Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ajaran Mazhab Imam Asy-Syafi'i Yang Ditinggalkan

Ajaran Mazhab Imam Asy-Syafi'i Yang Ditinggalkan
Ajaran Mazhab Imam Asy-Syafi'i Yang Ditinggalkan
Terbitan: Naashirus Sunnah
Product Code: Nashirussunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.6 x 16.3 x 3.1

ISBN: 9786027734425
Availability: Out Of Stock
Price: RM74.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ajaran Mazhab Imam Asy-Syafi’i Yang Ditinggalkan | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Firanda Andirja Abidin | Penerbit: Nashirussunnah | Berat: 0.670kg | Muka Surat: 528 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.4cm (tinggi) x 15.7cm (lebar) x 2.6cm (tebal) | ISBN: 978-602-773-442-5 | 


Majoriti masyarakat di nusantara ini selalunya akan menisbatkan amalan-amalan mereka kepada mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H). Atau nama lengkap beliau, Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i, seorang pembela sunnah sebagaimana gelaran yang diberikan para ulama ke atas beliau, Nashirussunnah. Sampai kalau diteliti kitab-kitab beliau seumpama Ar-Risalah dan Al-Umm, maka akan tampaklah banyaknya pembelaan-pembelaan beliau ke atas hadis-hadis dan sunnah-sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bahkan tampak pula bantahan-bantahan beliau yang kuat ke atas para pengingkar sunnah-sunnah Nabi di zamannya. Demikian juga akan ditemukan betapa kuatnya beliau dalam membantah dan menjauhi bid’ah-bid’ah yang kebanyakannya telah sebati dan dijadikan amalan manusia pada hari ini.

Ironinya, kita dapati hari ini banyak sekali ajaran-ajaran Al-Imam Asy-Syafi’i yang ditegakkan di atas manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah telah ditinggalkan oleh kebanyakan masyarakat yang mengaku bermazhab Asy-Syafi’i sendiri, bahkan bukan sekadar mengaku, namun tidak kurang yang kelihatan begitu fanatik melampau. Walhal, realitinya mereka sendiri tidak mengenal dengan benar siapakah Al-Imam Asy-Syafi’i itu sendiri, bahkan tidak pula kitab-kitabnya dan tokoh-tokoh ulama yang mendukung mazhab Asy-Syafi’i. Iaitu di mana kebanyakan masyarakat hari ini hanya taqlid buta, ikut membuta tuli atas sangkaan mereka bermazhab Asy-Syafi’i, taksub dan bersangka baik tanpa ada sikap kritis menyemaknya apakah betul yang mereka dakwa dan akui itu dari mazhab Asy-Syafi’i?!

Sebab itulah kita dapat melihat banyaknya perpecahan melanda dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Kerana mereka menegakkan agama mereka masing-masing semata-mata atas dasar sangka baik, iaitu tanpa mahu berusaha untuk mengambil agama dari sumbernya sebagaimana yang diseru oleh Al-Imam Asy-Syafi’i sendiri.

Jadi, marilah sama-sama kita merenung kembali, bersikap kritis, dan berlapang dada. Kita kenali baik-baik siapakah Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah, yang konon kebanyakan masyarakat Nusantara bermazhab dengan mazhabnya. Kemudian kita lihat pula betapa banyaknya ajaran-ajaran kebenaran yang dibawa oleh Al-Imam Asy-Syafi’i sama ada melalui kitab-kitabnya, fatwa-fatwanya, mahupun dari riwayat-riwayat yang dibawa oleh para pengikutnya secara benar yang telah ditinggalkan, dinafikan, bahkan sampai ditentang lantaran kejahilan sendiri.

Di antara skop perbahasan dan nukilan-nukilan dari Al-Imam Asy-Syafi’i dan tokoh-tokoh pendukungnya yang muktabar yang akan dapat kita singkap melalui buku ini adalah:

1, Perbahasan Hukum memeliharan janggut.

2, Hukum Muzik dan Nyanyian.

3, Menutup Aurat.

4, Larangan Merokok.

5, Tercelanya perbuatan fanatik terhadap mazhab.

6, Larangan mengambil berkah atau memuja kuburan.

7, Bid’ah amalan tahlilan atau kenduri arwah.

8, Perbahasan di mana Keberadaan Allah, di atas langit atau di mana-mana?

9, Amalan kirim pahala pada si mati.

10, Penentangan terhadap aqidah syi’ah.

11, Perbahasan ilmu falsafah atau tasawuf.

12, Menundukkan akal di bawah wayhu.

13, Penentangan terhadap aqidah Al-Asya’irah dalam persoalan Al-Qur’an adalah kalaamullaah.

14, Mencari Keberkahan yang terlarang.

15, Larangan mengucap tahniah sempena perayaan kaum kafir.

16, Celaan terhadap tarekat dan sufi.

17, Pengingkaran Al-Imam Asy-Syafi’i terhadap para wali dusta.

18, Larangan menjadikan mimpi sebagai dalil.

Turut dimuatkan dalam buku ini secara ekslusif adalah biografi Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah sepanjang 13 muka surat.

Selamat menela’ah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net