Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Wanita Karir (Wanita Bekerjaya Dalam Perspektif Islam)

Wanita Karir (Wanita Bekerjaya Dalam Perspektif Islam)
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM28.00 RM24.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Wanita Karir (Profesion Wanita di Ruang Publik, Antara yang Boleh dan Dilarang dalam Fiqih Islam) | Judul Asal ('Arab): Hukmu Amal Al-Marah fii Al-Fiqh Al-Islami | Penulis: Syaikh Adnan bin Dhaifullah Alu Asy-Syawabikah | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafii | Berat: 500g | Muka Surat: 338m/s. (soft cover)


Dalam Islam, kaum wanita sangat dihomati dan dimuliakan kedudukannya. Kedatangan Islam sendiri di antara lain, memiliki misi mengangkat dan memuliakan martabat dan darjat kaum wanita yang pada ketika itu kaum wanita (di sisi orang-orang jahiliyah) dianggap sebagai pemuas nafsu lelaki, terhina, tidak memiliki nilai di mata masyarakat, dianggap seperti hamba, sehingga ada yang dibunuh sebaik dilahirkan.

Dalam Islam, hukum asal bagi seorang wanita itu adalah dia tetap tinggal dan melazimi rumahnya dengan baik. Dan itu termasuk ibadah dan bentuk taqarrub kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى

“Dan hendaklah kalian tetap di rumah-rumah kalian dan jangan bertabarruj seperti orang-orang jahiliyah terdahulu yang bertabarruj.” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 33)

Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

أي: الزمن بيوتكن فلا تخرجن لغير حاجة. ومن الحوائج الشرعية الصلاة في المسجد بشرطه

“Iaitu tinggallah di rumah kalian dan jangan keluar tanpa keperluan (yang syar’i). Dan dari bentuk keperluan syar’i adalah seperti solat di masjid dengan syarat-syaratnya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/409)

Beliau turut menukilkan perkataan Imam Mujahid yang menyebutkan apa yang termasuk dalam kata makna tabarruj ala jahiliyah, di mana Imam Mujahid mengatakan:

كانت المرأة تخرج تمشي بين يدي الرجال، فذلك تبرج الجاهلية

“Dahulu wanita keluar berjalan dalam khalayak kaum lelaki, maka yang demikian (termasuk) maksud tabbaruj jahiliyyah.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/10)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الْمَرْأَةَ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ، وَأَقْرَبُ مَا تَكُونُ مِنْ وَجْهِ رَبِّهَا وَهِيَ فِي قَعْرِ بَيْتِهَا

“Sesungguhnya wanita itu aurat. Apabila dia keluar (dari rumah) maka syaitan pun menyambutnya (dengan mengangkat pandangan padanya). Keadaan wanita yang paling dekat dengan wajah Rabbnya adalah ketika dia berada di dalam rumahnya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah no. 1685. Sunan At-Tirmidzi, no. 1173)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ

“Seorang lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas keluarganya, manakala seorang isteri menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan rumah suami dan anak-anaknya.” (Shahih Al-Bukhari, Bab: Wanita Adalah Pemimpin Di Rumah Suaminya, no. 5200)

Dan hal ini amat bersesuaian dengan fitrah kejadian kaum wanita itu sendiri tanpa dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Dan ini adalah termasuk bentuk penjagaan, pemuliaan, dan penghormatan yang besar atas diri seorang wanita dalam Islam.

Selain itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga ada bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

“Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.”.” (Musnad Ahmad, no. 1661)

Namun ini bukan bermakna Islam mengenakan perintah berkurung ke atas kaum wanita atau memenjarakan mereka. Tidak begitu maksud agama ini. Di sana ada huraian dan perincian akan ketetapan ini yang begitu bagus bagi mereka yang mahu mencari kebenaran dan melaziminya.

