Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Membedah Tauhid Uluhiyyah Bersama Ulama Mazhab Syafi’i

Membedah Tauhid Uluhiyyah Bersama Ulama Mazhab Syafi’i
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.6 x 15.9 x 4.3

ISBN: 9786026360106
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Membedah Tauhid Uluhiyyah Bersama Ulama Mazhab Syafi’i | Judul Asal (‘Arab): Juhud Asy-Syafi’iyyah fi Taqriri Tauhid Al-Ibadah | Penulis/Penyusun: Dr. ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah Al-Anqariy | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Muhammad Ali dan Rahmat Nurhadi | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 1.229kg | Muka Surat: 840m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 23.6cm (tinggi) x 15.9cm (lebar) x 4.3cm (tebal) | ISBN:  978-602-6360-10-6 |


Tauhid uluhiyyah adalah salah satu bahagian tauhid yang sangat penting, tauhid yang terbina hasil dari pemahaman terhadap dua kalimat syahadat. Iaitu tauhid yang menjadi intipati dalam seruan setiap para rasul. Tauhid uluhiyyah atau juga disebut sebagai tauhid ibadah, adalah seruan mengesakan Allah dalam haq peribadahan, yakni memperhambakan diri hanya kepada Allah dan dengan tata cara yang telah Dia tentukan (syari’atkan). Dari tauhid inilah akan difahami hakikat makna laa ilaaha illallaah dan hakikat makna Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah (utusan Allah). Dan dari tauhid ini pulalah akan kita fahami antara ibadah yang syar’i dan ibadah yang bid’ah (yang diada-adakan), serta antara amalan yang tulus dan amalan yang syirik. Dan dengan tauhid inilah dapat kita fahami antara amalan yang diterima dan amalan yang tertolak.

Istilah “Tauhid Uluhiyyah” ini sempat menjadi kontroversi dalam kalangan masyarakat di pelbagai belahan bumi dan negara, antaranya kerana disamarkan oleh tokoh-tokoh bid’ah dan golongan yang anti kepada tauhid yang benar. Namun hakikatnya, tauhid ini adalah tauhid yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul sepanjang zaman, dan telah diiqrarkan oleh para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah semenjak dahulu, termasuklah oleh para ulama besar dari kalangan tokoh-tokoh bermazhab Asy-Syafi’i.

Dan buku berharga ini asalnya adalah merupakan salah satu hasil thesis milik penulis dalam meraih gelar phd. Beliau menjabarkan dan membentangkan penjelasan tentang hakikat tauhid uluhiyyah sebagaimana yang diiqrarkan oleh para ulama dan tokoh-tokoh besar dari kalangan mazhab Asy-Syafi’i, dan dianggarkan tidak kurang dari 1300 nukilan dari kalangan mereka. Selain itu, penulis juga turut memaparkan bentuk-bentuk pengingkaran dan penentangan terhadap tauhid ini dari kalangan tokoh-tokoh ahli bid’ah semenjak generasi terdahulu diikuti bantahannya dari para ulama di setiap zaman.

Tulisan ini terbahagi kepada beberapa bahagian;

Bahagian muqaddimah,

Metode penulisan,

Sejarah dan perkembangan mazhab Asy-Syafi’i,

Biografi Al-Imam Asy-Syafi’i,

Mazhab Asy-Syafi’i.

Bahagian 1, Penjelasan tentang hakikat tauhid,

Definisi Tauhid,

Makna laa ilaaha illallaah dan syarat-syaratnya,

Seruan tauhid adalah seruan dakwah para Nabi dan Rasul,

Pengakuan orang-orang kafir terhadap tauhid rububiyyah dan pengingkaran mereka terhadap tauhid uluhiyyah.

Bahagian 2, Penjelasan tentang hakikat ibadah,

Definisi ibadah,

Jenis dan pembahagian ibadah,

Amalan hati, fizikal dan lisan,

Syarat-syarat sah dan diterimanya ibadah.

Bahagian 3, Penjelasan tentang syirik,

Peringkat-peringkat syirik dan sebab-sebab terjadinya,

Syirik yang menafikan tauhid secara total (yakni syirik yang mengeluarkan dari keislaman),

Syirik yang menafikan kesempurnaan tauhid,

Penutup dan kesimpulan.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net