Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-I'tisham (Buku Induk Perbahasan Bid'ah & Sunnah)

Al-I'tisham (Buku Induk Perbahasan Bid'ah & Sunnah)
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM100.00 RM97.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Itisham (Buku Induk Perbahasan Bidah & Sunnah) | Judul Asal ('Arab): Al-ItishamPenulis: Imam Asy-Syathibi rahimahullah (Wafat: 790H) | Tahqiq: Muhammad Rasyid Ridha | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.4kg | Muka Surat: 895m/s.


Kitab ini adalah sebuah kitab besar karya Al-Imam Asy-Syathibi rahimahullah. Ia merupakan kitab yang membahaskan persoalan bid’ah dan isu-isu perpecahan umat dalam beragama antara yang terlengkap dan paling jelas. Kitab ini dimulakan dengan perbahasan hadis firaq atau perpecahan, definisi al-Jamaah, dan golongan yang selamat.
 
Kemudian penulis memasuki pula perbahasan definisi bid’ah dan maksud-maksudnya di sisi agama. Beliau menjelaskan pula mengapa tercelanya bid’ah dan kesan-kesan buruk akibat bid’ah. Kemudian beliau meneruskan lagi sekitar persoalan salah faham sebahagian besar umat Islam terhadap maksud bidah dan jenis-jenisnya. Penulis pun bahaskan apa yang dimaksudkan dengan bid’ah idhafiyah, hakikiyah, bid’ah hasanah, masalih mursalah, dan beberapa persoalan lain yang sering menjadi pertikaian serta salah faham.
 
Di penghujung perbahasan kitab ini, penulis bahaskan pula kepelbagaian bentuk perpecahan di kalangan umat Islam dan firqah-firqah sesat yang terbentuk kesan hasil perbuatan bid’ah yang berleluasa.
 
Kitab ini adalah di antara deretan kitab-kitab penting rujukan para ulama dan penuntut ilmu kalangan ahli sunnah wal-jamaah. Apabila membincangkan sekitar isu bidah dan sunnah, nescaya nama Al-Itisham pasti tidak ketinggalan sebagai rujukan.

Semak cara membuat belian dan pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net