Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tafsir Ibnu Katsir, Edisi Terjemahan Lengkap

Tafsir Ibnu Katsir, Edisi Terjemahan Lengkap
Tafsir Ibnu Katsir, Edisi Terjemahan Lengkap Tafsir Ibnu Katsir, Edisi Terjemahan Lengkap Tafsir Ibnu Katsir, Edisi Terjemahan Lengkap Tafsir Ibnu Katsir, Edisi Terjemahan Lengkap Tafsir Ibnu Katsir, Edisi Terjemahan Lengkap Tafsir Ibnu Katsir, Edisi Terjemahan Lengkap Tafsir Ibnu Katsir, Edisi Terjemahan Lengkap
Terbitan: Insan Kamil
Product Code: Insan Kamil
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 41.5 x 26 x 18.9

ISBN: 9789791296809
Availability: In Stock
Price: RM720.00 RM430.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tafsir Ibnu Katsir, Edisi Terjemahan Lengkap | Judul Asal (‘Arab): Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim | Penulis/Penyusun: Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) | Tahqiq/Takhrij: Syaikh Ahmad ‘Abdul Rabbi An-Nabi, Syaikh Muhammad ‘Ali, Syaikh Syarif ‘Abdullah, dan Syaikh Aiman Nasyir | Penterjemah: Arif Rahman Hakim, Syahirul Alim Al-Adib, Muhammad Zaini, dan team Penerbit Insan Kamil | Penerbit: Insan Kamil | Berat: 15.1kg | Muka Surat: 10 Jilid Lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 41.5cm (panjang/tebal) x 26.0cm (tinggi) x 18.9cm (lebar) | ISBN: 978-979-1296-80-9 |

+ Disertakan Perbahasan Ilmu Ushul Tafsir pada muqaddimah.


Sesungguhnya Allah menurunkan Al-Qur’an sebagai sebuah pedoman hidup untuk membimbing umat manusia. Seorang hamba apabila menghendaki redha Allah, maka dia harus menjalani hidup bersesuaian dengan aturan yang telah ditetapkan oleh-Nya, yakni agama-Nya. Dan susah tentu dengan memahami Al-Qur’an bersesuaian dengan apa-apa yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kerana beliau adalah seorang utusan yang menjelaskan firman-firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Tafsir Al-Qur’an adalah sebuah disiplin ilmu yang mulia dan luas cakupannya. Kerana tafsir Al-Qur’an merupakan penjelas bagi firman-firman Allah diikuti pelbagai disiplin ilmu-ilmu lainnya seperti aqidah, fiqh, hadis, dan mu’amalah. Di samping itu, seseorang tidak akan mampu memahami Al-Qur’an dengan baik dan benar kecuali setelah mengetahui makna-maknanya. Oleh kerana itu, sebagai seorang muslim, kita harus berusaha memahami tafsir Al-Qur’an dengan bersungguh-sungguh agar mampu mengambil manfaat dan faedah darinya seraya mengikuti jalan dan petunjuk pendahulu kita yang mulia dalam beragama, yakni generasi salaf ash-sholeh yang terdiri dari para sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhun, para tabi’in, dan tabi’ at-tabi’in rahimahullaahu ‘anhum.

Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim yang ada di hadapan pembaca ini adalah karya dan susunan ulama besar yang cukup dikenal dalam bidang tafsir, hadis, dan sirah. Beliau dikenal dengan nama Ibnu Katsir, seorang ahli tafsir ulung, faqih, tokoh sirah (sejarah), dan juga seorang tokoh (hafiz) dalam bidang hadis. Nama lengkap beliau adalah Abu Al-Fida Isma’il bin ‘Umar bin Katsir Al-Qurasyi Ad-Dimasyqi rahimahullah. Beliau lahir pada 700H di Bashrah dan meninggal dunia pada 774H di Damsyiq.

Karya-karya beliau tersebar luas di pelbagai negeri kaum muslimin ketika hayatnya dan dimanfaatkan sekian banyak manusia setelah wafatnya sehinggalah kini. Di antara karya ulungnya yang cukup dikenal lagi disebut-sebut adalah Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim dan Al-Bidayah wa An-Nihayah (dalam bidang sirah). Sehingga apabila disebutkan kitab tafsir terbaik, pasti akan disebutkan Tafsir Ibnu Katsir (yakni Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim) termasuk dalam jajaran yang pertamanya di samping tafsir-tafsir yang lain seumpama Tafsir Ath-Thabari, Tafsir Al-Baghawi serta yang lainnya. Ia termasuk kitab tafsir yang sangat dicadangkan oleh para ulama zaman ini untuk para penuntut ilmu.

