Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kupas Tuntas Shalat Malam Dari A-Z

Kupas Tuntas Shalat Malam Dari A-Z
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 13.6 x 1.4

ISBN: 9786027965461
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kupas Tuntas Shalat Malam Dari A-Z | Judul Asal (‘Arab): Gabungan dua buku berjudul Al-Maqalah Al-Mufiidah Syarhu Haditsi Jami’ fil ‘Aqidah dan Masaa’il Shalaatil Layl | Penulis: Asy-Syaikh Dr. ‘Abdurrazzaq bin ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr dan Sya-Syaikh Dr. Muhammad bin Fahd Al-Furayh | Tahqiq/Takhrij: Semakkan oleh Asy-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan | Penterjemah: team penerbit Darus Sunnah | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 308g | Muka Surat: 245 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.5cm (tinggi) x 13.6cm (lebar) x 1.4cm (tebal) | ISBN: 978-602-7965-46-1 & 978-602-7965-47-8 |


Allah Ta’ala berfirman:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud sebagai naafilah (ibadah sunnah) bagimu, mudah-mudahan Rabbmu mengangkatmu ke maqam (kedudukan) yang terpuji.” (Surah Al-Isra’, 17: 79)

Dari hadis Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ صَلاَةِ الْمَفْرُوْضَةِ، صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Solat yang paling utama setelah solat yang difardhukan adalah solat al-layl (yakni solat-solat sunnah yang dilaksanakan di malam hari).” (Shahih Muslim, no. 1163)

Dari Asma’ binti Yazid radhiyallahu anha, beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا جَمَعَ اللهُ اْلأَوَّلِيْنَ وَاْلآخِرِيْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، جَاءَ مُنَادٍ فَنَادَى بِصَوْتٍ يَسْمَعُ الْخَلاَئِقُ: سَيَعْلَمُ أَهْلُ الْجَمْعِ اَلْيَوْمَ مَنْ أَوْلَى بِالْكَرَمِ، ثُمَّ يَرْجِعُ فَيُنَادِي: لِيَقُمَ الَّذِيْنَ كاَنَتْ (تَتَجَافَى جُنُوْبُهُمْ) فَيَقُوْمُوْنَ وَهُمْ قَلِيْلٌ.

“Apabila Allah mengumpulkan seluruh manusia dari yang pertama hingga yang terakhir pada hari Kiamat kelak, maka datanglah penyeru lalu menyeru dengan suara yang didengari oleh semua makhluk, “Hari ini semua yang berkumpul akan tahu siapa yang patut mendapatkan kemuliaan!”

Kemudian penyeru tersebut kembali lalu berkata, “Hendaknya orang-orang yang sisi tubuhnya jauh dari tempat tidur bangkit, lalu mereka pun bangkit, sedang jumlah mereka sangatlah sedikit.” (Al-Musnad Al-Kabiir oleh Abu Ya’la, 4/373)

Demikianlah tiga (3) nukilan dalil dari sekian banyaknya dalil-dalil tentang keutamaan solat-solat sunnah di malam hari. Maka, tidak seharusnya kita lewatkan untuk mempelajari, memahami, dan mengamalkannya dengan benar, agar kita pun tidak sampai terlepaskan sebesar-besar keutamaan dan kurniaan dari Allah tersebut.

Buku dengan judul edisi terjemahannya “Kupas Tuntas Solat Malam Dari A-Z” ini adalah gambungan dua judul buku berjudul Al-Maqalah Al-Mufidah Syarh Jami’ fil Aqidah karya Asy-Syaikh Prof. Dr. ‘Abdurrazzaq dan Masa’il Ash-Sholah Al-Layl oleh Asy-Syaikh Dr. Muhammad bin Fahd Al-Furayh hafidzahumullah.

Al-Maqalah Al-Mufidah adalah sebuah buku yang membahaskan dan menjabarkan bait-bait doa pembuka solat malam yang dibaca, diamalkan dan dianjurkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam khasnya dari perspektif aqidah, tauhid, dan iman.

Manakala buku karya Asy-Syaikh Dr. Muhammad bin Fahd Al-Furayh (Masaa’il Ash-Sholatil Layl), perbahasannya terfokus pada dalil-dalil dan fatwa-fatwa para ulama tentang keutamaan solat malam, tatacaranya, dan hukum-hakam berkaitan dengannya. Dan di antara cakupan sub-perbahasannya adalah seperti berikut:

Keutamaan dan kedudukan solat malam,

Waktu solat malam.

Jumlah raka’at solat malam dan perbezaan ulama padanya.

Bolehkah solat malam dengan keadaan duduk.

Hukum membaca doa istiftah pada solat malam.

Kadar bacaan Al-Qur’an dalam solat malam dan hukum membaca langsung dari mushaf ketika solat.

Qunut ketika witir.

Bilakah qunut dibaca dalam solat malam?

Sunnah-sunnah setelah witir.

Sekitar hukum doa setelah khatam Al-Qur’an.

Solat sunnah dengan membaca di atas mushaf.

Hukum solat isyak di belakang imam yang solat tarawih.

Dan beberapa perbahasan berkaitan kesalahan-kesalahan dalam solat malam.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net