Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ahli Kitab Menurut Ibn Hazm Dan Al-Shahrastani

Ahli Kitab Menurut Ibn Hazm Dan Al-Shahrastani
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Product Code: DBP
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21.6 x 13.9 x 1.8

ISBN: 9789834618414
Availability: In Stock
Price: RM35.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul:  Ahli Kitab Menurut Ibn Hazm Dan Al-Shahrastani | Judul Asal (‘Arab): Al-Fashl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal / Al-Milal wa an-Nihal | Penulis/Penyusun: Khadijah Mohd Kambali @ Hambali / Mohd Faizal Abdul Khir | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) | Berat: 410g | Muka Surat: 313m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 21.6 cm (tinggi) x 13.9 cm (lebar) x 1.8 cm (tebal) | ISBN: 978-983-4618-41-4 |


Ahli Kitab menurut perspektif Ibn Hazm dan Imam Al-Shahrastani akan menumpukan pemaknaan Ahli Kitab secara perbandingan berdasarkan karya hebat mereka iaitu Al-Fashl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal dan Al-Milal wa al-Nihal. Kedua-dua buah karya agung ini merupakan karya dalam bidang Perbandingan Agama yang diiktiraf dan merupakan karya hebat kedua-dua sarjana tersebut. Namun begitu, penulisan ini lebih tertumpu kepada perbahasan mengenai Ahli Kitab yang merupakan topik utama dalam perbincangan kedua-dua tokoh tersebut menerusi karya mereka ini.

Dalam usaha menjelaskan permaknaan tentang Ahli Kitab secara perbandingan, penulisan ini menggunakan metode komparatif dengan meluas bagi menganalisis data. Bagi memudahkan perbahasan, penulisan ini dibahagikan kepada lima bab yang dimulai dengan Bab Pertama iaitu Pendahuluan dan diakhiri dengan Bab Lima iaitu Penutup yang mengandungi beberapa kesimpulan. Bab Dua menghuraikan sejarah hidup Ibn Hazm dan Al-Shahrastani, diikuti Bab Tiga yang membahaskan Kitab Al-Fashl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal dan Al-Milal wa al-Nihal. Seterusnya Bab Empat memperhalusi perbandingan antara pandangan Ibn Hazm dengan al-Shahrastani terhadap istilah dan agama Ahli Kitab merujuk kepada karya kedua-dua tokoh ini dalam bidang Perbandingan Agama. Tuntasnya; Ahli Kitab menurut Ibn Hazm dan al-Shahrastani merujuk kepada mana-mana golongan yang mempercayai dan menerima wahyu dan memperakui nabi walaupun dengan kepercayaan yang menyeleweng.

Namun, penulisan ini mellihat kewajaran pemaknaan Ahli Kitab diperhalusi menurut konteks semasa dengan memberi penekanan terhadap aspek syariat dalam agama Ahli Kitab sebagaimana yang diperjelaskan dalam rumusan penulisan ini. Rencamnya, penulisan ini adalah satu usaha untuk mendedahkan pandangan para ulama Muslim dalam membahaskan maksud Ahli Kitab yang merupakan antara polemik masyarakat dunia pada hari ini kerana berkaitan asoek Halal dan Haram, Kosher, dan Therif khususnya berkaitan penyembelihan dan pemakanan.

Secara prinsipnya, Islam mempunyai asas yang tekal dalam merencami maksud Ahli Kitab yang dirujuk kepada sumber yang absah. Konsep Ahli Ktab yag dibahaskan oleh dua sarjana Muslim yang berwibawa; Imam al-Shahrastani dan Ibn Hazm dalam karya mereka yang hebat telah memberikan pemaknaan dalam mencerakinkan status Ahli Kitab pada waktu kini. Penulisan ini dilangsungkan atas kesedaran untuk memberikan taakulan terhadap konsep Ahli Kitab bersandarkan kepada pandangan tokoh tersebut.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net