Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Aqidah Salaf

Syarah Aqidah Salaf
Syarah Aqidah Salaf
Terbitan: Maktabah Mu'awiyah
Product Code: Maktabah Mu'awiyah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 17.3 x 4.4

ISBN: 9789799884985
Availability: In Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Aqidah Salaf | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Ustaz Abdul Hakim Bin Amir Abdat| Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Maktabah Mu’awiyah bin Abi Sufyan | Berat: 1544 g | Muka Surat: 967 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 17.3cm (lebar) x 4.4cm (tebal) | ISBN: 978-979-9884-98-5 |


Adapun manhaj para salaf dalam menetapkan aqidah mereka secara ringkas adalah sebagaimana berikut,

Pertama: Bahawa mereka berpegang sekuat-kuatnya dengan zahir nash Al-Kitab dan As-Sunnah. Mereka mengimani nash-nash tersebut secara zahir tanpa ta’wil yang bathil atau tahrif (merubah lafazh atau makna atau erti yang haq kepada makna atau erti yang batil).

Tidak sebagaimana perbuatan kaum syi’ah raafidhah, khawarij, jahmiyyah, mu’tazilah dan murjiah bersama orang-orang yang mengikuti manhaj mereka yang sesat dan menyesatkan dari kaum asya’riyyah dan maturidiyyah dan lain-lain dari firqah-firqah sesat yang menyandarkan diri mereka kepada Islam, walaupun sebahagiannya telah keluar dari Islam seperti raafidah (syi’ah) dan jahmiyyah dan yang lainnya banyak sekali.

Kedua: Mereka (para salaf) mendahulukan dalil-dalil naqliyyah (nash-nash Al-Kitab dan As-Sunnah) dari dalil-dalil aqliyyah (akal). Atau dengan kata lain mereka telah mendahulukan wahyu Al-Kitab dan wahyu As-Sunnah dari ra’yu (akal-akal fikiran semata). Ini adalah kerana yang menjadi asas di dalam Agama Islam adalah wahyu, bukan ra’yu. Tetapi ini tidak bererti bahawa manhaj Salaf telah menghilangkan atau merendahkan akal! Sama sekali tidak...!

Perinciannya adalah sebagai berikut:

Dalam Islam dikenal dengan adanya dua bentuk dalil:

1, Dalil naqliyyah atau yang juga disebut dengan dalil sam’iyyah. Sedangkan yang dimaksudkan dengan dalil naqliyyah atau sam’iyyah adalah dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sah (sahih atau maqbul).

2, Dalil ‘aqliyyah nazhariyyah. Sedangkan yang dimaksudkan darinya adalah dalil-dalil yang dihasilkan dari sebuah penelitian, pendapat, kajian, renungan dan yang sejenisnya yang semuanya berasal dari hasil fikiran dan akal manusia yang tentunya boleh jadi benar dan mungkin juga salah dan seterusnya.

Maka dari keterangan singkat ini tentunya akan timbul sebuah masalah:

Manakah yang harus lebih didahulukan di antara “dalil naqliyyah” dan “dalil ‘Aqliyyah”?

Jawaban yang haq dan qath’i (pasti) adalah dalil naqliyyah-lah yang harus didahulukan. Kerana dalil naqliyyah yang datang terlebih dahulu, baru kemudian dalil ‘aqliyyah datang mengikutinya. Seolah-olah dia hanya sebagai pembantunya yang berkhidmat kepada dalil-dalil naqliyyah.

Oleh sebab itulah maka kaum Salaf lebih mendahulukan dalil-dalil naqliyyah berbanding dalil-dalil ‘aqliyyah. Maka cara beragama yang seperti inilah yang mereka pegang dan imani dengan ilmu dan penuh keyakinan secara turun-temurun, bersilsilah dari dahulu hingga saat ini dan seterusnya sampai akhir zaman, insyaa-Allaahu Ta’ala.

Dan rincian perbahasan perkara ini akan dapat kita saksikan dan fahami dengan lebih jelas melalui buku ini, insyaAllah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net