Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tafsir Jalalain, Terjemahan Lengkap Disertai Asbabun Nuzul

Tafsir Jalalain, Terjemahan Lengkap Disertai Asbabun Nuzul
Tafsir Jalalain, Terjemahan Lengkap Disertai Asbabun Nuzul Tafsir Jalalain, Terjemahan Lengkap Disertai Asbabun Nuzul Tafsir Jalalain, Terjemahan Lengkap Disertai Asbabun Nuzul
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 30.2 x 21.4 x 3.3

ISBN: 9789795927693
Availability: In Stock
Price: RM140.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tafsir Jalalain, Terjemahan Lengkap Disertai Asbabun Nuzul | Judul Asal (‘Arab): Tafsir Al-Jalalain | Penulis/Penyusun: Al-Imam Jalaluddin Al-Mahalli & Jalaluddin As-Suyuthi (Jalalain: 2 Orang Jalal) | Ta’liq/Syarah: Penyusun | Tahqiq/Takhrij: Team Penerbit | Penterjemah: Team Pustaka Al-Kautsar | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 2.5kg | Muka Surat: 604m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 30.2cm (tinggi) x 21.4cm (lebar) x 3.3cm (tebal) | ISBN:  978-979-592-769-3 |


Mungkin tidak satu pun dunia keilmuan Islam yang tidak mengenal Tafsir Jalalain yang ditulis oleh dua ulama besar; Imam Jalaluddin Al-Mahalli dan Imam Jalaluddin As-Suyuthi rahimahumallah. Atas sebab ia disusun oleh dua imam bernama Jalaluddin, maka dinamakanlah Tafsir ini dengan nama Tafsir Al-Jalalain (Tafsir oleh dua orang Jalal).

Tafsir ini menjadi rujukan dan kajian ilmu berkaitan Al-Qur’an dan tafsir yang banyak berlangsung di kalangan para ulama atau ilmuan. Mereka memberikan perhatian yang khusus dengan menghasilkan karya-karya ilmiyah lainnya berupa hasyiah (catatan pinggir), syarah, dan ta’liq hasil dari penelitian dan kajian terhadap kitab Tafsir Jalalain ini.

Di antara keistimewaan yang paling menonjol dalam tafsir ini adalah penafsiran ayat-ayatnya muncul dengan bahasa yang singkat, mudah, tuntas, dan disusun secara apik serta teliti dengan teks Al-Qur’annya. Penyusun memadankan pandangan yang rajih (tepat) menurut penelitiannya dalam hal-hal yang diperselisihkan, disertakan isyarat terhadap hadis-hadis, ditambah dengan analisa bahasa, dan turut menjelaskan beberapa versi qira’at yang berbeza.

Tafsir ini asalnya adalah karya Jalaluddin Al-Mahalli rahimahullah (Wafat: 864H), kemudian diteruskan oleh anak muridnya iaitu Al-Imam As-Suyuthi rahimahumallah (Wafat: 911H).

Kitab ini asalnya terdiri dari dua jilid (Kitab asal berbahasa Arab). Jilid pertamanya memuatkan mukaddimah dan tafsir Surah Al-Baqarah hingga akhir surah Al-Isra’ yang mana ia merupakan karya Jalaluddin As-Suyuthi.

Jilid kedua memuatkan tafsir Surah Al-Kahfi hingga akhir surah An-Nas, Surah Al-Fatihah yang diletakkan setelah Surah An-Nas, dan tatimmah (penutup). Kecuali bahagian penutup di jilid kedua adalah merupakan karya Jalaluddin Al-Mahalli. Bahagian penutup merupakan karya Jalaluddin As-Suyuthi.

Al-Imam As-Suyuthi berguru dengan ramai ulama terkenal di zamannya. Antaranya adalah Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H). Selain itu beliau banyak mempelajari, membaca, dan menghafal kitab-kitab besar karya para ulama sebelumnya. Antara guru-guru beliau lainnya adalah seperti Al-Bulqini, Al-Munawi, dan Al-‘Allamah Asy-Syamni. Pada zamannya, beliau adalah antara orang yang paling menguasai Ilmu hadis dan rangkaian perawinya, sanad-sanadnya, sifat-sifatnya, dan tafsirannya. Beliau mengaku bahawa dirinya menghafal 200000 hadis.

Dan Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah wafat pada tahun 911H.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net