Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Islam Menjawab Tuduhan, Menyingkap Keraguan Menuai Kebenaran

Islam Menjawab Tuduhan, Menyingkap Keraguan Menuai Kebenaran
Terbitan: Pustaka at-Tazkia
Product Code: Pustaka At-Tazkia
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.4 x 14.5 x 1.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Islam Menjawab Tuduhan, Menyingkap Keraguan Menuai Kebenaran | Judul Asal (‘Arab): Rudud ‘ala Syubhat Haula Al-Islam (Bantahan-bantahan ke Atas Syubhat yang ditujukan Kepada Islam) | Penulis: Musthofa Al-‘Adawi | Penerbit: Pustaka At-Tazkia | Berat: 300g | Muka Surat: 251 m/s. (Soft cover)


Musuh Islam dari kalangan Yahudi, Nashrani, dan Musyrikin tidak akan pernah berhenti memusuhi dan membenci kaum Muslimin hingga murtad dari agamanya. Ini antaranya sebagaimana telah ditegaskan sendiri oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Kitab-Nya:

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

“Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nashara (Kristian) itu sampailah engkau mengikuti millah (agama dan jalan hidup) mereka.” (Surah Al-Baqarah, 2: 120)

Pelbagai bentuk kaedan dan cara mereka lakukan untuk mencapai tujuan menyesatkan dan memurtadkan umat Islam, sama ada melalui sekatan terhadap sebahagian negara Islam, rampasan kekayaan harta negara, tekanan politik, dan serangan pemikiran.

Antara yang paling berbahaya adalah melalui serangan pemikiran. Perang pemikiran yang mereka lancarkan dilaksanakan melalui pelbagai bentuk syubhat dan keragu-raguan. Ini berlaku sama ada melalui media maklumat, hiburan, propaganda, dan sebagainya. Ini tidak lain bertujuan untuk menjadikan umat Islam ragu, bosan, dan benci terhadap agamanya. Bukan sekadar itu, bahkan acapkali disertai dengan kata-kata keji, kedunguan, sindiran, dan kedustaan. Ini bukan perkara yang baru bagi orang-orang kafir ke atas umat Islam. Tetapi sebenarnya mereka sudah biasa mempermain-mainkan umat Islam, mempersendakan Al-Qur’an, mengejek dan bahkan membunuh para Nabi, dan juga para ulama sejak dahulu lagi.

Makar dari musuh-musuh Islam ini ditebarkan di tengah-tengah umat Islam oleh tali-barut mereka yang telah dicuci otaknya melalui pelbagai bentuk doktrin pendidikan ala Barat. Jangan hairan apabila mereka; misalnya mempersoalkan hukum-hukum seperti pakaian wanita muslimat menindas kaum wanita, mempromosikan kebebasan dan kesamarataan gender dalam kalangan umat Islam, mempromosikan kebebasan dan kesamaan dalam beragama, menimbulkan isu ketidak-adilan dalam hukum poligami, mempertikaikan hukum potong tangan dan rejam dalam hudud, menuduh Al-Qur’an penuh pembohongan, mendakwa kononnya fakta-fakta Al-Qur’an saling bercanggah, menimbulkan keraguan terhadap Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi yang sahih, Islam dikatakan sebagai agama jumud, ketinggalan zaman, mengatakan Islam agama yang menekan, dan yang lain sebagainya.

Maka Syaikh Musthafa Al-‘Adawi, salah seorang tokoh dalam bidang hadis yang kini berada di Mesir pun menulis sebuah kitab berkaitan bagi membantah sebahagian dari syubhat-syubhat utama tersebut. Beliau menjelaskan asas-asas manhaj yang perlu ada bagi setiap muslim, sekaligus menepis kepelbagaian bentuk syubhat tidak bertanggungjawab yang kian tersebar luas yang tujuannya menghujam agama Islam tanpa asas yang benar.

Semoga dengan buku ini dapat menyingkap kabut syubhat dan keraguan yang mungkin selama ini menyelimuti fikiran dan pemahaman kita terhadap Islam.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net