Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami

Kaedah-kaedah Praktis Fiqih Islami
Terbitan: Pustaka Al Furqon
Product Code: Pustaka Al-Furqon
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 15 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM37.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kaedah-kaedah Praktis Memahami Fiqih Islami | Penulis: Al-Ustaz Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf | Penerbit: Pustaka Al-Furqon | Berat: 0.6kg | Muka Surat: 337m/s. (Soft cover) | ISBN: 978-602-1446-92-8


Kaedah-kaedah yang berkaitan secara langsung dengan amal perbuatan hamba, yang kemudian disebutkan dengan ilmu Al-Qowa’id Al-Fiqhiyyah (kaedah-kaedah Fiqh). Kaedah-kaedah fiqh itu pada asalnya diambil, digubal dan dirangkaikan dari pemahaman yang mendalam dan luas terhadap sejumlah dalil-dalil wahyu.

Tidak setiap orang mampu memahami dan mengkaji setiap permasalahan yang timbul lalu langsung menyimpulkan hukum-hukum darinya. Kerana setiap dari perkara dan permasalahan yang terkait dengan agama itu harus diteliti bersesuaian dengan nash-nash wahyu secara menyeluruh. Namun, dengan kaedah-kaaedah fiqh yang telah dirangkai dan dihimpunkan oleh para ulama semenjak dahulu ini, pelbagai permasalahan-permasalahan yang muncul di setiap zaman terbukti dapat difahami dan disimpulkan hukum-hukum darinya dengan lebih mudah, pantas, komprehensif dan manpan. 

Banyak sekali faedah yang dapat diambil dengan mempelajari dan memahami kaedah-kaedah fiqhiyyah tersebut, di antaranya sebagaimana kata Al-Imam Al-Qorrofi rahimahullah:

“Sesiapa yang menguasai fiqih melalui penguasaan kaedah-kaedahnya, maka dia tidak perlu untuk menghafal setiap cabang permasalahannya satu per satu kerana telah tercakup dalam keumuman kaedah tersebut.” [Lihat: Al-Furuq al-Qorrofi, 2/115]

Penguasaan terhadap kaedah-kaedah fiqh akan sangat membantu seseorang ahli ilmu dalam menyimpulkan sesuatu hukum berkaitan masalah-masalah terkini dan semasa yang belum pernah terjadi sebelumnya dengan cara yang lebih mudah dan tuntas. [Lihat: Al-Wajiz fi idhohi Qowa'id Al-Fiqh Al-Kulliyah oleh DR. Muhammad Shidqi Al-Burnu, hal. 24]

Di antara contoh mudah terkait hal ini, sekiranya ada orang bertanya:

Apakah hukum rokok? Disebabkan rokok belum ada pada zaman Rasulullah dan para sahabat.

Maka dengan mudah akan dapat dijawab bahawa, "Rokok adalah haram, bersesuaian dengan kesepakatan para pakar perubatan dan kesihatan bahawa ia membahayakan tubuh dan memudharatkan kesihatan. Malah mengganggu ketenangan dan mampu memberi mudharat kepada orang lain."

Ini semua difahami antaranya bersesuaian dengan salah satu kaedah fiqh berikut:

“Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudharatkan (terhadap diri) dan tidak boleh pula memudharatkan (orang lain).”

Maka dari sini kita boleh memahaminya.

Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam rangka mempelajari dan menguasai ilmu fiqih bersesuaian rangkuman kaedah-kaedahnya. Pada buku ini terangkum banyak sekali kaedah-kaedah fiqhiyyah yang sangat penting dan bermanfaat diikuti dengan syarah dan huraiannya.

Semoga bermanfaat.

Semak cara membuat belian dan pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net