Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Darah Hitam Tasawuf karya Dr. Ihsan Ilahi Dzahir

Darah Hitam Tasawuf karya Dr. Ihsan Ilahi Dzahir
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 15.8 x 1.6

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM34.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Darah Hitam Tasawuf | Judul Asal ('Arab): Dirasat fii at-Tasawwuf | Penulis: Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Dzahir | Penerbit: Darul Falah | Berat: 650g | Muka Surat: 376 m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Buku ini adalah kesinambungan dari buku yang lalu berjudul “Sejarah Hitam Tasawuf” (Judul Asal: At-Tasawwuf al-Mansya' wal Mashaadir). Di mana buku ini membahaskan sebuah lagi hasil kajian penulis dengan lebih mendalam dan terperinci bebanding dengan buku sebelumnya yang mengupas secara asas dan sejarah. Di antara perbahasan utama buku ini adalah membawa para pembaca mengenali sikap sebenar kaum sufi, mengenali prinsip-prinsip mereka yang terang-terangan menentang syari’at, ciri-ciri utama di dalam aliran tasawuf, mengenali tokoh-tokoh mereka dari dahulu hingga kini dan beberapa pecahan-pecahannya berdasarkan tokoh mereka masing-masing, dan sehinggalah kepada tujuan utama mereka berpegang kepada fahaman tasawuf tersebut.
 
Buku ini juga telah diberi kata-kata aluan dan rekomendasi oleh menteri kehakiman Saudi Arabia iaitu Syaikh Muhammad B. Soleh al-Luhaidan dengan sebahagian daripada katanya:
 
“Saya perlu mengatakan dengan jujur bahawa buku ini dan buku sebelumnya wajib dibaca oleh kaum muslimin, kerana keduanya mengandungi penjelasan yang lengkap tentang tasawuf dan kerana penulisnya dikenali sebagai manusia yang sentiasa melakukan kajian berdasarkan sumber-sumber yang menyeluruh dari pelaku bid’ah sendiri seperti mana yang beliau lakukan dalam buku-bukunya tentang Syi’ah, Qadiyani dan firqah-firqah sesat lainnya.
 
Ihsan Ilahi Dzahir mempersembahkan siri buku-buku yang bermutu bagi khazanah umat Islam dan buku-buku tersebut wajib disebarluaskan. Ini adalah kerana di dalamnya mengandungi berupa lautan penjelasan tentang kebenaran, membongkar kebatilan, menelanjangi tokoh-tokoh ahlul bid’ah.” (Mukaddimah dan Kata Pengantar kitab Dirasat fii at-Tasawwuf)
 
Salah sebuah kisah tragis berkenaan penulis buku ini, beliau telah wafat kesan dari akibat dibom oleh puak syi'ah ketika sedang memberikan kuliah/ceramahnya di Pakistan di hadapan ribuan manusia. Ini adalah disebabkan kebencian syi'ah yang meluap-luap terhadap beliau akibat pembongkaran demi pembongkaran yang dilakukan oleh penulis terhadap syi'ah.
 
Di antara topik dan tajuk-tajuk yang menjadi fokus di dalam buku ini adalah:
 
1, Sikap Radikal Kaum Sufi Tasawuf.
 
2, Penentangan Tasawuf terhadap Islam.
 
3, Konspirasi di Balik Tasawuf.
 
4, Bid'ah-bid'ah Tasawuf dan ciri-cirinya.
 
5, Aliran-aliran Tasawuf dan tokoh-tokohnya; yang antaranya adalah Tarekat Ar-Rifa'iyyah, asy-Syadziliyyah, al-Qadiriyah, dan at-Tijaniyyah.
 
6, Terminologi-teminologi Sufi. 

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net