Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sejarah Daulah Umawiyah & Abbasiyah

Sejarah Daulah Umawiyah & Abbasiyah
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17.2 x 2.3

ISBN: 9786027637542
Availability: In Stock
Price: RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul:  Sejarah Daulah Umawiyah & Abbasiyah | Judul Asal (‘Arab): Ashr Ad-Daulatain: Al-Umawiyyah wa Al-‘Abbasiyah wa Zhuhur Khawarij | Penulis/Penyusun: Dr. ‘Ali bin Muhammad Ash-Shallabi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Imam Fauji | Penerbit: ummul Qura | Berat: 762g | Muka Surat: 423m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.0 cm (tinggi) x 17.2 cm (lebar) x 2.3 cm (tebal) | ISBN:  978-602-7637-54-2 |


Daulah Umawiyah dan Daulah ‘Abbasiyah merupakan dua dinasti/kerajaan yang dikenal sebagai penerus pemerintahan kaum muslimin setelah pemerintah khalifah Ar-Rasyidin. Sepanjang tempoh ratusan tahun berdirinya kedua khilafah tersebut, mereka telah melalui pelbagai ranjau dan tentangan seraya telah menorehkan segudang pencapaian dan sejarah-sejarah besar. Meski demikian, sunnatullah tetap berlaku: “Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran).” (Surah Ali ‘Imran, 3: 140)

Dari sini, Daulah Umawiyah dan Daulah ‘Abbasiyah menjadi kajian historis yang sangat menarik untuk dipelajari. Apa jua faktor yang mendorong kejayaan mahupun kemundurannya perlu difahami oleh kaum Muslimin. Oleh karenanya, diperlukan buku yang bersifat ilmiyah yang mengumpulkan sumber-sumber penting tentangnya sebagai rujukan yang kredibel, autentik, komprehensif, namun tidak terlalu ‘berat’ untuk dikaji para penuntut ilmu dari pelbagai peringkat.

Kiranya buku karya Dr. Ali Ash-Shallabi ini memenuhi kriteria tersebut. Penulis yang dikenal banyak mengkaji dan mengumpulkan pelbagai maklumat tentangnya seraya menuangkannya ke pelbagai karya-karya tentang sejarah Islam. Melalui buku ini penulis memaparkan banyak maklumat menarik seperti:

>> Latar belakang sejarah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah,

>> Proses transisi/peralihan politik dari Khulafa’ Ar-Rasyidin ke Daulah Umawiyah kemudian Daulah Abbasiyah.

>> Kemajuan dan perkembangan peradaban yang berjaya dicapai pada masa-masa pemerintahan tersebut, baik dari sisi ilmiah, politik, ekonomi, mahupun militer.

>> Penjelasan kejayaan, kemunduran, hingga keruntuhan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah.

>> Keistimewaan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz dan era berkuasanya para ‘amir dan gabernur.

>> Prestasi negara autonomi Daulah Aghalibah di Afrika Utara di bawah pemerintahan ‘Abbasiyah.

>> Kemunculan dan perkembangan kumpulan Khawarij, khususnya kelompok ‘Ibadhiyyah di Afrika Utara. Diikuti kesannya ke atas pemerintahan tersebut.

Topik-topik dan maklumat-maklumat menarik di atas sudah tentu sayang untuk dilepaskan, khasnya bagi mereka yang ingin mengetahui selok-belok sejarah peradaban umat Islam di sepanjang zaman, di samping pertumbuhan budaya ilmu, hadis, aqidah, dan penyebarannya diikuti peranan pemerintah di dalamnya.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net