Di antara ciri khas dan keistimewaan tafsir susunan beliau ini terletak pada metode penafsiran yang disebut sebagai Tafsir Al-Qur’an bil Quran (penafsiran Al-Qur’an dengan Al-Qur’an). Tafsir ini merupakan tafsir yang paling banyak memaparkan ayat-ayat yang bersesuaian maknanya, kemudian diikuti dengan penafsiran berdasarkan hadis-hadis yang marfu’ yang terkait dengan ayat-ayat yang sedang dibicarakan. Kemudian beliau menjabarkan hujah-hujah yang dapat dikeluarkan dari ayat-ayat yang ditafsirkan tersebut. Kemudian diikuti pula dengan pemaparan atsar-atsar (nukilan-nukilan) para sahabat dan para salaf lainnya dari kalangan tabi’in dan para ulama setelahnya yang mengikuti jalan mereka dengan baik.

Termasuk keistimewaan lainnya, ia turut disertakan dengan status penjelasan hadis-hadis bersesuaian dengan penyebutan istilah-istilah para muhadditsin, dan juga penjelasan terhadap kedudukan sebahagian besar riwayat-riwayat israiliyyat yang banyak tersebar dalam kitab-kitab tafsir bil ma’tsur, sama ada secara global mahupun terperinci.

Tafsir Ibnu Katsir di hadapan kita ini adalah merupakan terjemahan lengkap dari set Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim yang dimaksudkan. Ia diterjemahan secara lengkap dari edisi asal. Diiringi dengan catatan tahqiq dan takhrij hadis-hadis oleh para pentahqiq yang dimaklumi dalam bidangnya. Selain itu, pada edisi ini turut disertakan dengan kaedah-kaedah ilmu tafsir oleh Al-Imam ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sidi rahimahullah pada muqaddimahnya. Kemudian diikuti pula dengan Muqaddimah Ushul Tafsir Ibnu Taimiyyah dengan Syarah oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahumallah. Dengan adanya muqaddimah ini, semoga ia akan dapat membantu para pembaca untuk memahami kaedah-kaedah dan asas-asas penting dalam ilmu tafsir Al-Qur’an diikuti sejarahnya.

Keunggulan edisi Tafsir ini berbanding cetakan-cetakan yang lainnya, adalah tafsir ini dicetak dengan merujuk pada beberapa sumber manuskrip dan riwayat penulisan atau penyusunan yang ada, sehingga satu riwayat penulisan dengan riwayat-riwayat yang lainnya saling melengkapi dan menyempurnakan. Selain itu, ia turut disertakan dengan penjelasan-penjelasan Asy-Syaikh Ahmad Syakir pada nota kakinya selaku pentahqiq pertama Tafsir Ibnu Katsir zaman ini, dan merupakan pentahqiq kitab Tafsir Ath-Thabari juga. Selain itu, pada catatan kakinya juga turut disertakan takhrij dan status hadis-hadisnya berdasarkan sumber-sumber yang terpercaya. Semoga ianya akan mampu membantu pembaca dalam menyemak status hadis-hadis yang dipaparkan sama ada sahih, hasan atau dha’if, di samping membantu dalam membuat rujukan lanjutan ke kitab-kitab asal atau lainnya.

Edisi ini dalam versi cetakan ‘Arabnya terdiri dari empat jilid lengkap, kemudian kini Alhamdulillah pihak penerbit telah siap menterjemahkannya menjadi 10 jilid lengkap semuanya. Dan ianya termasuk edisi pertama dan terbaik dalam kategorinya, yakni edisi terjemahan terlengkap diikuti catatan kaki yang sangat bermanfaat, insyaAllah.

Dengan terbitnya set tafsir ini, semoga akan banyak membantu kaum muslimin dalam memahami syari’at Allah, khasnya membantu masyarakat kaum muslimin di nusantara ini dalam memahami ayat-ayat Al-Qur’an dengan lebih baik dan membantu dalam membuat rujukan serta semakkan makna-makna ayat-ayat Al-Qur’an yang diperlukan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net