Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hidup Sehat Dengan Habbatus Sauda'

Hidup Sehat Dengan Habbatus Sauda'
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM14.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hidup Sehat Dengan Habbatus Sauda' | Judul Asal ('Arab): Syifaa'ud Daa' bil Habbatis Sawda' | Penulis: Shubhi Sulaiman | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 190g | Muka Surat: 118m/s. (Soft cover)


Di tengah-tengah menyebarnya kepelbagaian jenis penyakit, sebahagian kelompok manusia jenuh berusaha dan begitu optimistik terhadap kehebatan ubat-ubatan kimia buatan. Sehingga muncullah pula pelbagai kesan sampingan. Dan ini memang bukan suatu yang aneh, kerana kebanyakan ubat-ubatan kimia di farmasi dan klinik adalah termasuk jenis-jenis bahan bersifat khamr (memabukkan) atau dari jenis dadah (drugs). Kos ubat-ubatan kimia juga sangat tinggi.
 
Maka atas faktor tersebut antaranya, timbullah pula sebuah usaha untuk menggali rahsia perubatan berasaskan herba lagi alami (natural). Pelbagai kajian dan penelitian dijalankan bagi menyingkap kandungan dan rahsia di sebalik pelbagai tanaman herba. Salah satu jenis herba yang berjaya disingkap rahsia kehebatan dan keberkesanannya adalah Habbatus Sawda' atau jintan/bijian hitam. Nama saintifiknya disebut sebagai Nigella sativa.
 
Tanaman ini sebenarnya memang telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak zaman peradaban Mesir kuno. Pada masa Islam, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pula turut memberikan pengiktirafan bahawa Habbatus Sawda' ini adalah merupakan ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
 
عَلَيْكُمْ بِهَذِهِ الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ، فَإِنَّ فِيهَا شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ
 
"Gunakanlah oleh-mu Al-Habbatus Sawda', kerana padanya mengandungi penawar dari segala penyakit, kecuali mati." (Musnad Ahmad, no. 7287. Sunan at-Tirmidzi, no. 2041. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)
 
Dalam riwayat yang lain:
 
فِي الحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ
 
"Pada Al-Habbatus Sawda' itu penawar dari segala penyakit kecuali mati." (Shahih Al-Bukhari, no. 5688)
 
Bertitik-tolak dari hadis-hadis ini, para ilmuan Islam sejak awal lagi telah mengambil berat tentang kewujudan dan keutamaan herba bernama Al-Habbatus Sawda' ini.
 
Ini adalah kerana, Habbatus Sawda' ini adalah sejenis herba yang mendapat pengiktirafan dan isyarat khusus dari wahyu Allah Ta'ala melalui Nabi-Nya Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Cuma sayangnya, amat sedikit sekali umat Islam yang menyedari dan mampu mengambil manfaat dari Habbatus Sawda' ini, melainkan dari kalangan yang berilmu. Ini juga mungkin kesan dari tindakan mengabaikan dan melalaikan dari mempelajari hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
 
Kini, setelah 14 abad lamanya, barulah sedikit sebanyak maklumat-maklumat ini kembali dibangkitkan. Kajian-kajian dan penelitian-penelitian moden dilakukan terhadap isyarat Nabawi tersebut. Akhirnya benar-benar para pengkaji telah menemukan dan membuktikan adanya khasiat kesembuhan di dalam biji-bijian Habbatus Sauda'. Maka, terbuktilah mukjizat kesembuhan yang diperkatakan dan diisyaratkan oleh baginda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
 
Demikianlah betapa agungnya maklumat-maklumat yang terkandung dalam wahyu Allah. Sesungguhnya Allah-lah yang menurunkan penyakit, dan Dia juga-lah yang menurunkan penawarnya. Di antaranya dengan Habbatus Sawda' ini.
 
Untuk menyelaminya dengan lebih lanjut berkenaan dengannya, bukti-bukti kajian tentangnya, sifat-sifat herba habbatus sauda, di mana ia tumbuh, kandungan perubatan dan khasiat-khasiatnya, tata cara memanfaatkannya, tinjauan terhadapnya dari aspek Islam dan Sains, testimoni-testimoni berkaitan dengannya, serta penyakit-penyakit yang mampu disembuhkan atau diredakan dengannya maka anda boleh menelitinya sendiri melalui buku ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net