Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Thaharah karya Syaikh Utsaimin

Fikih Thaharah karya Syaikh Utsaimin
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 54

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Thaharah, Pembahasan Dari Kitab Fath Dzi Al-Jalal wa Al-Ikram | Judul Asal (‘Arab): Fath Dzi Al-Jalal wa Al-Ikram Syarah Bulughul Maram | Penulis: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 1.85kg | Muka Surat: 919 m/s. (Hard cover). [Disediakan oleh Atsar Ent.]


Islam sangat memerhatikan umatnya agar sentiasa dalam keadaan suci dan bersih, sama ada secara zahir (hissi) atau pun batin (ma’nawi). Perkara ini menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan kebersihan, sekaligus sebagai contoh bagi keindahan, penjagaan, dan ketelitian agama ini.

Selain itu, di antara hikmah dari bersuci adalah ianya mampu bertindak sebagai salah satu bentuk penjagaan diri dari serangan penyakit. Kerana anggota tubuh manusia itu sentiasa terdedah kepada pelbagai bahaya dari persekitaran seperti debu, kotoran, partikel-partikel berbahaya, ion-ion yang tidak seimbang, aktiviti bakteria, dan penyakit-penyakit berjangkit tertentu. Namun apabila amalan bersuci sentiasa dipraktikkan dengan benar dan tepat pada waktunya, ia mampu menjadi sebab terhindarnya orang tersebut dari pelbagai penyakit. Dan ini termasuk salah satu bentuk penjagaan yang telah diperakui banyak pihak.

Dalam perspektif Islam, bersuci dikenal dengan istilah thaharah yang teranggap bernilai ibadah. Secara bahasa, thaharah bermaksud bersih dan suci dari kotoran atau najis sama ada yang bersifat hissi (yang dapat dilihat) atau yang bersifat ma’nawi (yang tidak dapat dilihat) seperti aib-aib, syirik, akhlak yang buruk dan maksiat-maksiat.

Adapun menurut istilah, thaharah bermaksud bersih dari najis sama ada yang haqiqi berupa kotoran, ataupun najis hukmi.

Thaharah menduduki posisi yang sangat penting dalam Islam. Bahkan dalam kebanyakan perbahasan kitab-kitab fiqh ia menduduki bab yang paling awal. Thaharah haqiqi merujuk kepada kesucian seperti pada pakaian, tubuh, atau tempat solat dari sebarang najis. Manakala thaharah hukmi, ia merujuk kepada sucinya anggota wudhu’ dari hadas, dan suci seluruh anggota tubuh yang zahir dari janabah yang merupakan termasuk syarat sahnya solat.

Huraian dan syarah yang dibukukan dari hasil huraian Syaikh Al-‘Utsaimin rahimahullah ini memberikan penjelasan tentang thaharah dan perkara-perkara yang terkait dengannya secara tersusun, terperinci, serta dilengkapi dengan faedah-faedah bagi setiap perbahasan.

Selain itu, kita akan dapat meraih banyaknya faedah dari perbahasan ini di samping kita juga akan melihat penjelasan-penjelasan makna hadis sama ada secara per ayat mahupun per kalimat. Buku ini asalnya adalah dari himpunan hadis-hadis hukum susunan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani berjudul Bulughul Maram. Lalu kemudian darinya, hadis-hadis bagi setiap bab tersebut pun diperkembangkan lagi rincian dan penjelasannya. Sekaligus ia pun menjadi sebuah buku syarah berdasarkan babnya. Dan ini adalah rincian bagi bab thaharah yang amat penting dan tidak boleh diabaikan oleh setiap kaum muslimin. Bahkan setiap muslim wajib mempelajari thaharah ini dengan benar. Kerana tanpa thaharah, solat akan menjadi tidak sah.

Jadi, ayuh sama-sama kita dapatkan rinciannya, penjabaran terhadap sunnah-sunnahnya, syarat-syaratnya, dan aturan-aturan thaharah yang benar melalui buku ini.

Di antara yang terkandung dalam perbahasan buku ini adalah perbahasan air, jenis-jenisnya, hukum berkaitan dengannya, permandian dan selainnya. Kemudian diikuti dengan perbahasan bejana atau bekas air. Diteruskan lagi dengan perbahasan menyucikan najis, jenis-jenisnya, dan cara-caranya. Diikuti pula dengan perbahasan wudhu’, tatacaranya, sunnah-sunnahnya, dan hal-hal yang terkait dengannya. Kemudian diteruskan dengan perbahasan khuf, perkara-perkara yang membatalkan wudhu’, adab buang hajat, perbahasan mandi, hukum-hakam junub, perbahasan tayammum, perbahasan haidh, dan seterusnya. [Disediakan oleh Atsar Ent.]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net