Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tafsir Al-Qurthubi

Tafsir Al-Qurthubi
Tafsir Al-Qurthubi Tafsir Al-Qurthubi Tafsir Al-Qurthubi
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 100

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM1,700.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tafsir Al-Qurthubi | Judul Asal (Arab): Al-Jaami’ li Ahkaam Al-Qur’an | Penulis: Al-Imam Al-Qurthubi (Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Anshari Al-Qurthubi (Wafat: 671H)) | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 27kg | Muka Surat: 20 Jilid lengkap (Hard cover)


Ini adalah satu lagi khazanah ilmu ulama generasi awal ahli sunnah wal-Jama’ah dalam bidang tafsir Al-Qur’an. Menghimpunkan tafsir ayat-ayat Al-Qur’an di atas manhajnya. Sebuah khazanah besar yang menjadi rujukan para ulama setelahnya dan sangat wajar untuk ditela’ah oleh para penunutut ilmu dan pengkaji. Kitab ini disusun oleh Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah, yang merupakan ulama di era tahun 600 hijrah.

Di antara kitab tafsir yang methode perbahasannya berpaksi dan fokus kepada kaedah dan kajian fiqh adalah kitab tafsir ini, yakni Tafsir Al-Jaami’ li Ahkamil Qur’an karya Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah, atau juga dikenal dengan nama Tafsir Al-Qurthubi.

Kitab ini adalah sebuah ensiklopedia tafsir yang sangat berharga. Methode dan bahasan tafsirnya mencakupi pelbagai cabang termasuk menjangkau keluasan fiqh 4 mazhab dalam membahaskan hukum-hakam. Walaupun demikian, fokus beliau terhadap aspek-aspek qira’at, i’rob, masalah-masalah yang berkaitan dengan Nasikh dan Mansukh juga amat diberi perhatian. Penulis juga banyak membawakan hadis-hadis serta atsar-atsar dan kisah-kisah salaf di dalamnya.

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah berkata, “Al-Imam Al-Qurthubi adalah seorang imam yang memiliki ilmu yang luas lagi mendalam, beliau memiliki karya tulis yang banyak yang menunjukkan keluasan ilmunya.”

Di antara lain keistimewaan Kitab Tafsir Al-Qurthubi adalah:

1, Tafsir Al-Qurthubi dianggap sebagai sebuah ensiklopedia besar yang memuatkan begitu banyak cabang-cabang ilmu tidak terhad kepada semata-mata tafsir.

2, Menggali dan menjabarkan hukum-hukum yang terkandung dalam ayat-ayat Al-Qur’an dengan perbahasan yang luas.

3, Setiap hadis-hadis yang beliau kemukakan dibentangkan berserta dengan komentar dan sanad-sanadnya sebagai panduan dan penilaian para pengkaji terkemudian. Pada bahagian nota kakinya, disertakan pula takhrij hadis-hadis tersebut oleh Mahmud Hamid ‘Utsman (pentahqiq).

4, Akan tetapi pada sebahagian tempat, Tafsir Al-Qurthubi ini masih memiliki beberapa kelemahan - di antaranya walaupun Al-Imam Al-Qurthubi telah berusaha agar tidak menyebutkan banyak cerita Isra’iliyyat dan hadis-hadis dha’if (lemah) dan maudhu’ (palsu), namun ada beberapa kesalahan dalam sebahagian tempat di mana beliau tetap menyebutkan kisah-kisah Isra’iliyat dan hadis-hadis yang maudhu’ yang telah ditemui tanpa sebarang komentar dari beliau. Oleh itu, pentahqiq telah berusaha menyertakan beberapa komentar berkaitan yang diperlukan pada nota kaki.

5, Selain itu, ketika menyebutkan sebahagian dari kisah-kisah Isra’iliyyat dan hadis-hadis palsu yang menyentuh kesucian para malaikat dan para nabi atau mampu memberi kesan kepada aqidah seseorang, maka Al-Qurthubi akan menyatakan bahawa cerita atau hadis tersebut adalah bathil (tertolak), atau akan menjelaskan bahawa statusnya adalah dha’if (lemah). Contohnya ketika menyebutkan tentang kisah Harut & Marut, kisah Nabi Dawud dan Sulaiman, kisah Al-Gharaniq, serta sebahagian kisah pada pernikahan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan Zainab binti Jahsy.

Maka dalam edisi cetakan ini, beberapa ciri telah dikemaskini - Antaranya:

1, Memperbetulkan teks/naskah asli kitab ini secara menyeluruh.

2, Mentakhrij ayat-ayat Al-Qur’an dengan menyebutkan nama surahnya masing-masing

3, Mentakhrij qira’at-qira’at yang ada di dalam tafsir ini dengan merujuk pada kitab-kitab qira’at dan kitab tentang makna-makna Al-Qur’an.

4, Mentakhrij hadis-hadis yang ada, yang bersumberkan kepada kitab-kitab induk hadis dan selainnya.

5, Mentahkrij riwayat-riwayat yang ada di dalamnya dengan menyebutkan sumbernya.

6, Mentahqiq pendapat-pendapat imam mazhab dan hukum-hukum yang ada dalam kitab ini.

7, Serta beberapa lagi metodologi ilmiyah lainnya.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net