Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Suamiku Syurgaku...

Suamiku Syurgaku...
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15 x 10.5 x 0.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM6.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Suamiku Syurgaku | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Penterjemah: - | Berat: 48gram | Muka Surat: 64 m/s. (Soft cover)


Dari hadis Al-Hushain bin Mihshan radhiyallahu ‘anhu, kata beliau:

أَنَّ عَمَّةً لَهُ أَتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَاجَةٍ، فَفَرَغَتْ مِنْ حَاجَتِهَا، فَقَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَذَاتُ زَوْجٍ أَنْتِ ؟ " قَالَتْ: نَعَمْ، قَالَ: " كَيْفَ أَنْتِ لَهُ ؟ " قَالَتْ: مَا آلُوهُ إِلَّا مَا عَجَزْتُ عَنْهُ، قَالَ: " فَانْظُرِي أَيْنَ أَنْتِ مِنْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ جَنَّتُكِ وَنَارُكِ

“Bahawa makcik-ku mendatangi Nabi Shllallahu ‘alaihi wa Sallam untuk suatu keperluan, lalu beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bertanya kepadanya setelah selesai urusan tersebut:

“Adakah engkau punya suami?” Maka jawab beliau, “Ya, punya.” Tanya Nabi lagi:

“Bagaimana (sikap) engkau terhadapnya?” Maka jawab beliau, “Aku tidak pernah mengabaikan perintahnya, melainkan jika aku tidak mampu melakukannya.” Nabi pun bersabda:

“Bagaimana sikap engkau terhadapnya maka sesungguhnya itulah Syurga atau Nerakamu.” (Musnad Ahmad, no. 19003. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dalam hadis yang lain:

Rasulullah Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

“Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.”.” (Musnad Ahmad, no. 1661)

Di hadis yang lain lagi, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ الْوَدُودُ، الْوَلُودُ، الْعَؤُودُ عَلَى زَوْجِهَا، الَّتِي إِذَا آذَتْ أَوْ أُوذِيَتْ، جَاءَتْ حَتَّى تَأْخُذَ بَيْدَ زَوْجِهَا، ثُمَّ تَقُولُ وَاللهِ لَا أَذُوقُ غُمْضًا حَتَّى تَرْضَى

“Mahukah aku khabarkan kepada kalian dengan isteri-isteri kalian dari kalangan ahli jannah? Iaitu isteri yang penuh kasih sayang, subur, lagi bermanfaat ke atas suaminya. (Iaitu) di mana jika suaminya terluka atau marah, dia datang mendapatkan suaminya kemudian berkata, “Wallaahi, aku tidak mampu tidur sampai engkau redha.”.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 9094)

Dalam suatu khutbah ‘Ied (hari raya), Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah berkata kepada kaum wanita:

يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَإِنِّي أُرِيتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ» فَقُلْنَ: وَبِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ، وَتَكْفُرْنَ العَشِيرَ

“Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian dan perbanyakkanlah istighfar (memohon keampunan) kerana benar-benar telah diperlihatkan kepadaku kebanyakan kalian adalah penghuni neraka.” Berkata salah seorang wanita:

“Apa sebabnya kami menjadi kebanyakan dari penghuni neraka wahai Rasulullah?” Beliau menjawab (salah satunya):

“Kalian banyak melaknat dan mengkufuri kebaikan suami...” (Shahih Al-Bukhari, no. 304. Muslim, no. 79)

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

وَلَيْسَ عَلَى الْمَرْأَةِ بَعْدَ حَقِّ اللَّهِ وَرَسُولِهِ أَوْجَبَ مِنْ حَقِّ الزَّوْجِ

“Tidak ada hak yang lebih wajib untuk ditunaikan atas seorang wanita setelah hak Allah dan Rasul-Nya dari hak suaminya.” (Majmu’ Al-Fatawa, 32/275)

Sahabat Nabi - Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ؟ قَالَ: الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ، وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ، وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

“Pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab beliau:

“Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya dengan apa-apa yang membuat suami benci.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 3231)

Demikianlah sebahagian hadis-hadis yang dapat kami kongsikan di sini tentang kewajiban dan tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya. Dan untuk lebih detail dan terperinci, dapatkannya perbahasan seterusnya melalui buku ini.

Di antara lain kandungan buku ini turut mengemukakan tentang hak-hak isteri terhadap suami, hak-hak suami terhadap isteri, makna suami sebagai syurga isteri, karektor yang harus dilazimi seorang isteri yang baik, ciri-ciri isteri yang terbaik, tips membina rumah tangga bahagia, dan beberapa yang lain. Walaupun saiznya kecil, namun buku ini memuatkan sejumlah dail-dalil dari Al-Qur’an dan-hadis-hadis Nabi yang sangat bermanfaat dan harus dipelajari sebagai seorang suami dan isteri.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net