Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tuntunan Lengkap Shalat Witir, Tahajjud & Dhuha

Tuntunan Lengkap Shalat Witir, Tahajjud & Dhuha
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.9 x 12.9 x 1

ISBN: 9786028520041
Availability: In Stock
Price: RM14.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tuntunan Lengkap Shalat Witir, Tahajjud & Dhuha | Judul Asal (‘Arab): Shalaatul Mu’min Mafhuumun wa Fadhaa-ilu wa Aadaabun wa Anwaa’un wa Ahkaamun wa Kaifiyyatun, fii Dhau-il Kitaabi was Sunnah | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Ade Ichwan Ali | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 177g | Muka Surat: 163 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.9cm (tinggi) x 12.9cm (lebar) x 1.0cm (tebal) | ISBN: 978-602-8520-04-1 |


Solat Witir, Tahajjud dan Dhuha mengajarkan kita untuk kuat secara spiritual. Perkara ini kerana ketiga-tiganya akan membawa kita kepada mengingatnya siang dan malam. Di malam hari kita mengingat-Nya dengan Tahajjud dan Witir dalam kebanyakan orang tidur, dan di siang hari pun kita diajak untuk terus mengingat-Nya dengan Dhuha di kala kebanyakan orang sedang sibuk bekerja atau melakukan aktiviti lainnya.

Seseorang yang sentiasa mengingat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan ibadah-ibadah sunnah akan menjadikan ketaqwaannya meningkat, sebagaimana jawaban dari Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika ditanya oleh Nabi Musa tentang siapakah orang yang paling bertaqwa. Ternyata orang yang paling bertaqwa adalah orang yang sentiasa mengingat-Nya dan tidak melupakan-Nya, di saat kebanyakan manusia melupakan-Nya.

Tahajjud, Witir dan Dhuha juga akan membentuk seseorang menjadi kaya secara bathin. Hal ini sangat penting, kerana kekayaan zahir seseorang akan hampa dan kering ketika jiwanya miskin dan kerdil. Kekayaan zahir akan menjadi penuh makna dan dapat dinikmati di dunia dan akhirat, ketika ia memiliki jiwa yang kaya. Orang-orang kaya (harta) yang tidak kaya (jiwa) banyak yang mengukir sejarah kepedihan, sedangkan orang-orang yang kaya (harta) sekaligus berjiwa kaya telah mengukir sejarah emas yang selalu dikenang orang.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendorong umatnya untuk mendahulukan kaya secara bathin. Ketika beliau menjelaskan keutamaan Witir, beliau bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ أَمَدَّكُمْ بِصَلَاةٍ، وَهِيَ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ، وَهِيَ الْوِتْرُ، فَجَعَلَهَا لَكُمْ فِيمَا بَيْنَ الْعِشَاءِ إِلَى طُلُوعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan bagi kalian solat tambahan, dan solat itu lebih baik dari unta merah. Solat itu adalah solat Witir. Allah telah menetapkan waktunya di antara ‘Isya dan terbit fajar.” (Sunan Abi Dawud, no. 1418)

Mengapa Rasulullah membandingkannya dengan unta merah? Kerana unta merah adalah kekayaan yang menjadi kebanggaan masyarakat ‘Arab. Unta merah lebih bernilai jika dibandingkan dengan unta-unta jenis lainnya. Namun kekayaan dengan unta merah ini pun ternyata tidak ada apa-apa nilainya dibandingkan dengan kekayaan jiwa yang akan didapatkan seseorang ketika dia melaksanakan Witir.

Demikian pula ketika beliau menjelaskan keutamaan solat Tahajjud, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam membandingkan pula dengan unta hamil lagi gemuk, satu kekayaan yang sangat disukai masyarakat ‘Arab. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ إِذَا رَجَعَ إِلَى أَهْلِهِ أَنْ يَجِدَ فِيهِ ثَلَاثَ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَانٍ؟ قُلْنَا: نَعَمْ، قَالَ: فَثَلَاثُ آيَاتٍ يَقْرَأُ بِهِنَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلَاثِ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَانٍ

“Mahukah salah seorang dari kalian ketika kembali kepada keluarganya mendapatkan tiga unta hamil yang besar lagi gemuk?” Kami (para sahabat) menjawab, “Ya (kami mahu).” lalu Nabi bersabda:

“Tiga ayat yang dibaca oleh salah seorang dari kalian dalam solat malamnya itu lebih baik baginya daripada tiga unta hamil yang besar lagi gemuk.” (Shahih Muslim, no. 802)

Maka dapat dibayangkan ketika seseorang di setiap malam dan di sepanjang usianya sentiasa melaksanakan Tahajjud... Kekayaan bathin yang tiada tara.

