Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ar-Riyadh An-Nadhirah, Untaian Nasihat Tentang Akidah, Akhlak, Adab, dan Disiplin Ilmu Agama

Ar-Riyadh An-Nadhirah, Untaian Nasihat Tentang Akidah, Akhlak, Adab, dan Disiplin Ilmu Agama
Ar-Riyadh An-Nadhirah, Untaian Nasihat Tentang Akidah, Akhlak, Adab, dan Disiplin Ilmu Agama Ar-Riyadh An-Nadhirah, Untaian Nasihat Tentang Akidah, Akhlak, Adab, dan Disiplin Ilmu Agama Ar-Riyadh An-Nadhirah, Untaian Nasihat Tentang Akidah, Akhlak, Adab, dan Disiplin Ilmu Agama Ar-Riyadh An-Nadhirah, Untaian Nasihat Tentang Akidah, Akhlak, Adab, dan Disiplin Ilmu Agama
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.1 x 2.4

ISBN: 9786027965874
Availability: In Stock
Price: RM45.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ar-Riyadh An-Nadhirah, Untaian Nasihat Tentang Akidah, Akhlak, Adab, dan Disiplin Ilmu Agama | Judul Asal (‘Arab): Ar-Riyaadhun Naadhirah | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah (Wafat: 1377H) | Ta’liq: - | Tahqiq/Syarah: Tidak dinyatakan | Penterjemah: M. Sulthan Jauhari | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 665g | Muka Surat: 329m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5 cm (tinggi) x 16.1 cm (lebar) x 2.4 cm (tebal) | ISBN:  978-602-7965-87-4 |


Bahawasanya antara aqidah, iman dan akhlak itu punya pertalian yang sangat kuat. Akhlak merupakan penzahiran dari keimanan seseorang. Akhlak yang baik adalah bukti iman yang kuat. Dan sebaliknya, akhlak yang buruk adalah berpunca dari iman yang lemah.

Sebagai hamba Allah yang di bahunya terbeban pelbagai kewajiban, sementara di hadapannya ada beban tanggungjawab, dan dalam masa sama di persekitarannya akan sentiasa wujud pelbagai ujian dan cabaran, maka nasihat-nasihat adalah di antara sumber utama dalam mengharungi kehidupan. Apatah lagi jika kita sentiasa menyedari akan tabiat manusia yang mudah lupa, lalai, terpengaruh dan cenderung pada apa yang terdetik di hati berupa hawa nafsu yang umumnya mengajak pada kemungkaran. Maka pada titik ini, semakin nyata bahawa kita sangat memerlukan nasihat.

Dalam buku ini, Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah (penulis) merangkum pelbagai nasihat yang indah yang ditunjukan kepada segenap kaum muslimin terkait prinsip-prinsip agama yang banyak mereka lalaikan dan tinggalkan agar dihidupkan kembali, baik yang berkaitan dengan permasalahan akidah, ibadah, mu’amalah, ataupun akhlak.

Dalam setiap nasihat dan huraiannya, penulis akan membawakan ayat-ayat Al-Qur’an, hadis-hadis Nabi dan perkataan para salaf sehingga apa yang beliau sampaikan sangat bermanfaat, penuh faedah dan menyentuh hati-hati kita. Makna-makna yang terkandung pada setiap dalil yang beliau bawa juga beliau akan jelaskan dengan makna yang mudah difahami, ungkapan yang beliau gunakan tampak tulus, bahkan sangat mudah dicerna. Ungkapannya sangat menyentuh kalbu, serta menggerakkan jiwa dari kelalaian dan berusaha melunakkan sifat yang keras.

Semoga melalui tulisan ini, kita semua akan dapat mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk memperbaiki diri dengan akhlak yang terpuji dan sentiasa berpijak di atas jalan yang lurus, serta mendapatkan pelbagai faedah ilmu yang membawa dekat kepada Rabb yang Maha Agung.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net