Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Aqidah Ash-Shahihah oleh Syaikh Ibn Baz

Syarah Aqidah Ash-Shahihah oleh Syaikh Ibn Baz
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah (7(6))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Aqidah Ash-Shahihah | Judul Asal (Arab): Al-Itman bi Syarhi al-'Aqidah ash-Shahihah wa Nawaqid al-Islam | Penulis: Syaikh 'Abdul 'Aziz bin Bazz rahimahullah | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 700g | Muka Surat: 326m/s. (Hard cover)


Dengan berjalan kaki dan peralatan perang yang seadanya, para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mampu berperang sehingga lapan kali dalam tempoh setahun dan kemenangan sentiasa menyebelahi mereka. Itulah hasil rahsia sebuah kekuatan aqidah, kekuatan yang merupakan tunjang dari sebuah keimanan seseorang. Aqidah adalah kuasa besar bagi seorang muslim untuk bergerak mengharungi setiap langkah kehidupan.
 
Seorang muslim yang memilih aqidah shahihah (yang benar), maka hidupnya akan selalu diiringi dengan semangat, keyakinan, dan keberanian. Banyak perkara yang berat dan sebelumnya seakan-akan mustahil terasa mudah dilaksanakan dengan sebab kekukuhan aqidah yang terpahat di dalam diri. Dan aqidah-lah yang menentukan keislaman seseorang, sama ada imannya benar atau salah.
 
Kitab Aqidah ash-Shahihah ini adalah sebuah kitab karya Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Bazz rahimahullah, mufti Saudi 'Arabia ketika hayatnya. Tulisan ini merangkaikan pelbagai bab-bab perbahasan aqidah menjadi sebuah kitab. Ia meletakkan i'tiqad-i'tiqad dan manhaj-manhaj agama yang penting dan wajib diketahui oleh setiap Muslim. Ia disusun berpandukan manhaj dan prinsip aqidah salaf dengan penjelasan/nukilan rujukan yang baik. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Penyusun/penulis membahaskannya dalam bentuk perbahasan yang ringkas dan padat. Ini bertujuan agar tidak berjela-jela sehingga sukar difahami oleh golongan awam khasnya. Akhirnya, buku ini amat mesra pembaca dan amat mudah difahami. Setiap prinsip dan penghujahan begitu mudah difahami.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net