awal umat Islam yang soleh). Umat Islam wajib mengikuti aqidah, keyakinan, manhaj, akhlak bermu'amalah, dan cara beragama para Sahabat radiyallahu 'anhum. Kita semua ingin mulia dan meraih kemenangan, kejayaan, dan yang paling penting kita semua ingin dimasukkan ke SYURGA yang kekal abadi. Mudah-mudahan kita diberikan taufiq oleh Allah untuk menempuh jalan yang mulia ini dan istiqomah di atas Sunnahnya sekaligus diwafatkan di atas Islam dan Sunnah dan dimasukkan ke Syurga-Nya. Amin..

Maka, sebagai penjelasan dan pencerahan yang lebih terperinci, buku ini pun disusun untuk tatapan para penuntut ilmu dan pencari kebenaran yang ikhlas. Penulis berusaha menjelaskan kepada kita jalan agama yang benar serta menjelaskan kenapa berlaku begitu banyak perpecahan di kalangan umat Islam pada hari ini kepada pelbagai kelompok, puak, ideologi, cara beragama, dan pemikiran. InsyaAllah buku ini akan menjawab dan merungkainya, sekaligus menjelaskan bahawa jalan yang benar dan selamat itu hanyalah satu, iaitu jalan aqidah yang telah ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya. Adapun jalan-jalan agama yang baru yang dibentuk oleh kelompok-kelompok selain itu, maka ia adalah bathil dan menyimpang walaupun diatasnamakan sebagai islam dan kebenaran.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net