Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sifat Wudhu & Shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

Sifat Wudhu & Shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
Sifat Wudhu & Shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i (2(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.7 x 15.6 x 2.6

ISBN: 9786029183764
Availability: In Stock
Price: RM46.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sifat Wudhu & Shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 670g | Muka Surat: 398 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 23.7cm (tinggi) x 15.6cm (lebar) x 2.6cm (tebal) | ISBN: 978-602-9183-76-4 |


Perkara pertama yang diajarkan oleh Nabi kepada para sahabat sebaik masuk Islam adalah solat. Demikian juga perintah dakwah Nabi kepada orang-orang kafir, apabila mereka mahu menerima Islam, maka hendaklah diajarkan dengan solat sebaik masuk Islam.

Demikian betapa pentingnya kedudukan solat dalam agama ini. Namun agak disayangkan apabila sebahagian dari kaum muslimin masih mengambil ringan tentang permasalahan solat yang sangat luas dan penting ini. Baik dari sudut pemahaman, ilmu terhadapnya, perlaksanaan, penghayatan, mahupun manfaat di balik solat. Maka tidak hairanlah, buku-buku berkaitan dengan solat ini antara yang paling banyak ditulis dan disusun oleh para ulama, serta paling banyak dibahaskan.

Maka, ini adalah di antara salah satu buku yang baik dalam membahaskan persoalan solat. Di antara cakupan perbahasannya yang menjadikan kelebihan bagi buku ini adalah:

>> Perbahasan definisi wudhuk, keutamaannya, dan adab-adabnya.

>> Perbahasan tentang sifat dan tatacara wudhuk Nabi berserta dalil-dalilnya.

>> Perbahasan dalil-dalil setiap bahagian wudhuk.

>> Hal-hal yang membatalkan wudhuk berdasarkan dalil-dalilnya.

>> Permasalahan dan soal jawab berkaitan wudhuk; seperti hukum membaca basmalah ketika wudhuk dan cara membacanya, sahihkah doa-doa ketika membasuh anggota wudhuk, hukum berwudhuk dari air rampasan, hukum mengusap seluruh atau sebahagian kepala, hukum rembesan atau titisan air kencing setelah wudhuk, bagaimanakah wudhuk orang yang sentiasa buang angin, keluarnya angin dari kemaluan depan wanita adakah membatalkan wudhuk, cara mengusap rambut wanita ketika wudhuk, dan beberapa lagi yang lainnya.

>> Perkara-perkara yang tidak membatalkan wudhuk.

>> Hal-hal yang menjadi sebab wajibnya wudhuk.

>> Adab-adab dan persiapan solat.

>> Perbahasan tentang sifat dan tatacara solat Nabi berserta dalil-dalilnya.

>> Dzikir-dzikir setelah solat fardhu.

>> Kesalahan-kesalahan berkaitan solat fardhu yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat.

>> Kesalahan-kesalahan umum ketika solat.

>> Kesalahan-kesalahan sebaik salam dari solat.

Dan banyak lagi sub-sub perbahasan yang cuba dirangkum oleh penulis.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net