Bahkan lebih jelas lagi ketika beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan keutamaan shalat Dhuha. Diriwayatkan dari Abu Ad-Darda’ dan Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhuma dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

ابْنَ آدَمَ ارْكَعْ لِي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرَهُ

“Wahai anak Adam, solatlah kerana Aku empat raka’at di awal siang, nescaya Aku berikan kecukupan untukmu sampai akhir siang.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 475)

Juga di hadis Qudsi dari Nu’aim bin Hammar, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ، لَا تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ، أَكْفِكَ آخِرَهُ

“Wahai anak Adam, jangan engkau tinggalkan 4 raka’at solat di awal siang (dhuha), nescaya aku akan berikan kecukupan untuk-mu sampai akhir siang.” (Sunan Abi Dawud, no. 1289. Bab: Solat Adh-Dhuha)

Kekayaan zahir mana lagi yang lebih besar berbanding memiliki hati yang sentiasa dikurniakan dengan rasa serba berkecukupan? Dan Dia-lah yang menjamin kecukupan itu,  bukan manusia. Dia Yang Mahakaya dan Maha Mencukupi, bukan makhluknya yang serba lemah dan kekurangan. Seseorang akan memiliki kebebasan dan kebahagiaan yang sebenar-benarnya ketika setiap keperluannya dicukupkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Subhaanallaah, dapat kita katakan bahawa keutamaan tiga solat ini sangat besar dalam membentuk kualiti kekuatan kaum mukminin dan dalam membentuk kekayaan jiwa sekaligus kekayaan zahir mereka yang penuh keberkahan. Wajar jika seorang sahabat bernama ‘Abdurrahman bin ‘Auf radhiyallahu ‘anhu dalam sekali duduk mampu berinfaq jutaan ringgit. Dan seorang ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu memiliki pendapatan pasif per bulan lebih dari 200 juta. Dan memang wajar apabila rakyat ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz rahimahullah banyak berdo’a:

“Ya Allah semoga esok hari ada yang sudi menerima sedekah-ku.”

Ini kerana semua orang pada ketika itu semuanya dikurniakan dengan rezeki yang mencukupi, sehingga sukar ditemukan orang yang miskin. Sehingga para petugas Baitul Maal berkata, “Aku bimbang jika mereka menjadi sombong (dengan kekayaan mereka).”

Dan buku ini adalah salah satu buku yang sangat bermanfaat dalam menjelaskan dan membimbing tentang tatacara tiga jenis solat yang disebutkan, yakni solat witir, tahajjud, dan dhuha. Buku ini diterjemahkan dari salah satu judul bab di kitab Shalatul Mu’min susunan Asy-Syaikh Dr. Sa’ad bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani hafidzahullah yang juga terkenal dengan kitab doanya, Hisnul Muslim.

Padanya dijelaskan tentang hukum dan anjuran ketiga-tiga solat tersebut dari sisi dalil-dalil, keutamaan dan fadhilatnya masing-masing, waktu-waktunya, bacaan-bacaannya, dan diikuti tatacaranya yang benar menurut sunnah. Pada penjelasan solat witir, turut dijelaskan tentang pensyari’atan qunut; sumber dalilnya dan tatacaranya. Kemudian dipaparkan doa-doa yang sahih untuk dibaca di dalam solat witir, tahajjud dan dhuha. Kemudian penulis turut menjelaskan anjuran agar turut membangunkan keluarga bagi melaksanakan tahajjud dan witir, adab-adab dalam melaksanakannya, jumlah raka’atnya, dan sebab-sebab yang dapat mendorong atau membantu seseorang melaksanakan solat-solat ini.

- Sinopsis disediakan oleh Atsar Online Bookstore - 

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net