Senarai Penerbit
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam karya Ibnu Rejab Al-Hanbali

Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam karya Ibnu Rejab Al-Hanbali
Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam karya Ibnu Rejab Al-Hanbali Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam karya Ibnu Rejab Al-Hanbali
Terbitan: Darul Falah
Availability: In Stock

Dimensions(cm)(L x W x H): 24.80 x 17.00 x 4.70
Weight(kg):  1.650

Price: RM94.00
Qty:  
   - OR -   

Judul: Panduan Ilmu & Hikmah Syarah Lengkap al-Arba'in an-Nawawiyah | Judul asal: Jami' al-'Ulum wa al-Hikam | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) | Tahqiq: Syu'aib Al-Arnauth | Penerbit: Darul Falah | Berat: 1.65kg | Muka Surat: 1029m/s.


Syaikhul Islam Taqiyuddin Abu Amr Utsman bin Musa asy-Syarzuki, atau lebih dikenali dengan nama Ibnush Sholah yang wafat pada tahun 643H, telah menghimpunkan hadis-hadis yang bersifat komprehensif ke dalam bukunya yang berjudul al-Ahaadits al-Kuliyyah, yang dikatakan bahawa paksi agama berputar di atasnya. Buku tersebut memuatkan sebanyak dua puluh enam hadis.
 
Kemudiannya, Abu Zakariya Yahya B. Syaraf an-Nawawi yang wafat pada 676H (iaitu Imam an-Nawawi rahimahullah), menyalin semua dua puluh enam hadis-hadis tersebut, serta menambahkan hadis-hadisnya sehingga menjadi berjumlah empat puluh dua hadis ke dalam bukunya al-Arba’in an-Nawawiyah yang sangat terkenal, banyak menjadi hafalan, dan Allah menjadikannya begitu bermanfaat berkat keikhlasan penyusun dan kebaikan maksudnya.
 
Setelah itu, al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) menambahkan lapan buah hadis lagi dari hadis-hadis Jawami’ul Kalim (yang memiliki maksud yang luas) ke dalam buku al-Arba’in an-Nawawiyah yang mencakupi begitu banyak ilmu dan hikmah, sehinggalah hadis-hadis tersebut terkumpul menjadi lima puluh hadis. Beliau melakukan istikharah kepada Allah untuk menyusun buku yang mengandungi syarah makna-makna dan hadis-hadis tersebut. Bersesuaian dengan tingginya kedudukan keilmuan, kemampuan, dan kemudahan yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadanya, maka beliau pun berjaya menyusunnya dengan penjelasan yang cemerlang.
 
Dalam syarah ini, al-Hafiz Ibnu Rejab membentangkan hadis-hadis Nabawiyah yang menjadi tonggak perbahasan, menjelaskan kata-kata asing dan makna-maknanya, menerangkan hadis-hadis yang sejenis dengannya, menjelaskan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya, menjelaskan kandungan fiqh-nya, hikmah-hikmahnya, contoh pengamalan atau ulasan para salaf terhadapnya, dan perbezaan pendapat sebahagian ulama jika ada di dalamnya. Sehingga menjadikan buku karya al-Hafiz Ibnu Rejab ini termasuk buku syarah hadis terbaik dari sekian pensyarah al-Arba’in yang lainnya termasuk menjadi antara rujukan yang sering dinukil dan disebut-sebut oleh para ilmuan sesudahnya sehingga hari ini.
 
Selain itu, kitab syarah yang disusun oleh al-Hafiz Ibnu Rejab ini turut dipenuhi dengan atsar-atsar atau fatwa-fatwa indah dari para ulama kalangan sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Hadis-hadis yang menjadi tonggak perbahasan ditakhrij dengan begitu baik sekali oleh al-Hafiz Ibnu Rejab, walhamdulillah. Manakala hadis-hadis dan atsar-atsar yang menguatkan perbahasan dan syarah hadis dijelaskan pula takhrijnya oleh pentahqiq, iaitu Syu'aib al-Arnauth di nota kaki setiap halaman. Sekaligus menjadikan edisi ini begitu indah dan bermanfaat kerana sarat dengan mutiara kata para ulama salaf ahli sunnah wal-jama'ah lengkap dengan rujukan sumber ambilannya.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:



Facebook Comments ()
© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net