Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Induk Aqidah Islam (Syarah Aqidah al-Wasithiyah)

Buku Induk Aqidah Islam (Syarah Aqidah al-Wasithiyah)
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM76.00 RM64.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Induk Aqidah Islam (Syarah Aqidah Al-Wasithiyah) | Judul Asal (Arab): Syarah Aqidah Al-Wasithiyah | Penulis: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Syarah: Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-'Utsaimin | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.6kg | Muka Surat: 932m/s. (Hard Cover)


Buku ini adalah terjemahan dari kitab: Syarah Aqidah al-Washithiyyah li Syaikh Al Islam Ibn Taimiyyah. Kitab ini adalah syarahan (penjelasan) oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al- 'Utsaimin rahimahullah terhadap kitab Aqidah Al-Wasithiyah susunan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Kitab ini membahaskan 'Aqidah para Rasul Allah, Aqidah yang diwariskan Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa salam kepada para murid-nya (iaitu para Sahabat Radhiyallahu 'anhum), kemudian diwariskan lagi kepada para murid Sahabat radhiyallahu 'anhum (iaitu Tabi’in rahimahumullah), diwariskan lagi kepada murid Tabi’in (iaitu Tabiut-Tabiin rahimahumullah), dan sampailah kepada kita ilmu Aqidah islam yang Sahih ini, melalui warisan para imam, ulama yang mengikuti para pendahulunya dengan benar.

Ini adalah sebuah buku induk yang memberikan penjelasan secara sempurna lagi terperinci asas-asas Aqidah Islam, terutamanya dalam persoalan: Tauhid Asma’ dan Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Tauhid Uluhiyah dan Rububiyah, Rukun Iman, Syafa'at Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa salam, Taqdir (Qadha dan Qadar), Ahlul bait Rasulullah, keutamaan para Sahabat Nabi radhiyallahu 'anhum, mencintai orang-orang yang bertaqwa, hakikat ubudiyyah, persoalan Karamah, mengenali siapa ahlus sunnah, persoalan ijma', menjaga solat, penjelasan sekitar maksud Bid’ah, berbuat kebaikan kepada ibu/bapa, berbuat baik kepada para tetangga, kepentingan dan keutamaan akhlak, golongan yang selamat, pendapat tentang fahaman al-Asya'irah dan al-Maturidiyah, kemenangan bersama ahlus sunnah, dan banyak lagi penejelasan lainnya yang turut dimasukkan bersama.
 
Betapa banyaknya Firqah (kelompok) dalam Islam, mereka terjatuh dalam kesesatan disebabkan salah dalam memahami Aqidah al-Asma' dan ash-Shifat Allah ini. Pastikanlah, kita semua mempelajari dan memahami dengan baik Aqidah Asma dan Shifat Allah yang Sahih ini, yang akan menjadi jaminan buat kita agar selamat di dunia dan akhirat.
 
Perkataan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-'Utsaimin tentang kitab ini:
 
"Allah telah menganugerahkan nikmat kepada kami sehingga mampu memberi penjelasan (mensyarahkan) kitab al-Aqidah al-Wasithiyah, karya emas Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, yang membehaskan aqidah ahlus sunnah wal-Jama'ah yang menjadi mata-pelajaran (silibus) di masjid di hadapan para penuntut ilmu yang mempelajarinya daripada kami. Di atas kesungguhan mereka dalam menjaga penjelasan yang kami sampaikan, maka mereka merakamnya dan seterusnya mereka telah menuliskannya di atas kertas berpandukan kepada rakaman kaset.
 
Telah diketahui bahawa penjelasan yang disampaikan di forum kajian tidaklah sama dengan penjelasan yang tertulis dan melalui proses suntingan, kerana yang pertamanya, sangat mungkin telah diberi penambahan dan kekurangan lainnya. Kemudian aku pun melakukan semakan ke atasnya, dan alhamdulillah aku pun membuang apa yang tidak diperlukan dan menambah apa yang diperlukan.
 
Aku berdoa kepada Allah semoga penjelasan ini bermanfaat sebagaimana matan (teks/kandungan) aslinya..."
 
Buku ini adalah antara yang baik dalam menjawab syubhat-syubhat kelompok bathil dari kalangan Muktazilah, Jahmiyyah, Khawarij, Syi'ah, al-Asya'irah, al-Maturidiyah, sufi, dan beberapa yang lainnya. Sebahagian dari kelompok-kelompok bathil ini mungkin tidak lagi mudah dikenali dengan nama-nama tersebut, tetapi apabila kita menelitinya melalui buku ini, maka akan jelaslah siapa mereka pada hari ini walaupun ia hadir dengan baju dan nama pertubuhan yang berbeza.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net