Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

22 Kiat Mengatasi Stress

22 Kiat Mengatasi Stress
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15 x 11 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: 22 Kiat Mengatasi Stress | Penulis: Muhammad Soleh al-Munajjid | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 110g | Muka Surat: 148m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Sesungguhnya karakteristik kehidupan dunia ini selalu diliputi oleh kegelisahan dan kesedihan yang dirasakan oleh setiap insan. Dunia adalah tempat ujian, tempat perjuangan dan tempat pengorbanan. Oleh sebab itu salah satu keistimewaan kehidupan di Syurga adalah tidak adanya perasaan sedih dan gelisah, sebagaimana halnya kehidupan di dunia. Perasaan sedih dan gelisah yang dirasakan oleh manusia itu bertingkat-tingkat bersesuaian dengan keadaan mereka dan beban tanggung jawab yang diemban oleh masing-masing individu. Semakin tinggi darjat dan kedudukan seseorang di sisi Allah, maka semakin berat ujian dan cubaan yang diberikan. Kerana Allah akan menguji keimanan dan ketabahan hamba yang dicintai-Nya. Larut dalam kesedihan bukanlah sikap yang bijak, bahkan merupakan bentuk sikap yang dilarang. Namun kita dianjurkan agar dapat menghadapi setiap cubaan, ujian dan musibah yang datang dengan penuh ketabahan, serta dapat mengambil hikmah di balik semua itu. Buku yang ada di hadapan pembaca ini menampilkan contoh-contoh kisah kegelisahan yang terpuji, juga dilengkapi dengan 22 kiat untuk mengatasi stress. Semoga kehadiran buku ini dapat bermanfaat.
 
Pada bahagian awal, naskah ini membincangkan jenis-jenih tekanan @ stress @ kegelisahan. Tidaklah semua tekanan itu bersifat negatif dan memudharatkan. Sebaliknya penulis membawakan beberapa contoh tekanan datau kebimbangan yang terpuji di sisi agama. Beliau membawakan contoh kisah Zubair Al-Awwam yang bimbang akan terbunuh dalam perang, sedangkan beliau masih mempunyai hutang yang banyak. Zubair mewasiatkan kepada anaknya Abdullah supaya segera melunaskan hutang ayahnya, jika beliah terbunuh.
 
Teknik-teknik Mengatasi Stress
 
Seterusnya penulis menitipkan 22 teknik mengatasi tekanan. Teknik yang dibawakan digali dari petunjuk Al-Qur’an dan Sunnah.
 
Antara teknik yang menarik yang disebutkan termasuklah membanyakkan selawat ke atas nabi dan memakan makanan yang dinamakan sebagai talbinah (dibuat dari gandum yang dimasak menjadi bubur).
 
Kata Ubay bin Kaab dalam satu perbualan dengan Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau),
 
“Aku persembahkan seutuhnya selawatku untukmu”, kemudian dijawab oleh Rasulullah, “jika demikian akan lepaslah kegelisahanmu dan akan diampuni dosamu”. (Hadith Tirmizi, hasan)
 
“Talbinah itu dapat memotivasi hati orang yang sakit dan menghilangkan kesedihan” (Hadith Bukhari). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net