Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarhus Sunnah oleh Al-Imam Al-Barbahari, Panduan Meniti Jalan Kebenaran dengan Mengikuti Sunnah dan Jamaah

Syarhus Sunnah oleh Al-Imam Al-Barbahari, Panduan Meniti Jalan Kebenaran dengan Mengikuti Sunnah dan Jamaah
Terbitan: Pustaka At Taqwa
Product Code: Pustaka At-Taqwa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 0.8

ISBN: 9789791661331
Availability: In Stock
Price: RM17.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarhus Sunnah oleh Al-Imam Al-Barbahari, Panduan Meniti Jalan Kebenaran dengan Mengikuti Sunnah dan Jama’ah | Judul Asal (‘Arab): Syarhus Sunnah | Penulis/Penyusun: Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Khalaf Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) | Tahqiq/Takhrij: ‘Abdurrahman Bin Ahmad Al-Jumaizi | Penterjemah: Fathur Rabbani bin Yazid Jawas | Penerbit: Pustaka At-Taqwa | Berat: 166g | Muka Surat: 142 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 21.0cm (tinggi) x 14.0cm (lebar) x 0.8cm (tebal) | ISBN: 978-979-1661-33-1 |


Ilmu aqidah merupakan ilmu yang sangat penting dalam kehidupan seorang manusia. Dengan ilmu tersebut, manusia dapat mengenal Rabb-nya, mentauhidkan-Nya, dan menjalankan hak-hak-Nya. Ia juga akan mampu membezakan antara yang haq dan yang bathil.

Seiring berjalannya waktu, ilmu aqidah mula dilupakan oleh sebahagian besar kaum muslimin. Sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah berdakwah siang dan malam, mengajak manusia agar mentauhidkan Allah dan menjauhi syirik. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam membentuk keperibadian para sahabat radhiyallahu ‘anhum di atas aqidah yang benar, yang bersumber dari wahyu, bukan buatan manusia. Kerananya, kita dapat melihat bahawa mereka adalah umat islam yang kuat dan teguh, memiliki persaudaraan islam yang tinggi, rela berkorban demi menegakkan agama islam. Mereka lebih mendahulukan Allah dan Rasul-Nya dibandingkan kepentingan mereka sendiri. Itulah generasi terbaik dari umat ini, manusia-manusia pilihan yang Allah pilih untuk menemani Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Semoga Allah meredhai mereka semuanya.

Kemuliaan ilmu aqidah dan besarnya manfaat ilmu ini mendorong para ulama menulis buku-buku tentangnya, agar manusia selamat dari para penyeru kesesatan, yang selalu mendorong manusia agar keluar dari jalan yang ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya radhiyallahu ‘anhum.

Lahirnya dari tangan-tangan para ulama berupa karya-karya emas dalam bidang aqidah seperti Ushuulus Sunnah karya Imam Ahmad, As-Sunnah karya ‘Abdullah bin Imam Ahmad, As-Sunnah karya Imam Al-Khallal, Kitabut Tauhid karya Imam Ibnu Khuzaimah, ‘Aqidah Ath-Thahawiyyah karya Imam Ath-Thahawi, ‘Aqidah Al-Wasithiyyah karya Imam Ibnu Taimiyyah, dan masih banyak lagi yang lain yang tidak dapat disebutkan satu persatu di sini.

Di antara karya emas yang ditulis dalam bidang aqidah adalah kitab Syarhus Sunnah karya Al-Imam Al-Barbahari rahimahullah. Kitab ini termasuk karya silam dalam bidang aqidah. Kerana penulis sendiri wafat pada tahun 329H, suatu jarak waktu yang panjang dengan zaman kita hari ini.

Kitab Syarhus Sunnah merupakan salah satu rujukan dalam bidang aqidah. Selain kerana perbahasannya yang ringkas, tegas, dan sangat bermanfaat, penulisnya pula merupakan seorang ulama yang terkenal di zamannya.

Kerana itulah, kami merasa sangat perlu untuk menyebarkan kitab ini ke dalam masyarakat agar manfaatnya pun tersebar luas, bukan hanya untuk kalangan pelajar tetapi juga untuk kalangan umum.

Semoga hasil terjemahan kitab ini memebri manfaat buat kita semua.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net