Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Cara Praktis Memahami Tauhid dengan Mudah

Buku Poket Cara Praktis Memahami Tauhid dengan Mudah
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 10 x 15.5 x 0.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM6.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Cara Praktis Memahami Tauhid dengan Mudah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih b. Hasbullah | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Penterjemah: | Berat: 45gram | Muka Surat: 64 m/s. (Soft cover)


Pembahagian tauhid ke dalam tiga bahagian diambil dari penelitian yang menyeluruh terhadap nash-nash Al-Qur’an. Dari ayat-ayat Allah tersebut, disimpulkan bahawa tauhid itu terbahagi menjadi tiga bahagian, dan tidaklah seseorang dikatakan telah bertauhid dengan benar melainkan setelah memahami dan melaksanakan ketiga-tiga tauhid ini. Oleh sebab itu, maka pembahagian ini merupakan hakikat di dalam syari’at yang diambil dari Kitab Allah.

Pembahagian ini sangat memudahkan pemahaman kaum muslimin dalam merealisasikan tauhid dengan benar, sekaligus membezakan antara muslim dengan yang kafir, dan antara mukmin dengan yang sesat.

Dengan memahami tiga bahagian tauhid ini, seorang muslim memiliki tolok ukur yang jelas dan mudah tentang tauhid, adakah dia telah termasuk sebagai seorang muwahhid (yang mentauhidkan Allah), atau belum. Seorang awam atau anak kecil yang belum baligh pun akan dengan mudah memahaminya.

Dari pelbagai dalil yang bertebaran dalam Al-Qur’an, As-Sunnah, dan atsar Salafush Shalih, para ulama membahagikan tauhid kepada tiga bahagian:

1 >> Tauhid Ar-Rububiyyah, yang diimani sama ada oleh seorang muslim mahupun kafir. Yang memisahkan dengan golongan mulhid, atheis, darwinisme, atau mu’ath-thillah.

2 >> Tauhid Al-Uluhiyyah, yang membezakan antara kafir dengan yang muslim, dan yang mukmin dengan yang sesat. Dan merupakan penjabaran dan penzahiran syahadatain (dua kalimat syahadah) secara benar.

3 >> Tauhid Al-Asmaa’ wash-Shifaat, iaitu perealisasian iman dan ilmu terhadap nama-nama dan sifat-sifat Allah secara benar.

Pembahagian ini sangat penting untuk difahami oleh setiap muslim, agar pemahamannya benar bersesuaian dengan pemahaman para Shahabat Nabi yang mulia, Insya Allah.

Al-Imam Ibnu Baththah rahimahullah (Wafat: 387H) menegaskan:

وَذَلِكَ أَنَّ أَصْلَ الإِيمَانِ بِاللَّهِ الَّذِي يَجِبُ عَلَى الْخَلْقِ اعْتِقَادُهُ فِي إِثْبَاتِ الإِيمَانِ بِهِ ثَلاثَةُ أَشْيَاءَ:

أَحَدُهَا: أَنْ يَعْتَقِدَ الْعَبْدُ آنِيَّتَهُ لِيَكُونَ بِذَلِكَ مُبَايِنًا لِمَذْهَبِ أَهْلِ التَّعْطِيلِ الَّذِينَ لا يُثْبِتُونَ صَانِعًا،

وَالثَّانِي: أَنْ يَعْتَقِدَ وَحْدَانِيَّتَهُ، لِيَكُونَ مُبَايِنًا بِذَلِكَ مَذَاهِبَ أَهْلِ الشِّرْكِ الَّذِينَ أَقَرُّوا بِالصَّانِعِ، وَأَشْرَكُوا مَعَهُ فِي الْعِبَادَةِ غَيْرَهُ.

وَالثَّالِثُ: أَنْ يَعْتَقِدَهُ مَوْصُوفًا بِالصِّفَاتِ الَّتِي لا يَحُوزُ إِلا أَنْ يَكُونَ مَوْصُوفًا بِهَا مِنَ الْعِلْمِ، وَالْقُدْرَةِ، وَالْحِكْمَةِ، وَسَائِرِ مَا وَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ فِي كِتَابِهِ، إِذْ قَدْ عَلِمْنَا أَنَّ كَثِيرًا مِمَّنْ يُقَرِّبُهُ، وَيُوَحِّدُهُ بِالْقَوْلِ الْمُطْلَقِ قَدْ يُلْحِدُ فِي صِفَاتِهِ، فَيَكُونُ إِلْحَادُهُ فِي صِفَاتِهِ قَادِحًا فِي تَوْحِيدِهِ؛ وَلأَنَّا نَجِدُ اللَّهَ تَعَالَى قَدْ خَاطَبَ عِبَادَهُ بِدُعَائِهِمْ إِلَى اعْتِقَادِ كُلِّ وَاحِدَةٍ فِي هَذِهِ الثَّلاثِ وَالإِيمَانِ بِهَا

“Dan yang demikian itu kerana ushul (prinsip asas) keimanan terhadap Allah yang diwajibkan atas makhluknya adalah untuk ber-i’tiqad (mengimani) dalam penetapan iman kepada-Nya dengan mencakup tiga perkara:

1 >> Agar seorang hamba meyakini kewujudan Allah agar dapat menjadi pemisah dengan mazhab ahluth-ta’thiil (mu’aththilah atau atheis) yang tidak menetapkan adanya Pencipta.

2 >> Agar (seorang hamba) meyakini keesaan-Nya (sebagai satu-satunya Rabb dan ilah yang berhak diibadahi) yang dengannya menjadi pemisah (pembeza) dengan mazhab ahli syirik yang mengakui adanya Pencipta (yakni Allah), namun tetap menyekutukan Allah dengan beribadah kepada selain Allah di samping beribadah kepada Allah.

3 >> Agar (seorang hamba) meyakini bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat yang tidaklah boleh melainkan dengan sifat-sifat-Nya berupa ilmu, kekuasaan (qudrah), hikmah, dan seluruh sifat yang telah Allah sifatkan bagi diri-Nya dalam Kitab-Nya (Al-Qur’an). Kerana kita mengetahui bahawa kebanyakan orang yang bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada-Nya dan mengesakan-Nya dengan perkataan yang mutlak, namun rupanya mengingkari sifat-sifat-Nya di mana penyimpangannya dalam masalah sifat-sifat Allah tersebut pun merosakkan tauhidannya.

Selain itu kita juga mendapati bahawa Allah Ta’ala telah berbicara kepada para hamba-Nya dengan menyeru mereka untuk meyakini semua ketiga-tiga perkara tersebut dan beriman dengannya.” (Al-Ibaanah ‘an Syarii’ah Al-Firqah An-Naajiyyah; Ar-Radd ‘alal-Jahmiyyah, 2/172-173 - Tahqiq Dr. Yuusuf Al-Waabil, Daar Ar-Raayah, Cet. 1/1415H)

Selamat mempelajari dan meraih manfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net