Selain itu padanya ada pula beberapa bentuk pengecualian dan ketentuan atau syarat bagi kaum muslimah ketika hendak keluar rumah, seperti jika dia hendak hendak safar (melakukan perjalanan), mahu keluar bekerja (jika memang diperlukan), jika mahu berhaji, dan seumpamanya dari bentuk-bentuk keperluan yang syar’i.

Di antara ketentuan dan syarat tersebut adalah dia perlu menutup tubuhnya (auratnya) dengan sempurna, tidak tabarruj, tidak berwangi-wangian, tidak ikhtilath, dengan izin ayah atau suaminya, hendaklah ditemani oleh mahramnya, dan aman dari fitnah (sebarang bentuk kekacauan).

Demikianlah Islam benar-benar menjaga dan memuliakan kaum wanita jika para pembaca benar-benar mahu memikirkannya. Dan hal ini sudah tentu tidak sebagaimana yang diperlakukan oleh orang-orang kafir atas para wanita mereka yang bebas diperlakukan dengan hal-hal yang menjengkelkan.

Namun, seiring dengan beredarnya masa dan zaman, setelah darjat kaum wanita diangkat oleh Islam, persoalan dan permasalahan baru pula muncul. Kaum hawa ini menuntut pula persamaan hak dengan kaum lelaki di ruang umum. Mereka mahu menonjolkan diri sebagai golongan terpandang dan berkerjaya. Mereka juga mahu menjadi golongan wanita profesional dan terkenal. Mahu melakukan kerja-kerja dan bidang aktiviti yang asalnya milik kaum lelaki. Mereka mahu duduk sama tinggi dan sama taraf dengan kaum lelaki di pentas umum dan dunia. Ini tidak lain adalah disebabkan pengaruh dari kaum kafir serta lemahnya keadaan masyarakat Islam secara umum dalam mengamalkan agamanya.

Persoalannya, bagaimana isu tersebut dilihat dari perspektif Islam? Adakah Islam melarang wanita untuk keluar berkerja secara total? Bolehkah kaum wanita melibatkan diri dengan politik, dan mengapa Islam melarang kaum wanita mereka dari menjadi bebas seperti kebanyakan wanita-wanita barat di luar sana? Bagaimana sikap Islam terhadap golongan wanita bekerjaya? Bagaimana pula dengan tugas mereka selaku seorang ibu, isteri dan gadis yang perlu sentiasa menjaga kehormatan mereka? Hal-ehwal rumahtangga di rumah siapa yang akan menguruskannya? Bertepatan-kah dengan fitrah dan kehendak Islam?

Maka, buku ini pun disusun bagi merungkai persoalan tersebut. Penulis memulakan perbahasannya dengan Keutamaan dan Kedudukan wanita di sisi Islam, seterusnya penulis menjabarkan perbahasan tulisannya pada bab-bab seperti:

1, keterlibatan wanita dalam dunia politik dan kepimpinan.

2, dalam bidang perubatan dan kesihatan.

3, dalam dunia pendidikan.

4, dalam bidang ternakan dan pengembalaan haiwan.

5, bidang perniagaan.

6, bidang tekstile.

7, bidang pertanian.

8, bidang penyembelihan haiwan ternakkan.

9, bidang nyanyian dan seni suara.

10, di bidang penerbangan dan seumpamanya...

Pembaca diajak untuk membezakan di antara bidang dan suasana pekerjaan yang boleh diceburi oleh kaum wanita. Penulis juga turut menjelaskan bentuk-bentuk pekerjaan yang tidak dibolehkan bagi kaum wanita dalam Islam. Turut dibahaskan adalah sejauh mana dibolehkan wanita untuk keluar rumah bagi tujuan bekerja. Semua ini dirincikan oleh penulis baik dari sudut tanggungjawab mereka sebagai wanita (isteri dan ibu), serta dari sudut peribadi mereka sendiri (aurat, fitrah biologi, kehormatan, dan keselamatan).

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net